Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.
Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.
Shukri berkata, kakitangan kerajaan yang ditangkap termasuk pegawai kanan dan ketua jabatan, tetapi beliau tidak menyatakan nama-nama jabatan terbabit kerana masih ada tangkapan yang akan dibuat.
Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.
Shukri juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada seorang pembantu politik yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad, yang merupakan setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari.
Shukri juga ditanya mengenai Hussein Ahmad, setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Safari yang ditahan hari ini.
"Hussein belum dibebaskan lagi kerana kita masih perlu merakamkan kenyataannya," kata Shukri.
Katanya, individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.
Shukri berkata, rasuah diberikan untuk mempercepatkan permohonan mendapatkan pasir dan tidak melaporkan perbuatan penyeludupan pasir ke negara jiran.
Menurutnya, SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.
Tuan,
ReplyDeleteRasuah pasir ini telah berlaku sejak lama dulu . Bukan saja pasir ,kuari ,kayu balak dan permohonan tanah. Rakyat sebenarnya dah lali sangat dengan isu ini. Mereka yang melobi untuk kerja-kerja ini kedapatan di mana-mana negeri pun. Siap dengan photostate pelan dan geran tanah dan mendakwa ada 'cable' kuat di belakang.
Ada yang mendakwa gunakan 'cable' menteri , MB dan kerabat diraja !
Ini juga membawa makna bahawa rasuah berlaku di negeri di bawah perintah BN maupun PR. Dan mereka yang terlibat dengan rasuah ini juga tidak mengenal peringkat umur ,jantina dan jawatan. Baru-baru ini seorang MB pun dah mengaku telah ditaja oleh syarikat tertentu untuk menunaikan ibadah haji ! Jadi apabila seorang Tok Guru yang dianggap karamah oleh pengikutnya dan seliparnya pun jadi rebutan , apatah pula rakyat jelata ini.