Jika diukur kepada apa yang keluar daripada mulut Mahfuz Omar, Ketua Penerangannya, PAS memang boleh digolongkan sebagai parti ‘bahlol’.
Kenapa?
Kerana Mahfuz hari ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza.
Betullah pendapat mengatakan Mahfus sering mengeluarkan kenyataan berbau emosi dan agak keras yang dikira bertentangan dengan naluri PAS masa kini yang mengambil pendekatan sedarhana.
Malah Mahfuz adalah seorang yang suka bercakap apabila hampir semua isu digaulinya walaupun isu itu tidak relevan. Adakalanya ulasannya mengenai sesuatu isu sangat dangkal sekali.
Paling mendukacitakan pandangan peribadinya juga diterapkan atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan PAS ini secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada PAS.
Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.
"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.
"Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.
Saya ingin bertanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau bersetuju atau tidak menghalau Duta Amerika seperti disarankan oleh Mahfuz.
Rasanya Anwar pasti tidak sanggup menyokong seruan Mahfuz ini kerana sebab-sebab tersendiri. Apalagi saranan Mahfuz itu bunyinya ‘kelakar’ dan ‘tidak jejak di bumi”.
Bagi saya, jelas Mahfuz, sekali lagi membuat kenyataan peribadi – bukan kenyataan PAS – rasanya kerana PAS tidak akan mendesak sehingga melakukan sedemikian, walaupun menentang keras tindakan Israel membunuh rakyat Arab.
Selain daripada mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.
"Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.
Mahfuz hari ini tidak dapat hadir ke Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membincangkan isu di Palestin hari ini menjalni pembedahan kecil Sabtu lalu dan masih berada di wad Hospital Besar Alor Star.
Sebenarnya, bukan sekali Mahfuz membuat kenyataan ‘ikut mulutnya’. Semalam Mahfuz ditegur oleh ‘penyokong kuat PAS’ sendiri kerana sikapnya yang membuat kenyataan ‘bodoh’.
Kalau sudah “tidak cerdik”, beginilah jadinya.
Dalam postingnya semalam (11 Januari 2009), Mohd Sayuti Omar(MSO) –membidas Mahfuz yang dianggapnya sebagai ‘tidak membantu PAS’.
Menurut MSO, dalam usaha PAS membawa pendekatan kempen merayu dan memujuk, rakyat tidak perlu didesak agar berbuat sesuatu aksi yang melampau dan emosi walaupun asasnya ada untuk berbuat demikian. Isu Palestin dan Israel tidak relevan untuk dilambakkan dalam pilihan raya kecil itu.
Kenapa MSO berpendapat demikian?
Ini kerana Mahfuz yang juga Pengerusi Gerakan Anti Zionis (Gaza), mengharapkan pengundi Kuala Terengganu bertanggungjabwa menghukum BN atas hipokrasinya dalam membela rakyat Palestin.
MSO merasakan Mahfuz melampau dan kenyataan peribadinya itu tidak banyak membantu Pas pada pilihan raya itu. Tidak sepatutnya Mahfuz membawa isu Palestin ke dalam kawasan pilihan raya Kuala Terengganu.
Kata MSO, Pas dan BN sepatutnya bersama bertanggungjawab untuk mengekang apa yang berlaku di Semananjung Gaza dan bukannya saling tunding menunding dan mendabik dada kononnyalah akulah juara dan pembela yang hebat.
Mahfuz beranggapan BN hipokrit dengan usaha untuk memberi simpati kepada rakyat Palestin yang kini diserang dan dibunuh oleh Israel berpandukan kepada alasan penangkapan 21 penunjuk perasaan anti perang di Kuala Lumpur malam tadi.
Baca posting oleh MSO kelmarin:
Pandangan Mahfuz Tidak Membantu Pas
Pandangan Pengerusi Gerakan Anti Zionis (Gaza), Mahfuz Omar yang pengundi Kuala Terengganu bertanggungjabwa menghukum BN atas hipokrasinya dalam membela rakyat Palestin dikira melamapu dan tidak banyak membantu Pas pada pilihan raya itu.
Tidak sepatutnya Mahfuz membawa isu Palestin ke dalam kawasan pilihan raya Kuala Terengganu. Dalam usaha Pas membawa pendekatan kempen merayu dan memujuk, rakyat tidak perlu didesak agar berbuat sesuatu aksi yang melampau dan emosi walaupun asasnya ada untuk berbuat demikian.
Isu Palestin dan Israel tidak relevan untuk dilambakkan dalam pilihan raya kecil itu. Pas dan BN sepatutnya bersama bertanggungjawab untuk mengekang apa yang berlaku di Semananjung Gaza dan bukannya saling tunding menunding dan mendabik dada kononnyalah akulah juara dan pembela yang hebat.
Mahfuz beranggapan BN hipokrit dengan usaha untuk memberi simpati kepada rakyat Palestin yang kini diserang dan dibunuh oleh Israel berpandukan kepada alasan penangkapan 21 penunjuk perasaan anti perang di Kuala Lumpur malam tadi. Penangkapan itu adalah urusan polis yang dibuatnya tentu tidak ada kena mengena dengan proses pemilihan di Kuala Terengganu. Begitu juga tunjuk perasaan itu bukan satu pembelaan tulen ke atas nasib rakyat Palestin. Justeru kenapa ianya harus dibawa sama ke Kuala Terengganu untuk dijadikan modal murahan dalam pilihan raya itu.
Mungkin pandangan demikian tidak menjadi kesalahan kalau ianya dibuat oleh orang di luar Pas. Walaupun Mahfuz dipetik sebagai berkata atas nama Pengerusi Gaza, tetapi umum tahu dia adalah Ketua Penerangan Pas dan ahli Parlimen Pas kawasan Pokok Sena. Atas nama apa beliau bercakap orang tetap mengenali warna dirinya. Mahfuz sering mengeluarkan kenyataan berbau emosi dan agak keras yang dikira bertentangan dengan naluri Pas masa kini yang mengambil pendekatan sedarhana.
Beliau juga dilihat sebagai seorang yang suka bercakap apabila hampir semua isu digaulinya walaupun isu itu tidak relevan. Adakalanya ulasannya mengenai sesuatu isu sangat dangkal sekali. Paling mendukacitakan pandangan peribadinya juga diterapkan atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan Pas ini secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada Pas. Barangkali elok kalau untuk masa akan datang Mahfuz memikirkan kesan dan implikasi serta koheransinya sebelum beliau mengulas atau bercakap mengenai sesuatu itu.
Jadi, janganlah kita hairan atau mengambil berat apa yang Mahfuz kata kerana memang Mahfuz bukan bercakap berasaskan otak tetapi kepala lutut!
Setelah membaca dan mendengar saya membuat kesimpulan bahawa Pemimpin PAS dan PKR beriya-iya benar menuduh UMNO tidak membantu HAMAS dan tidak bersimpati dengan perjuangan HAMAS, malah sebaliknya hanya memberikan bantuan kepada Mahmud Abbas sahaja ( Fatah ). Kenapa PAS dan PKR gila-gila sangat membuat tuduhan sedemikian?.
ReplyDeleteAda muslihat politikkah?
Saya nak jelaskan disini. dalam kita memberikan bantuan ikhlas kita, UMNO tidak memandang samada ianya kristiankah, Yahudikah< Islamkah, Hindukah atau yang lain-lainkah. Namun UMNO akan tetap menyumbangkan bantuan ikhlasnya. Soal politik adalah soal yang sama sekali tidak ada sangkut pautnya. Bahkan kita berjuang agar semua negara islam kembali kelandasan perjuangan islam sebenar dan untuk PAS, masa akan menyedarkan anda bahawa kesucian perjuangan UMNO akan terbukti akhirnya. Malah kini setelah 50tahun merdeka, perjuangan islam dalam UMNO subur dan tetap berterusan hingga hari kiamat. Aminnnn.
Mohon kebenaran 'copy and paste' articles dari posting tuan.
ReplyDeleteMat Put dan Mat Sapu dua-dua dari utara. Memang tukang karut Pas. Bercakap hanya mengunakan kepala lutut. Tam Spider kata 9/10 cakap dia satu pun tak boleh pakai. Tu pun orang Pas tenganga meleleh ayaq liuk dengaq dua ekor tu bercakap
ReplyDeletekalau PAS nak jadi hero sangat apa kata PAS hantar saja ahli2 pas yang nak berjuang mati syahid tu ke palestin berjuang bersama-sama rakyat palestin. setakat kecoh2 kat malaysia pastu tuduh kerajaan hipokrit nak buat apa. kalau berani sangat pergi la berperang dengan israel tinggalkan keluarga dan anak bini..
ReplyDeleteSekarang baru kutahu, rupa-rupanya Mat Yuti cakap merapu dan Hambalilah yang sebenarnya bercakap ikut punggong.
ReplyDeleteTetapi Hambali (bekas pensyarah) lebih baik dari Mat Yuti yang hatinya Umno tetapi pakai topeng PAS.