Kepala di Perak ialah Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar dan pengikut setianya ialah V Sivakumar, ADUN Tronoh.
Kedua-duanya kini menjadi wayang kulit yang mudah untuk menari, melenggang atau apa saja - termasuk bersidang bawah pokok atau hotel.
Siapa tok dalangnya? Satu Malaya tahu. Dia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan ini bukan sekadar mencabar mahkamah tetapi juga membelakang dan turut mencabar Sultan Perak melalui tindak tanduk mereka.
Amat jelas tukang arah, pemain dan yang ‘kena main’ itu semuanya memainkan wayang haram yang tidak mendapat kelulusan. Bermain wayang walaupun free tetapi tidak ada lesen jawabnya haram.
Mahkamah Tinggi pada 1 September 2009 menolak permohonan injunksi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar supaya Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim tidak menghalang 'sidang DUN' keesokan harinya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman memutuskan demikian di kamar beliau di Ipoh pada pukul 4.30 petang berkenaan.
Bagaimanapun, Sivakumar berkata, pakatan pembangkang akan tetap meneruskan 'sidang DUN' sebagaimana yang telah dirancang.
Memang benar, gara-gara tindakan mereka, rakyat jadi keliru dengan perhimpunan haram dan polis terpaksa dikerah untuk menyekat mereka memasuki bangunan SUK.
Jelas, kumpulan wayang kulit ini bukan sekadar enggan menerima keputusan mahkamah tetapi mencabarnya pula. Apakah mereka merancang atau agenda tersendiri dalam tindak-tanduk ini?
Bukan sekadar itu sahaja.
Bekas Speaker, Sivakumar juga melakukan jenayah apabila menggunakan kepala surat Dewan Undangan Negeri Perak apabila mengeluarkan notis memanggil sidang ‘bawah pokok’ dan ‘sidang di hotel’ baru-baru ini.
Kenapa perbuatannya yang terang-terangan salah itu tidak dilaporkan kepada polis? Apa ADUN Barisan Nasional buat? Tenguk sahaja perbuatan Sivakumar yang salah dan melampau itu?
Ketiga, memanggil sidang DUN selalu memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah .
Tetapi bak kata salah seorang ADUN Perak, tindakan mencemarkan institusi pentadbiran sedia ada dan menyalahgunakan kuasa seolah-olah sudah medapat ‘perkenan Sultan’ terus dibiarkan.
Bukankah perbuatan Sivakumar yang didalangi Nizar dan Anwar ini secara terang mencemarkan istitusi raja di Perak?
Apa hamba rakyat yang sayangkan Sultan mereka buat?
Istana tidak akan mengarahkan mereka melakukan sesuatu tetapi merekalah sebagai rakyat perlu melakukan sesuatu. Jika tidak kerana perkenan Sultan, kerajaan Barisan Nasional akan terus menjadi pembangkang dan Datuk Seri Dr. Zambri Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar.
Lagipun perbuatan mereka itu sebenarnya sudah menyebabkan kekacauan dan kekeliruan di kalangan rakyat.
Mereka bukan sekadar menganggu ketenteraman awam tetapi mengganggu-gugat pentadbiran negeri dan menguji kesabaran istana.
Kita tidak boleh menyekat mahkamah melayan orang seperti Sivakumar tetapi dengan ‘suara rakyat Perak’, ketiga-tiga mereka yang berkonspirasi itu boleh dihentikan.
Caranya, orang UMNO dan BN Perak lebih tahu.
Sesuatu mesti dilakukan untuk menghentikan sandiwara 'Anwar and Gang ' ini. Badut badut Anwar ini telah mencemarkan Institusi Raja Raja Melayu dan kesucian agama Islam di bulan Ramadhan . Inilah taktik Anwar untuk mengekalkan mood memberontak rakyat sehingga PRU 13 nanti. Apabila sampai ketikanya PRU 13 nanti tentu dia akan mewujudkan suasana yang lebih huru hara lagi. Kita tengok saja nanti. Sebab itulah dia mengelakkan dari dibicarakan kerana kali ini bukti kes liwatnya lebih
ReplyDeletesahih dan dia tahu bahawa dia bakal akan dipenjarakan. Bebasnya Anwar dari penjara dulu adalah antara ' Dosa-dosa besar ' Paklah .