Tidak hairanpun kalau harga kos menunaikan haji dan umrah
naik.
Inilah antara NIKMATNYA penurunan nilai Ringgit.
Bukan sahaja akan lebih ramai pelancong datang ke
Malaysia, kos urusan menunaikan haji dan umrah di Arab Saudi juga meningkat.
Sudah pasti semakin ramai rakyat Malaysia akan
berebut-rebut untuk menunaikan haji dan umrah, bimbang tahun 2018 dan
seterusnya menjadi semakin mahal.
Kan bagus nilai Ringgit jatuh – lebih banyak wang perlu disediakan
untuk ke Arab Saudi? Dan apabila kembali, akan berkuranganlah barang yang
dibawa balik berbanding tahun sebelum ini.
Dalam keadaan sekarang ok juga kerana boleh bawa wang
banyak atau lebih sedikit daripada biasa. Itu bagi yang mampu...yang tidak dan
kurang mampu bagaimana?
Ini belum cerita nanti apa akan jadi kepada barangan
seperti kurma, air zam-zam atau makanan lain yang diimport dari Asia Barat yang
menjadi makanan dan pakaian ‘ kebanyakan orang Malaysia’.
Tak apa, DON’T WORRY.
Kerajaan akan tambah subsidi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Jamil Khir Baharom mengakui kos menunaikan haji dijangka terus meningkat
disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan
turut bertambah.
Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun
dan pada musim Haji1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah
RM18,890 seorang.
Untuk tahun hadapan berapa agarnya? Kalau tidak naik,
bermakna kerajaan boleh tambah subsidi gara-gara mata wang Ringgit jatuh.
Boleh bagi tahu rakyat bagaimana 'baiknya hati dan budi kerajaan'!
Amaran mengenai kemungkinan naiknya harga pakej-pakej
pelancongan ke luar negara termasuk pakej ibadah haji dan umrah yang
dikendalikan agensi-agensi swasta sudah dilaporkan 18 Ogos lalu.
Ketika itu mungkin ramai tidak ambil peduli kerana Donald
Trump belum menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Kejatuhan mendadak
nilai Ringgit sejak tarikh kemenangan Trump itu (9 November 2016) membuka mata rakyat bahawa kini
bukan masa yang ‘selesa’.
Malah, peningkatan itu bukan sedikit, dijangkakan sehingga
30 peratus tahun ini.
Ketua Biro Umrah dan Haji Persatuan Agensi-Agensi
Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (Bumitra) Malaysia, Ayob Mat Aris
berkata, peningkatan harga pakej tersebut berikutan kejatuhan nilai ringgit
yang dialami negara kini.
Kenaikan harga itu terpaksa dilakukan bagi membantu agensi-agensi
pengendali pelancongan menampung peningkatan kos mendadak yang kebanyakannya
kini ditanggung sendiri oleh pihak agensi.
Malah, amaran juga diberikan bahawa jika keadaan ini
berterusan, banyak agensi pelancongan tidak mampu bertahan lama dan
membatalkan pakej sedia ada kerana terpaksa menanggung sendiri kos yang
semakin meningkat terutama bagi pelanggan yang telah membuat pembayaran awal.
Kerana itu pihaknya memohon kepada para pelanggan dan
jemaah agar memberikan kerjasama dengan syarikat-syarikat pelancongan yang
ingin membincangkan semula kos pakej mengikut nilai mata wang dan keadaan
semasa.
Kesan juga ialah banyak di antara agensi pelancongan mengalami
kemerosotan tempahan hampir 50 peratus walaupun pada musim cuti.
Jamil Khir berkata Tabung Haji (TH) dengan sokongan
kerajaan, sehingga ini masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980
seorang jemaah haji 'Muasassah' sejak tahun 2009.
Pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi
haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta.
Soal kos yang meningkat satu hal lain ialah cakap-cakap
mata wang Malaysia kini tidak diterima lagi di Arab Saudi pun satu hal juga.
Perkara ini ada dilaporkan pada Ogos lalu tetapi cepat-cepat
dinafikan oleh Tabung Haji.
Malah, tinjauan berita
IKIMfm di sekitar bandar Mekah pada 28 Ogos lalu mengatakan dakwaan Ringgit
tidak laku di luar negara termasuk Arab Saudi, adalah tidak benar.
Sebaliknya, matawang tersebut diterima secara meluas.
Jemaah haji tidak mempunyai sebarang masalah untuk menukar matawang tersebut.
Kini ‘berita angin itu tersebar lagi’. sama ada cakap-cakap atau di Facebook, ia
sudah diviralkan.
Benar atau tidak benar mengenai perkara ini bukan perkara
besar kerana sudah banyak nasihat diberikan agar menukar Ringgir kepada Riyal
sebelum ke Mekah atau Madinah.
Tepai yang besar ialah ringgit semakin mengecil dan untuk
memenuhi keperluan di sana kini, oleh kerana Ringgit sudah jatuh, jumlahnya
adalah lebih besar diperlukan berbanding sebelum ini, walaupun dibandingkan
dengan Julai lalu.
Memetik kadar pertukaran umum (1 Riyal (SAR) kepada
Ringgit (MYR)) ia adalah seperti berikut:
Jumaat 27/05/2016 Berbanding Ahad 20/11/2016
Paling Tinggi : 1.1777
MYR pada 20
Nov 2016.
Purata : 1.095
MYR sepanjang tempoh ini.
Paling Rendah : 1.0517
MYR pada 14 Jul 2016.
KINI pada purata 1 SAR = 1.1769 MYR
Demikianlah adanya riwayat Ringgit kita.
Ini satu contoh
nikmatnya nilai mata wang Ringgit jatuh!!!!
kalau tak silap, tahun 2008 duit kita juga jatuh merudum berbanding dengan matawang asing dunia. kini pusingan kejatuhan nilai ringgit berlaku lagi. itu semua takdir Allah SWT. satu yang paling penting agar rakyat marhein faham, nilai ringgit jatuh sebenarnya kurang memberi impak kepada rakyat terbanyak. harga tepung, gula, beras, minyak masak dalam kampit, dan ikan masih belum banyak berubah. duit ringgit yang didapati melalui penjualan getah dan sawit, selain upah kerja buruh bukan nak digunakan untuk shopping di arab saudi, amerika, united kingdom atau austolia. jadi jangan bimbang sangat. yang biasa membandingkan duit malaysia dengan duit riyal atau dollar tu ialah orang kaya yang rajin pegi oversea. so, duit banyak apa masalahnya. orang miskin yang teringin mengerjakan umrah atau haji bukan nak pegi setiap tahun. dalam keadaan ekonomi kurang bagus ni, eloklah tangguhkan dahulu. mohon Allah limpahkan rezeki yang lebih agar pemergian ke mekah dan madinah dipermudahkan. janganlah bersikap tidak bertanggungjawab dengan menakutkan rakyat seolah lepas ni kebanyakan rakyat tidak mampu makan nasi seolah diungkapkan lepas ini harga beras akan menjadi terlalu mahal akibat nilai ringgit jatuh ke lantai...
ReplyDelete