Jelas
sekali Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Khairuddin Aman Razali bermain dengan
retorik dalam ulasan terbarunya mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Kenapa
penulis mengatakan demikian?
Berdasarkan kenyataannya semalam yang disiarkan oleh portal berita rasmi PAS Terengganu bertajuk "Kemungkaran 1MDB Bermula Apabila Menggunakan Kaedah Hutang ‘Riba’ Haram'", jelas Dr Khairuddin tidak 'menetapi sasaran'.
Kenapa boleh dianggap tersasar dan tidak mengena sasarannya?
Berdasarkan kenyataannya semalam yang disiarkan oleh portal berita rasmi PAS Terengganu bertajuk "Kemungkaran 1MDB Bermula Apabila Menggunakan Kaedah Hutang ‘Riba’ Haram'", jelas Dr Khairuddin tidak 'menetapi sasaran'.
Kenapa boleh dianggap tersasar dan tidak mengena sasarannya?
Dengan menyebut kemungkaran 1MDB bermula apabila syarikat milik kerajaan itu menggunakan
kaedah hutang riba yang diharamkan oleh Islam bagi mendapatkan modal sehingga
berpuluh bilion ringgit, tidak membawa makna apa-apa terhadap usaha mengejar ‘pencuri,
perompak dan penyamun’ wang dana itu.
Isu
sekarang bukan lagi bagaimana ia dimulakan kerana rakyat Malaysia sudah sangat
maklum mengenainya.
Yang
perlu dilakukan Dr Khairuddin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS ialah mengemukakan nas dan hadith mengenai
haram bagi kerajaan atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melindungi
maklumat tepat dan benar mengenai 1MDB daripada diketahui oleh rakyat.
Maksud
di sini ialah, keluarkan fatwa apa hukumnya pemerintah, termasuk Perdana
Meenteri dan Kabinetnya yang bersekongkol meletakkan laporan Ketua Audit Negara sebagai
bahan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kenapa
‘menyorotkan kebenaran’ isu laporan itu daripada diketahui rakyat sedangkan
1MDB ditubuhkan dengan hasrat untuk memberikan kebaikan kepada rakyat.
Rakyat
perlu tahu apa masalah, apa penipuan dan
sejauh mana penyelewengan yang berlaku.
Dan
jika benar berlaku penyelewengan dan perbuatan pengubahan wang haram, ia perlu
dibentaras. Ini lebih baik daripada Dr Khairuddin mempersoalkan mengenai modal
awal 1MDB kerana ia memang dibuat melalui ‘jalan yang salah’.
Maklumat
dalam laporan audit itu penting untuk rakyat bandingkan dengan laporan dan
kandungan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk suatu
kebenaran yang hakiki.
Dr
Khairuddin yang sebelum ini Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan kini
menjadi Bendaharinya, tidak usah bermain sengan sentimen agama dalam isu ini
secara berbelit-belit kerana akan menimbulkan lebih banyak persoalan kepada integrity
beliau dan pemimpin PAS sendiri.
Orang Islam dan bukan Islam pun maklum bahawa perniagaan berasaskan ‘modal
‘haram’ tidak akan diberkati Allah, menyebabkan pelbagai isu melingkari 1MDB
sehingga ke hari ini.
Ketika
ulama kita membisu mengenai 1MDB, adalah elok jika Dr Khairuddin dan Dewan Ulama PAS mengorak langkah untuk
mendesak kerajaan supaya telus dan berterus terang dengan rakyat mengenai apa
masalah sebenar berkaitan 1MDB.
Malah,
jika ia turut melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN), PAS perlu berterus terang
dan jangan dilihat cuba menyembunyi sesuatu atau bersekongkol dengan mereka
yang cuba menutup kelemahan dan penyelewengan dalam 1MDB.
PAS
akan dihormati oleh rakyat dan semua pmbangkang jika ulamanya bercakap secara
berani dan tidak memihak dalam dalam isu ini.
Apakah
retorik oleh Dr Khairuddin ini hanya gambaran bahawa satu sandiwara sedang
dimainkan oleh PAS dan UMNO untuk mengelirukan rakyat?
Apakah
PAS mahu menjadi parti ‘klu-klek’ di mana pada suatu sudut ia mempersoalkan
kerajaan dalam isu modal 1MDB tetapi perjalanan syarikat itu yang dilihat
berceluru dan banyak wang lesap tidak pula dikritik oleh PAS?
Dr
Khairuddin juga perlu lebih tegas dan jelas dalam menyatakan pendirian jika
benar ‘pengurusan kewangan 1MDB sedang bergelut dengan pelbagai pelan bagi
menyelesaikan kemelut hutang ini.
Beliau sewajarnya bertanyaa kerajaan bagaimana 1MDB mahu
membayar baki hutangnya yang boleh mencecah kira-kira RM40 bilion sementara jumlah
bayaran dibuat 1MDB bernilai hampir RM3.9 bilion.
Perlu ditanya dari mana wang untuk bayar hutang itu diperolehi.
Juga Dr Khairuddin sebagai pemimpin Islam wajar mengemukakan
pertanyaan apakah status dan kedudukan dana agensi pelaburan milik kerajaan itu
yang kini bernilai RM7.07 bilion sedangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh
1MDB adalah RM50 bilion setakat Januari 2016.
Dan jika kerajaan tidak bercakap benar, Dr Khairuddin wajar persoal
kerajaan kenapa tidak ada keteluasan. Apakah Islam membenarkan pemimpinnya ‘tidak
bercakap benar’ dan ‘melindungi maklumat mengenai harta kerajaan daripada
diketahui rakyat’?
Sebagai ahli Parlimen, beliau perlu memberikan pandangan yang bernas
bagi menyelesaikan hutag yang beliau sendiri berpendapat ‘jika tidak
diselesaikan bakal melibatkan kewangan kerajaan kerana hutang-hutang 1MDB
dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.”
Sebagai
Ahli Majlis Syura Ulama itu, beliau perlu tegas menyatakan juga hukum dan
pandangan Islam dalam menyelesaikan segera hutang 1MDB kerana membabitkan
kepentingan rakyat.
Sebagai
ahli Parlimen daripada ‘parti Islam’ beliau wajar bertanya kenapa Kementerian
Kewangan tidak boleh mendedahkan butiran proses timbang tara antara 1MDB dan
International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu
Dhabi?
Benarkah
ia terikat dengan garis panduan kerahsiaan?
Kes
timbang tara antara pihak IPIC dan 1MDB masih berlangsung di London Court of International
Arbitration (LCIA) memanglah perlu dihormati garis apanduan kerahsiaannya,
namun kenapa lansung berdiam diri mengenainya?
Dr
Khairuddin diyakini peka mengenai perkara ini tetapi enggan bersuara? Kenapa?
Jika
PAS pejuang rakyat, apa lagi rakyat Islam di negara ini yang rata-ratanya
berada dalam keadaan yang dihimpit berbagai masalah, kesusahan akibat tekanan
hidup dan masa depan tidak menentu akibat 1MDB, Dr Khairuddin hendaklah diperkatakan dengan jelas dan berterus
terang, bukan secara sipi.
Sebagai
orang bijak pandai dalam PAS, jangan bermain di bahagian sayap tetapi jadilah
pemain yang ‘menyumbat gol’ demi kepentingan penyokong PAS dan rakyat amnya.
Dan
jika Dr Khairuddin beretuju bahawa 1MDB juga terpalit
dengan dakwaan kebocoran dan ketirisan perbelanjaan, apa pula hukum dan
pandangan Islam mengenai perkara ini?
Malah, dengan beliau mengakui bahawa perbelanjaan
1MDB yang dikatakan mengalir kepada beberapa syarikat milik individu tertentu
mengundang kepada penyiasatan dan saman sivil oleh DOJ, jangan pula beliau seakan bermain ‘di dua kolam’.
Membiarkan ia terus berlaku tanpa adanya usaha
untuk menghentikannya, selain berdolak-dalik
tindakan untuk mendedahkan kebocoran dan
ketirisan jelas perbuatan bersubahat dengan kebejatann?
Apa pula hukumnnya bagi mereka yang bersubahat, apa
lagi menyokong perbuatan yang menyebabkan ketirisan?
Sewajarnya sebagai Ahli Parlimen yang mendapat gaji
dan berbagai ‘laba’ daripada undi rakyat, Dr Khairuddin memulangkan semula
hasil undi rakyat, bukan sahaja di Kuala Nerus dan Terengganu tetapi juga
Malaysia amnya untuk menyatakan perkara yang benar dan sebenar-benarnya dalam
isu 1MDB ini.
Mengingatkan DoJ dengan kata-kata, “Jangan pula
tindakan hanya menjadi modal politik tanpa kesudahan untuk kepentingan pihak
tertentu..” bunyinya seakan kata-kata pemimpin UMNO’
Kenapa
kita tidak boleh teruja dengan siasatan DoJ? Siapa yang mencemarkan nama
negara? Pemimpin BN?UMNO atau rakyat?
Apakah
Dr Khairudddin rela bersekongkol dan bersubahat dalam perkara mungkar seperti
ini?
Siapa
sebenarnya yang mencemarkan nama negara dan meletakkan isu 1MDB ini disiasat
oleh banyak negara di dunia? Pembangkang, rakyat atau pemimpin BN/UMNO?
Sepatutnya
Dr Khairuddin menasihat pemimpin BN/UMNO jangan cemarkan nama negara dan jangan
menyebabkan negara ini digelar ‘kleptokrasii’.
Dr
Khairuddin sebagai pemimpin Islam jangan bermain dengan andaian apabila
mengatakan ‘dakwaan ada individu rakyat Malaysia yang melobi negara luar untuk
mengambil tindakan terhadap aliran kewangan 1MDB juga tidak boleh dipandang
ringan’.
Malah
beliau menegaskan tindakan individu yang melobi itu ‘bererti membawa masalah
negara sendiri untuk campurtangan luar’.
Bukankah
andaian seperti ini mirip kepada tuduhan?
Bagaimana
Dr Khairuddin boleh yakin dengan itu semua? Maklumat daripada Perdana Menteri,
pemimpin UMNO dan yang sewaktu dengannya?
Jika
Dr Khairuddin mahu masalah negara sendiri perlu diselesaikan dengan cara kita
sendiri tanpa melibatkan orang luar, sewajarnya beliau menasihati Najib, Peguam
Negara, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
agar serius dalam menyelesaikan kemelut 1MDB.
Penulis
bersetuju jika dibentuk Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tuduhan ketirisan
dana 1MDB ini. Namun apakah ia diambil peduli oleh Najib dan Putrajaya?
Selain
itu berapa lama lagi siasatan akan mengambil masa?
Jika
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap begitu cekap dalam menjalankan tugas
pun belum selesai mmbuat siasatan, apa lagi RCI berkenaan.
Berikutan
itu berapa lama lagi Dr Khairuddin mahu membiarkan isu 1MDB dan masalah
berkaitan dengannya terus disiasat oleh negara luar?
Berapa
lama lagi rakyat mahu dibelenggukan dengan isu ini sedangkan mereka yang ‘merompak
dan mencuri’ bermewah dan bersenang-senang di luar negara.
Mengaitkan
skandal ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 1MDB boleh disifatkan sbagai tindakan
bersama Dr Khairuddin dengan BN/UMNO untuk melarikan isu sebenar daripada
rakyat.
Kata-kata
bahawa pelbagai kemelut dan skandal di era Dr Mahathir akibat pengurusan oleh jiwa
yang tidak meletakkan pertimbangan syurga dan neraka’ adalah kenyataan
berpihak.
Apakah
isu 1MDb yang diakibatkan oleh Najib ini meletakkan pertimbangan ‘syurga dan
neraka’? Kenapa Dr Khairuddin tidak menghalakan juga ‘peluru syurga dan neraka’
in kepada Najib?
Kata-kata
bahawa pembangkang hanya berhasrat menukar pemimpin BN sahaja tanpa menukar
dasar-dasar pentadbiran dan pemerintahan yang menjadi sebab negara terpalit
dengan pelbagai kemelut ekonomi, sosial dan politik ini menunjukkan Dr
Khairuddin ini berada dalam dunia khayalannya sendiri.
Tidakkah
beliau membaca dan memahami perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang suatu ketika
pernah disertai PAS dalam memerangi penyelewengan, rasuah, guna kuasa dan pelbagai
kekalutan oleh Najib dan kerajaan BN/UMNO?
Retorik
Dr Khairuddin akan memakan diri dan pastinya PAS akan terpalit sama.
Jelas
sejauh ini Ahli Parlimen Kuala Nerus ini hanyut dalam khayalannya mencari nas
dan dalil melalui al-Quran dan hadith untuk perkara yang berbangkit di awal
penubuhan 1MDB.
Beliau
memang ‘tertinggal kereta api’ kerana isu 1MDB kini sudah menjangkau kepada pada
peringkat menunggu pendakwaan, bukan lagi isu ‘haram dan halal’ penubuhan dana
yang sarat dengan hutang dan penyelewengan itu.
Chara selesai masalah sama macam Q- Theory: First come first serve basis. FOREX LOSS lebih awal berlaku dari 1MDB. Maka wajarlah RCI Forex BNM dibuat dahulu hingga selesai. Satu dari tanda2 kematangan ialah kenal Priority
ReplyDeleteChara selesai masalah sama macam Q- Theory: First come first serve basis. FOREX LOSS lebih awal berlaku dari 1MDB. Maka wajarlah RCI Forex BNM dibuat dahulu hingga selesai. Satu dari tanda2 kematangan ialah kenal Priority
ReplyDeleteAhli Parlimen Kuala Nerus Dr. Khairuddin Aman Razali tak ada dalam 1MDB... jgn buat perkara yang boleh menimbulkan fitnah... Dulu pemimpin Muslim veteran digeruni, ditakuti dan dihormati tapi hari ini pemimpin Muslim yg lebih fikiran terbuka dihina, dicaci, difitnah seperti zaman khulafa Ar Rasyidin dan zaman khalifah Islam yg unggul untuk dijatuhkan yang didalangi konspirasi yahudi bertopeng alim muslim... Jawab la nanti wahai pemimpin ulama yang menabur fitnah menjahanamkan negara sendiri untuk dilembukan oleh golongan kafir yang menanti kejatuhan Islam.
ReplyDelete