Saturday, July 4, 2009

DAP YANG MENGEPALAI PAKATAN PEMBANGKANG?

(Isu Sabtu)

Di mana PAS dalam pakatan pembangkang? Sekadar menurut apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang?

Pada ketika PAS semakin ditekan dan tidak mampu meletakkan pengaruhnya dalam pakatan rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tidak lagi memperjuangkan keadilan seperti didakwanya.

Lihatlah bagaimana PAS yang beria-ia mencadangkan kerajaan perpaduan terpaksa menariknya kerana DAP dan PKR tidak bersetuju.

Bukan kerana faktor Datuk Nik Abdul Aziz menentangnya tetapi isunya kenapa Nik Aziz menentangnya. Jika diteruskan Nik Aziz bimbang PAS akan bersendirian dan dendamnya untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional tidak akan tercapai.

Di pihak PKR pula, ia kini menjadi ‘semakin DAP’ dan pastinya akan menyusahkan PAS dalam jangka panjang.

DAP ada agenda yang lebih besar. Dan jika pakatan pembangkang mahu diselamatkan, PKR terpaksa akur kepada apa yang dimahukan oleh DAP.

Yang pasti DAP mahu mahu peranan mereka diambil kira. Sudah pasti dalam keadaan begini DAP akan ‘melanggar’ sesiapa sahaja yang cuba memperkecilkan peranannya.

Lagipun PAS dan DAP bagai langit dengan bumi – bersatu di udara - untuk memujuk rakyat menyokong mereka demi pilihan raya.

Jadi apa sebenarnya fungsi Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sudahlah tidak dapat menjadi Perdana Menteri, beliau dilihat sebagai ‘pendamai’.
Memang benar Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ‘tunduk kepadanya’ namun apakah DAP berbuat demikian.

Dengan kes liwatnya akan memasuki mahkmah, akan lebih banyak masa Anwar tumpukan kepada masalahnya.

Sudah pasti isu-isu kecil akan dibiarkan oleh beliau, umpamanya dalam pertelingkahan DAP-PKR di Pulau Pinang. Anwar mulai minggu depan akan meletakkan kes peribadinya sebagai perkara utama dan pakatan pembangkang akan merasai ‘kelesuan’ beliau.

Lagipun jika dilihat dalam kes pertelingkahan DAP-PKR yang mana PAS menyokong PKR, Anwar seolah-olah menyerahkan kepada Dr Mansor Othman untuk menyelesaikannya dan terpaksa berdepan dengan Lim Guan Eng.

Pertelingkahan ini tidak baik untuk hubungan sesame parti dalam pakatan pembangkang, namun itulah hakikatnya jika ideologi parti berlainan, walaupun kepentingan sama – memenangi pilihan raya.

Namun, apakah rakyat tidak dapat menilai ini semua?

Pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, DAP keluar kerajaan pakatan di Kedah kerana menghadapi masalah dalam menjalin persefahaman antara DAP dan PAS di Kedah.

"Ketidaksefahaman ini bukan hanya wujud di Kedah tetapi juga di negeri-negeri lain kerana kedua-dua parti mempunyai struktur yang berbeza.

"DAP memperjuangkan 'Malaysian Malaysia' manakala PAS mahu menubuhkan negara Islam, jadi mereka sukar bekerjasama," katanya dalam temubual dengan mStar Online.

Azeeem juga menambah, tindakan DAP itu mungkin sudah dijangka banyak pihak rentetan pelbagai isu di Kedah yang tidak memuaskan hati mereka.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau tidak hairan jika selepas ini PKR pula yang mahu meninggalkan pakatan pembangakang di Kedah memandangkan mereka juga menghadapi nasib yang sama.

"Lepas ini, PKR pula akan tunjukkan belangnya kerana tidak tahan dengan cara PAS yang mengetepikan mereka dalam membuat keputusan.

"Kedua-dua parti itu hampir tiada peranan kerana walaupun Kedah dikuasai Pakatan tetapi sebenarnya hanya PAS yang memerintah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Rabu lalu, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar Pakatan kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu, yang antara lain turut bertindak merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi - di Alor Setar
.
Mohamed Mustafa berkata, isu merobohkan pusat penyembelihan babi bukanlah punca sebenar DAP keluar Pakatan dan ia hanya dijadikana alasan untuk mereka meluahkan kemarahan.
"DAP ada agenda yang lebih besar. Mereka mahu peranan mereka diambil kira," katanya.

Pakatan - ikatan tidak formal pembangkang, yang dibentuk April 2008, dianggotai Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.

DAP hanya mempunyai satu wakil rakyat dalam kerajaan negeri Kedah.

Ditanya sama ada tindakan DAP itu kemungkinan akan diikuti oleh mana-mana parti komponen Pakatan yang lain, Dr Mohamed Mustafa berkata:"Berapa lama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim nak jadi pendamai?

"Sampai bila Anwar boleh sabar dan 'makan hati' untuk mendamaikan? Pakatan sebenarnya dikuasai DAP, Anwar ikut semua.

"PKR kini sudah semakin tipis dasar perjuangannya. Mereka sudah 'semakin DAP'," katanya.

No comments:

Post a Comment