"Apakah jika dipaksa, parti komponen BN akan bersedia untuk mematuhi sahaja dalam kedudukan mereka tahu akan ditentang dan dibantah pengundi mereka dan pastinya menghukum mereka pada PRU14?"
Apakah nasib pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355?
Apakah ia akan
tersadai di Dewan Rakyat walaupun sebelum ini
Barisan Nasional (BN), khususnya Timbalan Perdana Menteri mengatakan ia
akan dibentangkan oleh kerajaan?
Kini tiada siapa yang tahu apa akan terjadi selepas Perdana Menteri semalam mengadakan pertemuan secara berasingan dengan pemimpin parti komponen BN berhubung isu berkenaan, demikian jika menurut laporan Oriental Daily semalam.
Apakah usaha PAS
melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hanya menjadi ‘permainan
politik’ UMNO untuk memerangkap PAS.
Ketidakyakinan
Hadi kepada draf RUU355 yang akan dibentangkan Barisan Nasional (BN) ditunjukkan melalui kenyataannya bahawa PAS menganggap hasrat BN untuk membentangkan sendiri di Parlimen sebagai keputusan tidak muktamad.
Apakah ia akan menjadi cabaran besar kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan BN akan mngambil alih pembentangannya.
Hadi berkata, PAS
memilih untuk melihat terlebih dahulu isi kandungan RUU355 dan berharap agar ia
tidak menjejaskan kepentingan semua pihak.
“Kita tidak anggap
itu muktamad. Kita hendak lihat drafnya dahulu. Kalau lain dari yang kita
mahukan, itu sudah tidak betul. Kita tidak mahu bertindih, “tegasnya.
Jika demikian,
berapa lama pula ‘ding-dong’ akan berlaku dan sabarkan penyokong PAS
menunggunya?
Kesian kepada yang
datang ke Padang Merbok dengan penuh harapan agar RUU355 disegerakan kini
tertanya-tanya sejauh mana berkesannya Presiden mereka dalam hubungan atau
meminta sokongan UMNO.
Oriental Daily yang memetik satu sumber
sebagai berkata bahawa parti-parti komponen BN, terutamanya dari Sarawak,
menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan pindaan RUU355 itu.
Ekoran bantahan
tersebut, tiada keputusan dibuat, dan meletakkan Datuk Seri Najib Abdul Razak Najib
dalam dilema, kata sumber itu.
Bukan dilema semata-mata
tetapi kinii jelas Najib tidak dapat mengawal parti lain selain UMNO dalam BN
yang akan berdepan Pakatan Pembangkang – PKR, PPBM, AMANAH dan DAP – dalam pilihan
raya umum akan datang.
Kedudukan PAS kini
terumbang-ambing dan ada mengatakan ia akan bertanding bersendirian, sementara
ada pula yang meramalkan akan bergabung dengan BN.
Malaysiakini
melaporkan, diramalkan Najib pada
mulanya merancang untuk membentangkan pindaan di Parlimen pada 6 April, hari
terakhir sesi parlimen kali ini, tetapi kini dijangka menangguhkannya.
Akhbar harian itu
membuat spekulasi bahawa persidangan Dewan Rakyat mungkin dilanjutkan hingga 10
April, untuk memudahkan perbincangan mengenai perkara itu semasa permukiman
pemimpin BN yang dijadualkan antara 7 April dan 9 April.
Setiausaha kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, memberitahu
akhbar itu bahawa sesi Parlimen sekarang mungkin dilanjutkan.
Cadangan pindaan
Akta 355 itu pada mulanya dibawa oleh Presiden PAS itu.
Ia bertujuan untuk
meningkatkan hukuman maksimum yang dikenakan oleh mahkamah Syariah kepada
penjara 30 tahun, 100 sebatan dan denda RM100,000.
Sekiranya Akta 355
gagal dibentangkan segera dan kalah pada undian di Dewan Rakyat, di mana muka
Hadi dan Najib akan disorokkan?
Penyokong PAS
pastinya akan marah dan mungkin Akta 355 akan menjadi penghalang besar ke arah kerjasama
dengan BN dan UMNO.
Selesakah PAS
bekerjasama dengan BN jika banyak parti komponen atau semua parti komponen
lain, kecuali UMNO menentang RUU355?
Menurut akhbar
berbahasa Cina itu, isu ini mungkin
dibangkitkan lagi dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
Presiden Parti
Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing mengesahkan pertemuan dengan Najib
itu kepada Borneo Post tetapi
enggan mendedahkan apa yang berlaku.
Jelas sekali usaha
BN khususnya UMNO dan Najib sendiri menggunakan RUU355 untuk merapatkan UMNO
dan PAS bagi tujuan politik semakin kelam-kabut.
Benarlah ramalan
dan telahan selama ini bahawa Akta 355 memang untuk laba politik UMNO-PAS namun
sudah memakan diri sendiri.
Apakah jika
dipaksa, parti komponen BN akan bersedia atau mematuhi sahaja dalam kedudukan
mereka tahu akan ditentang dan dibantah pengundi mereka dan pastinya menghukum mereka pada PRU14 akan
datang?
Atau apakah akan ada perpecahan di kalangan BN gara-gara isu ini, apalagi jika UMNO bekerjasama
dengan PAS yang dilihat parti-parti komponen BN selain usaha UMNO ini sebagai usaha ‘penyatuan
Melayu dan Islam’ untuk menjayakan pelaksanaan Hudud di Malaysia.
Pada ketika semua
pihak, UMNO, PAS dan parti komponen BN bagai ‘cacing kepanasan’, pembangkang
yang semakin bersatu melihat isu RUU355 sebagai ‘hadiah tidak ternilai’ untuk
mereka.
Mungkin ia akan menjadi 'senjata makan
tuan' kepada UMNO dan PAS juga keepada Najib dan Hadi dalam kaitannya dengan RUU355 ini!
Apa susah tunjuk draf RUU 355 kat PAS... Depa setuju, suruh Pimpinan Tertinggi PAS dan BN tandatangan bersama... Abis tu harap tiada lagi fitnah menfitnah dalam ceramah PAS selepas ini... Insha Allah..
ReplyDelete