Saturday, July 4, 2009

MOHD NIZAR MEROYAN LAGI

Spin apa lagi ni? Oleh Harakahdaily atau oleh Mohd Nizar?

Kononnya akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dalam masa terdekat untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.


Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang yang memang meroyan dan gila talak untuk menjadi Menteri Besar dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, punca dibubarkan DUN ada dua:

1. Kerana prestadi kerajaan semakin dipertikai; dan

2. Ahli Parlimen dan wakil rakyat BN menyetujui berlaku kekalutan.

Yang aneh, Mohd Nizar tidak berani menyebut dengan jelas siapa ahli Parlimen dan wakil rakyat berkenaan?

Mohd Nizar melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran DUN terpaksa dilakukan.

Menurut Harakahdaily tanpa menyebur atau memetik sesiapa mengatakan “Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.

Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.”

Pelikkan cara reporting seperti ini, seolah-olah Harakahdaily pula jadi jurucakap.
Mohd Nizar berpendapat paling tragis dalam masa terdekat juga Sidang DUN Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Kekecohan apa? Siapa akan membuat kecoh?

Mengenai Bajet ini, kerajaan pembangkang di Perak pernah embentangkan Bajet Negeri Perak bagi tahun 2009 berteraskan prinsip adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan untuk kemakmuran negeri dan rakyat tanpa membezakan fahaman agama, bangsa dan fahaman politik.

Bagaimanapun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu menganggap Bajet 2009 Kerajaan Negeri Perak itu tidak menampakkan apa-apa kelebihan atau keistimewaan malah ia bersifat 'lebih kulit daripada isi.'

''Itulah sebabnya semasa membahaskan bajet tersebut saya katakan bajet yang dibentangkan itu hambar, daif, tidak produktif dan non-developmental. Bolehkah matlamat hendak memakmurkan rakyat dan negeri Perak tercapai kalau peruntukan pembangunan dalam bajet itu dikurangkan?

''Bagaimana dasar negeri berkebajikan boleh diteruskan kalau sumber pendapatan negeri tidak mampu dipertingkatkan melalui langkah-langkah yang produktif dan membangun," katanya pada November lalu.

Menurut Harakahdaily semalam, Nizar turut mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Media rasmi PAS itu mengatakan keyakinan DUN Perak akan dibubarkan berdasarkan apa yang diperkatakan Mohd Nizar itu selain Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebelum ini Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.

Berikutan itu beliau turut menyatakan betapa pentingnya JPP yang dikendalikan, bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

No comments:

Post a Comment