Ini bukan tempat tukar baju atau tukar hidangan.
Ia juga bukan pentas untuk PAS berdolak-dalik atau klu-klek umpamanya dalam kes Hudud yang menggambarkan betapa parti itu semakin tidak berpendirian.
PAS mementingkan kuasa dan mahu berjadi sekutu Pakatan Rakyat untuk memerintah tetapi tidak menawarkan sebarang program untuk rakyat.
Hakikatnya, pilihan raya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu (P036) lusa (Sabtu, 17 Januari) adalah medan untuk rakyat Kuala Terengganu menentukan nasib dan masa depan mereka – termasuk cucu cicit mereka.
Penduduk Kuala Terengganu perlu sedar pilihan raya adalah medan untuk mempertahankan agenda kerajaan yang memerintah - Barisan Nasional (BN) - yang selama ini terbukti berjaya membawa pembangunan dan kemajuan kepada negeri ini.
Dengan track record bahawa Terengganu di bawah BN dari hari ke hari semakin maju dan berjaya, berbanding ‘kemalapan’ negeri ini hampir lima tahun di bawah Pas dari 1999 hingga 2004.
Menurut istilah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Terengganu berada dalam keadaan gerhana, ‘bukan bulan yang terang’.
Berikutan itu Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi di Parlimen Kuala Terengganu tidak menjadikan pilihan raya kecil Sabtu ini sebagai peluang untuk beralih rasa seperti menukar baju atau hidangan makanan.
''Apabila BN kembali memerintah negeri Terengganu, ia bercahaya, bersinar semula," katanya semalam.’
Pilihanraya kecil ini seharusnya membuka mata rakyat Kuala Terengganu bahawa ini bukan masanya memilih calon semata-mata tetapi parti yang mampu melaksanakan kesinambungan dan perubah.
Sekadar mengatakan ke arah perubahan sedangkan perubahan yang mahu dilakukan bermula daripada kosong (seperti lambang PAS) adalah khayalan dan ‘mimpi di siang hari’.
Perubahan mesti dilakukan setelah ada asas atau foundation. Asas kukuh Kuala Terengganu ialah pelaksanaan program dan projek yang sudah boleh dilihat dengan jelas – pembangunan Kuala Terengganu dalam pelbagai sudut spiritual dan fizikal.
Calon boleh datang dan pergi!
Persoalannya, apakah parti yang kita sokong dan undi dalam pilihan raya mampu menjamin kehidupan dan keluarga kita sama ada semakin maju, makmur dan harmoni. Memang segala-galanya Allah s.w.t. yang menentukan. Tetapi tanya diri kita apakah kita mahu menilih parti yang mampu menjamin masa depan kita atau yang hanya mementingkan ‘kuasa semasa’ semata-mata?
Banyak orang membandingkan calon yang bertanding kali ini. Ada mengatakan mereka suka kepada calon yang tersenyum, biarpun tidak berbuat apa-apa. Ada mengatakan calon hanya sebagai messanger dan perantara sahaja tetapi kerajaan yang cakna rakyat lebih penting!
Juga banyak orang bertanya apa yang boleh dilaksanakan oleh parti-parti yang bertanding selepas pilihan raya ini.
Kita melihat sendiri bagaimana Kuala Terengganu ini membangun pesat selepas 2004. Kita juga melihat bagaimana Kuala Terengganu semakin bersih dan tersusun. Kita juga melihat bagaimana Kuala Terengganu daripada tiada universiti, kini ada tiga universiti. Dan kita juga melihat bagaimana Kuala Terengganu daripada sebuah bandar biasa menjadi sebuah bandar raya.
Cuba renung dalam diri kita. Siapa kita dan siapa keluarga kita.
Orang Terengganu sudah semestinya mahu kekal di Kuala Terengganu dan menikmatyi kehidupan yang selesa dan selamat.
Apabila saya katakan selesa ia bermakna mudah cari makan, makmur dan daerah Kuala Terengganu pula terus mendapat perhatian.
Untuk mencapai ini mesti ada aktiviti sosial dan ekonomi. Rakyat seluruhnya perlu dibela dari segi kemudahan asas, pendidikan, kesihatan dan juga hubungan dengan kaum lain.
Kita bukan hidup untuk bermusuhan sesame kita dan antara kita dengan bukan kaum dan seagama kita.
Yang nyata Barisan Nasional (BN) dan UMNO berusaha meningkatkan kualiti kehidupan kita dan anak-anak kita.
Kuala Terengganu akan menjadi pusat pentadbiran dan pada ketika yang sama menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Apa maknanya ini?
Ini bererti, Kuala Terengganu menjamin masa depan anak kita, belia kita dan orang muda kita. Dengan kata lain, ada jaminan untuk anak-anak kita mendapat pendidikan dan peluang pekerjaan.
BN dan UMNO menjamin kedudukan ini dan ini sudah ditunjukkan melalui pelbagai bantuan persekolahan dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Apakah dalam kempen pembangkang, soal ini ditimbulkan?
Dengan kata lain, bagi setiap rakyat, bantuan sudah bermula ketika dalam perut ibu lagi hinggalah ke liang lahad.
Segala usaha selama ini dan akan datang akan ranap dan dengan ada seorang ahli Parlimen pembangkang, bukan sahaja segala yang ada akan menjadi kucar-kacir tetapi tentunya dia tidak mampu melaksanakan apa yang sudah ada atau dijalankankan, apa lagi pembaharuan.
Selain itu, dengan menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, sekolah rendah dan menengah akan dipertingkatkan sementara universiti pula akan berusaha mencapai kualiti dunia.
Yang baiknya, Menteri Pelajaran sudah berjanji akan meneruskan usaha yang ada sekarang dan ditokok tambah dengan nilai-nilai baru. Menjayakan agenda ini juga adalah menjayakan agenda bekas wakil rakyat, Allahyarham Datuk Razali Ibrahim.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui Razali seorang yang baik dan kalau tidak kerana peribadinya, sukar untuk beliau menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dua penggal berturut-turut.
Jadi dengan iltizam Razali dan keupayaan BN melakukan perubahan dan akan dilakukan oleh wakil rakyat baru – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh – pengundi tidak perlu ‘bingung’ untuk memilih.
Tumpukan perhatian dan juruskan keazaman untuk berubah dan melakukan kesinambungan dengan memilih Wan Farid. Tidak perlu risau dan bimbang kononnya akan tersalah pilih kerana anda semua memilih calon yang tepat – Wan Farud – untuk kesinambungan dan perubahan.
Bagi rakyat Kuala Terengganu tidak kira Melayu dan Cina, soal penting ialah kehidupan yang selesa dan harmoni akan membawa mereka ke suatu tahap di mana kehidupan yang makmur dan aman damai itu sebenarnya pengakhiran atau the end.
Untuk mencapai tahap itu, ia tidak akan mampu dilaksanakan oleh sebuah parti yang tiada track record. Ketika memerintah Terengganu selama hampir lima tahun, apa yang mampu PAS lakukan?
Fikirlah, calon BN – Wan Ahmad Farid – bukan sahaja muda dan energetic tetapi juga seorang Ketua Bahagian UMNO yang berwibawa. Dia sudah menunjukkan usaha untuk ‘turun ke bawah’ sebaik-baiknya dan ini tidak boleh dilakukan dalam masa satu atau dua minggu. Wan Farid bukan melakukannya secara paksa, dia merelakan hatinya untuk berbakti kepada orang Kuala Terengganu.
Bandingkan dengan calon PAS yang sudah lima penggal tetapi tidak melakukan apa-apa walaupun di kawasannya - Wakaf Mempelam, apakah dia mampu melakukannya di kawasan yang lebih besar.
Fikirkan, kalau satu DUN pun tidak mampu membela rakyat yang mengundinya, mampukah dia melakukannya untuk kawasan Parlimen yang mempunyai empat DUN?
Seperti saya katakan di atas, Kuala Terengganu akan mengalami perubahan. Perubahan memerlukan kepimpinan. Kepimpinan untuk Kuala Terengganu ketika ini bukan sepatutnya datang dari PAS atau Bebas tetapi daripada BN kerana tanpa pemimpin yang berkesan dan mempunyai pertalian rapat dengan pusat, mustahil boleh dilakukan. Hanya Wan Farid mampu melakukannya.
Kecemerlangan Kuala Terengganu menuntut kerjasama erat antara calon, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Perdana Menteri serta Timbalannya.
Terputus pertalian ini akan membantutkan usaha memajukan Kuala Terengganu.Kerana itu orang yang paling baik dan mampu melakukan ini adalah Wan Farid. Tiada pengganti dan tiada pilihan lain. Dialah satu-satunya.
Kepada pengundi Kuala Terengganu, fikir dan nilailah.
Pilihan adalah ‘tidak melakukan dan tidak ada apa-apa’ oleh wakil PAS atau kesinambungan dan perubahan ke arah kecemerlangan Kuala Terengganu yang menjadi tanggungjawab calon BN daripada UMNO.
salam
ReplyDeleteartikel yang menarik
mohon izin letak artikel ini dlm blog sy
kredit akan diberikan utk saudara
ADHA
www.myadha.com