Thursday, January 21, 2010

ROMBAKAN BAGI MEMENTINGKAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN

Ada beberapa perkara menarik mengenai rombakan besar-besaran kakitangan kerajaan Terengganu yang melibatkan 48 pegawai, diumumkan semalam.

Memanglah keputusan dibuat bagi memantapkan pentadbiran selain mengisi kekosongan jawatan.

Namun persoalannya apakah sebelum ini, iaitu sejak Datuk Ahmad Said mengambil alih pentadbiran daripada Datuk Seri Idris Jusoh, kedudukan pentadbiran negeri terumbang-ambing?

Persoalan ini menjadi tanda tanya apa lagi walaupun selepas bercuti dan hingga tamat perkhidmatannya, Datuk Mukhtar Nong berkata beliau masih ‘berkuasa’.
Mokhtar bersara awal dan perkhidmatannya dengan kerajaan negeri akan tamat pada 15 April depan.

Jika rombakan kali ini dengan tujuan memantapkan pentadbiran, apakah sebelum ini ada masalah dari segi arahan-arahan Menteri Besar?

Apakah Pejabat SUK tidak melaksanakan arahan dan sengaja mendatangkan kesusahan kepada perlaksanaan program membabitkan Menteri Besar?

Cakap-cakap mengatakan Pejabat SUK sengaja ‘melengah-lengahkan’ kelulusan peruntukan atau pembayaran bagi program Menteri Besar yang menekankan kepada ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Yang menariknya, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah pada sidang media mengatakan dengan jelas, rombakan bertujuan menjayakan pantadbiran yang menekankan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Berasaskan kenyataan itu jelas bahawa sebelum ini ada semacam ‘bonggol’yang menghalang kelicinan pentadbiran negeri, khususnya apabila melibatkan Pejabat Menteri Besar.
Difahamkan, banyak juga program diatur oleh Menteri Besar sering tersekat-sekat dan puncanya dikatakan dari Pejabat SUK.

Persoalannya, apakah Mukhtar terlibat? Apakah ada pegawai kerajaan lain yang cuba sabotaj Menteri Besar?

Jika bukan bagaimana Mazlan boleh mengatakan penyusunan semula pentadbiran negeri ini bagi tujuan merancakkan program “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’?

Tidakkah menggambarkan bahawa ada kuasa tertentu yang cuba ‘menggagalkan usaha Menteri Besar’mengambil pendekatan mementingkan rakyat dalam pentadbiran dan pembangunannya.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada sidang media berkata pelantikan dan pertukaran jawatan tersebut dibuat berasaskan kemampuan dan merit pegawai terlibat.

Beliau juga menasihatkan pegawai yang berkenaan agar membuktikan keupayaan masing-masing dan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Bagi yang belum terpilih untuk kenaikan pangkat dan sebagainya, jangan berkecil hati kerana ada peluang lain," katanya sambil menambah masih terdapat 40 kekosongan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang akan diisi tidak lama lagi.

Pada sidang media hari ini Mazlan mengumumkan seramai 48 Pegawai Tadbir Negeri akan bertukar jawatan di pelbagai pejabat kerajaan seluruh negeri berkuatkuasa 1 Febuari ini.
Ia dibuat berikutan persaraan Mukhtar dari jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Setiasaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mazlan Ngah telah menandatangani surat Arahan Pertukaran berkenaan.

Kelmarin Mazlan dilihat dilapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu bersama Datuk Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur.

Menurut laporan www.teganuku.blogspot.com mereka pulang daripada mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyembah senarai pertukaran Pegawai Tadbir bagi mendapat perkenan. Pada lewat petang, senarai pertukaran siap ditangatangani oleh Mazlan dan telah diedarkan.

Katanya, gaji pegawai-pegawai terbabit akan dibayar daripada peruntukan pejabat yang menerima pertukaran itu mulai tarikh tersebut.

Beliau menyatakan demikian dalam surat Pemberitahuan Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang diedarkan kepada ketua-ketua pejabat berkenaan kelmarin.

Bagaimanapun sidang media dibuat tengah hari semalam.

Antara pegawai utama yang terlibat sebagaimana berikut:
Datuk Mat Razali Kasim, Datuk Bandar Bandaraya Kuala Terengganu bertukar jawatan dengan Datuk Azlan Dagang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN.

Tuan Haji Osman Muda, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah mendapat kepercayaan pentadbiran negeri menduduki jawatan ketiga tertinggi sebagai Pengarah Tanah dan Galian.

Osman yang sebelumnya Setiausaha Sulit Kanan Kepada Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Tempat beliau di Pejabat Kewangan Negeri diganti oleh Haji Mustaffa Khalid.

Tuan Mamat Tuan Ngah dari jawatan kumpulan sejak pentadbiran yang lalu telah di lantik sebagai Pegawai Daerah Besut, mengambil tempat Haji Wan Muhamad Ibrahim yang ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Pegawai Daerah Setiu Haji Wan Nawawi Ismail dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Datuk Mohd Alim Muda yang dipinjamkan ke TESDEC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pegawai Daerah Setiu diganti oleh Haji Mat Akil Che Mat.

Haji Aziz Mamat telah dipinjam ke Yayasan Terengganu sebagai Pengarah Yayasan Terengganu mengantikan Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail yang dipinjamkan ke Yayasan Islam Terengganu sebagai Pengarah.

Haji Zulkifli Mohamad ditempatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECER Terengganu yang dikosongkan semenjak Dato’ Wan Mokthar Mat Nor mengosongkan jawatan tersebut dua tahun lalu.

Haji Wan Ahamad Wan Muda Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Besar ditukarkan ke pentadbiran Negeri sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mengambil jawatan yang dikosongkan oleh Haji Hussein Embong yang dipinjamkan ke Syarikat Air Terengganu (SATU) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Mustofa Abdul Rahman telah ditukarkan dari SATU ke jawatan Pegawai Daerah Dungun.
Mengenai Setiausaha Sulit Kanannya, Menteri Besar berkata buat ketika ini jawatan itu masih kosong kerana belum ada calon sesuai.

3 comments:

  1. 10SBH dengan ini secara rasminya menjadi followers blog tuan.

    Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan kami agar dapat kita bersama-sama menjadi followers blog dan membuktikan generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

    Menjadi followers di blog 10SBH di http://10sibudakhitam.blogspot.com, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya pegawai yang terlibat dengan kumpulan 10 budak hitam mendapat tempat yang tinggi ?

    ReplyDelete
  3. KENYATAAN KESAL DAN POHON MAAF

    Tuan,

    Maaf kerana menggunakan blog ini kerana tidak dapat kesasarannya.

    Saya Mubin bin Ismail kesal dengan penggunaan nama saya sebagai pemilik blog jarangnakmelayu samada secara kebetulan yang telah banyak memfitnah Pegawai dan mereka yang berada di sekeliling Ahmad Said.

    Saya juga kesal isu yang dimulakan dalam laman blog ini telah mengakibatkan seorang insan ditahan oleh pihak polis dan dihadap ke mahkamah untuk diadili.

    Lebih malang lagi insan yang terlibat kini sakit dan keadaan fizikalnya amat membimbangkan, terlalu kurus bagaikan tinggal tulang dan kulit di lengannya kerana menghadapi tekanan.

    Sekali lagi saya nyatakan kekesalan saya kerana nama yang sama dengan nama saya digunakan dalam blog jaranganakmelayu.

    Saya berseru kepada semua pihak yang bertelagah di Terengganu baliklah ke pangkal jalan bagi sama-sama membangun negeri kita dan sama-sama berdiri dibelakang SPB. Tuanku Mizan Zainal Abidin.

    Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya Mubin Ismail , tidak bertanggung jawab di atas apa-apa fitnah yang telah dilakukan oleh blog berkenaan kepada semua yang terlibat.

    Sebagai penjawat awam saya sedar saya tidak boleh menjadi editor mana-mana penerbitan dan juga tidak menyembelahi mana-mana puak dalam parti politik.

    Sebagai seorang pendidik saya perlu menunjuk contoh yang baik kepada anak didik saya.

    Suka saya nasihatan pengarang blog jarang anak melayu bahawa fitnah itu lebih dashat dari membunuh. Org yang difitnah dan dizalimi doanya tiada hijab dengan Allah. Apa akan jadi jika mangsa fitnah dalam blog berkenaan mendoakan agar anak-anak penulis dilaknat Allah seperti menjadi gila dan sebagainya.

    Apa akan jadi kalau Allah tarik sebahagian nikmatnya daripada pengarang jarang anak melayu, terutamanya nikmat Akal, nikmat pandangan dan pelbagai nikmat yang tiada terkira nilainya.

    Pengarang blog berkenaan pasti ingat akan pesan ibu yang mendidiknya dari kecil agar menjadi seorang beriman bila besar serta tidak membuat kerja jahat seperti memfitnah orang. Juga pesan ayahnya agar tidak memfitnah orang.

    Ibu bapa memberi kamu nama yang baik mahu anaknya menjadi insan yang beriman dan tidak gila khusus untuk doakan mereka semasa dialam barzah.

    Saya berdoa dan pohon kepada Allah agar penulis blog ini berhenti dari menjadi alat orang dan segeralah bertaubat dan segera mohon maaf dengan orang yang anda fitnah.

    Sayangilah anak-anak anda yang tidak berdosa menerima bala atas perbuatan anda.

    Sekian kenyataan saya,
    mubinismail2@google.com

    ReplyDelete