Mungkin banyak
pihak, pastinya bukan semua pihak di Malaysia, menyambut gembira apabila dilaporkan syarikat
milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC)
memaklumkan semalam bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah
melangsaikan semua wang dijanjikan melalui mahkamah di London.
Ia susulan
perjanjian penyelesaian antara kedua-dua pihak di mana 1MDB perlu membayar IPIC
kira-kira AS$600 juta lagi menjelang 31 Disember ini, seperti yang dipersetujui
dalam perjanjian April lalu.
Ini bermakna
untuk tujuan ini sahaj, kerajaan bagi
pihak 1MDB perlu menyediakan sekurang-kurangnya AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion)
bagi dua bayaran.
Ini yang dipersetujui melalui timbang tara tetapi
bagaimana dengan jumlah tersalah bayar dansudah lesap sebanyak AS$3.5 bilion
itu?
1MDB bukan
syarikat milik rakyat. Tetapi ia menggunakan wang kerajaan untuk aktiviti
perniagaannya. Sama ada untung atau rugi, apabila menggunakan wang kerajaan,
sedikit sebanyak pasti menggunakan wang rakyat.
Pastinya, risikonya
rakyat yang turut menanggungnya.
Persoalannya,
dalam isu 1MDB dan IPIC ini, selain menggunakan AS1.2 bilion untuk melangsaikan hutang dengan
IPIC secara terang, jumlah yang hilang akibat tersilap bayar kepada syarikat
yang tidak pernah wujudd itu membabitkan jumlah lebih besar - sebanyak AS$3.5bilion.
Bukankah kesemuanya
ini berjumlah AS$4.7 bilion dalam urusan 1MDB dengan syarikat Abu Dhabi berkenaan
sehingga kini?
Sudah pasti
berita penyelesaian AS$1.2 bilion itu akan disambut dengan penuh kelegaan dan
kegembiraan oleh mereka yang pro-UMNO/Barisan Nasional (BN), termasuk penyokong
Najib Razak.
Maka akan riuh
rendahlah kumpulan laskar media pro-UMNO memainkan ‘kejayaan’ ini.
Namun,
persoalan lama sehingga kini tetap tidak terjawab.
Rakyat tetap
mahu tahu banyak perkara termasuk bagaimana bayaran boleh dibuat kepada
syarikat yang tidak wujud, daripada manakah punca wang ‘tersalah bayar’ itu
diperolehi dan daripada mana pula sumber kewangan dalam penyelesaian timbang
tara terbaru ini?
Soalan lain,
siapa buat keputusan untuk membayar kepada syarikat tidak wujud itu dan apa
langkah mendapatkanya kembali wang AS$3.5 bilion yang lesap itu?
Perlu ada pihak
yang bertanggungjawab kerana ia wang daripada kerajaan yang diberikan
keercayaan oleh rakyat.
Atau apakah
wang itu akan hilang dengan begitu sahaja? Atau ia memang disengajakan?
Untuk
rekod, 1MDB dan IPIC menjalinkan
hubungan pada 2012, apabila syarikat itu menjamin dua bon bernilai AS$1.75
bilion setiap satu kepada 1MDB untuk mendapatkan dana bagi membeli aset jana
kuasa. Balasannya, 1MDB membuat bayaran cagaran kepada IPIC.
Namun masalah
timbul pada akhir 2015, apabila IPIC/
Aabar dan 1MDB tidak mendapat persetujuan berhubung dana yang hilang kerana
IPIC dan pelabur Malaysia gagal menjelaskan pinjaman AS$1.2 bilion daripada Abu
Dhabi.
Selepas gagal menyelesaikan
isu wang yang hilang, dengan Malaysia menegaskan bahawa mereka telah membayar
balik AS$3.5 bilion kepada anak syarikat IPIC – anak syarikat IPIC pula bertegas
bahawa mereka tidak menerima kebanyakan dana tersebut.
Bagaimanapun
pada Mei tahun lalu, Abu Dhabi dan
Malaysia bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian itu secara timbang tara di
London. Hasilnya, 1MDB akan membayar IPIC AS$1.2 bilion secara ansuran tiga
kali, dan yang terakhir diserahkan pada 21 Disember.
Fakta nyata
ialah perjanjian IPIC adalah dengan 1MDB dan kerajaan Malaysia melalui MOF
Inc. yang jelas menunjukkan jika 1MDB
tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka kerajaan Malaysia terpaksa
menanggung kesemua bayaran kepada IPIC.
Biarpun kerajaan
Malaysia gembira IPIC dan hakikat sebenar ialah rakyat Malaysialah yang akan
menanggung beban berganda dan berpanjangan apabila pembayaran kepada IPIC
dibuat sebanyak dua kali.
Dengan tidak
terjawabnya banyak persoalan daripada pihak kerajaan, Najib dan 1MDB sendiri sehingga
kini, sudah pasti akan mendatangkan
banyak lagi persoalan baru.
Antaranya:
1.
Apakah
bayaran kepada syarikat yang tidak wujud itu membabitkan wang rakyat?
Sementara dua bayaran yang sudah dibuat hasil timbang tara itu jelas dibuat
oleh MOF Inc. dan 1MDB. Persoalannya bukan satu sen pun pembayaran itu tidak menggunakan
wang rakyat?
2.
Persetujuan
1MDB membuat bayaran kepada IPIC itu
terbukti syarikat itu mengaku membuat bayaran yang salah kepada satu
syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC. Bila agaknya kerajaan akan bersedia menjelaskan
bagaimana kejadian itu boleh berlaku, apalagi syarikat yang dikatakan menerima
bayaran itu tidak wujud langsung. Atau apakah kerajaan – MOF Inc. serta 1MDB
sendiri akan terus membisu?
3.
Persetujuan
arbitrasi yang dicapai antara 1MDB dan IPIC ini juga jelas menunjukkan
terdapat unsur-unsur penipuan apabila 1MDB telah membuat salah pembayaran
kepada Aabar BVI. Jika membuat keputusan salah, bagaiamana MOF Inc. dan 1MDB boleh terima sahaja keputusan itu
dengan ‘tangan terbuka’?
4.
Pembayaran
sepatutnya kepada IPIC – Aabar
Investments PJS sebaliknya pembayaran dibuat kepada Aabar BVI (sebuah syarikat
palsu) yang membuiktikan kerajaan merestui keputusan itu. Kenapa tiada
siasatan dan tindakan sewajarnya diumumkan secara telus kepada rakyat?
Kesimpulan
kepada empat perkara ini ialah, kerajaan
dengan berani membelakangkan kepentingan rakyat menggunakan wang lebih AS3.5
bilion dan kemudian AS$1.2 bilon.
Apakah wang
digunakan itu hasi; daripada cukai termasuk GST yang kini disebut sebagai ‘dasar menekan rakyat’?
Amat nyata
kerajaan pimpinan Najib yang disokong oleh konco-konconya melakukan keputusan sesuka
hati dan tidak mempedulikan sama ada ia salah – atau sebaliknya - selain kemungkinan
ada unsur penipuan - namun semuanya
Apakah rakyat
merestui semua keputusan dan pendirian Najib, BN, MKD dan 1MDB dalam isu wang
hilang yang begitu besar sebegini?
Jelas sekali,
isu ini akan menambahkan lagi kemelut 1MDB yang tidak akan selesai dan cuba
diseliundungkan daripada pengetahuan rakyat.
Isu kehilangan
wang dan pembayaran melalui timbang tara ini akan terus berlegar disamping siasatan
mengenai pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk
Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.
Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat pula dalam saman sivilnya mendakwa kira-kira AS$4.5
bilion diseleweng daripada 1MDB. Apakah semuanya ini berkait antara satu dengan
lain?
Walaupun dana pelaburan
Malaysia itu menafikan sebarang salah laku dan Perdana Menteri yang mengasaskan
1MDB turut menafikan semua jadi topik
panas menjeland Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
Jangan lupa,
rakyat yang ditindas dengan beban kutipan
cukai tidak akan memaafkan kerajaan jika MOF Inc., Najib, 1MDB serta pihak yang
mengetahui mengenainya terus berdiam diri.
Selagi isu 1MDB
berlegar, selagi itulah rakyat Malaysia akan memnbenci kerajaan Jangan salahkan
rakyat jika mereka menolak UMNO/BN akibat daripada ketidak telusan dan ‘penipuan di siang hari’ oleh
kerajaan, Najib dan konco-konconya.
No comments:
Post a Comment