Kempen yang disebarkan supaya orang ramai menyertai BERSIH5. |
Penjawat awam itu siapa? Guru itu siapa? Pensyarah dan pelajar
itu siapa? Juga, belia itu siapa?
Bukankah mereka rakyat yang dijamin Perlembagaan untuk
bebas menyuarakan pendapat dalam negara demokrasi seperti Malaysia?
Menyekat kebebasan rakyat adalah zalim. Dan zalim juga bagi
rakyat yang melanggar peraturan ditetapkan dalam menyuarakan pendapat dan
pandangan mereka.
Namun jika menyuarakan pendapat secara mematuhi peraturan
seperti menyertai perhimpunan yang terkawal, apakah ia suatu ‘dosa besar’ yang
perlu dikenakan tindakan dan hukuman berat?
Mereka hanya mahu menyuarakan pendapat dan pandangan.
Kenapa mesti ada tindak balas yang berlebihan?
Sewajarnya tidak ada provoksi sama ada oleh pihak yang
berhimpun, mahupun yang ‘menentang perhimpunan itu diadakan’.
Pihak berkuasa cukup jentera untuk kawal keselamatan sepanjang
perhimpunan itu. Tindakan secara peribadi atau kumpulan lain terhadap BERSIH5
tidak perlu sama sekali.
Jika ada pihak umpamanya Barisan Nasional, UMNO atau badan
bukan kerajaan (NGO) lain, termasuk Baju Merah, mahu mengadakan perhimpunan untuk agenda
mereka, carilah tarikh lain.
Jangan haling mereka, lihat setakat mana BERSIH5 mahu
menyuarakan pandangan.
Kerajaan mempunyai jentera penerangan dan ‘serangan siber’
yang canggih untuk melawan mereka.
Jelas dan terangkan kepada rakyat apa yang tidak benar
dibawa oleh BERSIH5. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga ada jentera
maklumatnya.
Apa nak dihairankan dengan perhimpunan seperti itu. Mudah
untuk dipatahkan hujah mereka jika kerajaan menggunakan ‘kebijaksanaan jentera
penerangan dan maklumatnya.”
Lagipun, jelas BERSIH5 bukan perhimpunan haram. Ia
sesuatu yang dibenarkan.
Berasaskan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
petang semalam, jelas perhimpunan BERSIH5 Sabtu ini bukan haram..
Lewat petang semalam, mahkamah berkenaan menolak permohonan tiga kumpulan untuk
menghalang BERSIH5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.
Mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan
itu sebagai haram selepas permohonan dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India,
Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Medan Mara di Kuala Lumpur supaya
mengisytiharkannya ‘haram’.
Persatuan itu mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.
Persatuan itu mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.
Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan
injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit. Jesteru itu, beliau menolaknya.
Beliau terkejut apabila peguam BERSIH dan Baju Merah sama-sama menolak
permohonan itu.
“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di dan sekitar Dataran Merdeka,” katanya, ketika memulakan keputusannya.
“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di dan sekitar Dataran Merdeka,” katanya, ketika memulakan keputusannya.
Penghakiman Mahkamah Tinggi itu disampaikan pada 7.20
petang semalam dan tamat 15 minit kemudian.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam turut
mengeluatkan amaran kepada penjawat awam dengan menegaskan, lazimnya penjawat
awam tahu yang mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan
beliau berharap mereka tidak akan menyertai perhimpunan kali ini.
Berikutan itu beliau mengingatkan penjawat awam supaya
tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu
negara Sabtu ini.
Mereka berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja
atau potong gaji.
Penjawat awam perlu ‘berkecuali’ – tidak menyertai Bersih5
yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, atau satu lagi
pergerakan, yang menamakan mereka kumpulan Baju Merah.
Pada ketika Bersih5 menuntut pilihan raya yang bersih,
Baju Merah mendakwa Bersih menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan
sedia ada.
Baju merah mengugut untuk menganjurkan perhimpunan balas
di tempat sama dan pada hari yang sama.
Tegasnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan
mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang sekiranya gambar mereka terlibat
dalam perhimpunan tidak sah itu tersiar dalam mana-mana media.yang memberikan
amaran itu.
Bagi penjawat awam yang menyokong BERSIH5 atau Baju
Merah, mereka wajar tinggal di rumah sepanjang hari (lusa) atau melakukan aktiviti lain tetapi jangan
sertai perhimpunan.
Jika membantah atau tidak bersetuju, pendamkan sahaja di
dalam hati. Islam ada cara menolak sesuatu perkara sehingga memendamkan di
dalam hati dan menolaknya secara niat atau menyerahkan kepada Allah untuk
menentukannya.
Dalam proses demokrasi, rakyat boleh menolaknya pada hari
mengundi. Di hadapan kertas undi mereka boleh menyokong dan membantah.
Ali Hamsa tidak menyebut secara jelas, apa peruntukan
undang-undang boleh digunakan terhadap penjawat awam yang menyertainya tetapi
cara beliau mengeluarkan arahan akan menyebabkan penjawat awam yang menentang
akan memendam rasa dan meluahnya melalui kertas undi.
Selain KSN, Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid turut
menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan
beberapa bandar besar lain.
Katanya semua guru dilarang menyertai BERSIH5 atau
berdepan tindakan disiplin. Mereka boleh dihukum ‘gantung dari tugas’.
‘Selain guru, pegawai dan kakitangan kementerian, pegawai
Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah yang menyertai perhimpunan berdepan
tindakan yang sama,” katanya kelmarin.
Malah beliau meminta ibu bapa dan penjara, jangan
benarkan pelajar sekolah menyertai perhimpuan berkenaan.
Pandangan Ali Hamsa serta Mahadzir itu jelas bertentangan
dengan apa yang disebut oleh bekas penjawat awam yang berpengalaman, Tan Sri
Razali Ismail yang kini menjawat
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Semalam, beliau
menegaskan penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.
Sangat bertentangan dengan pendapat KSN kerana menurut
Razali, larangan dan ugutan itu menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1)
Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
“SUHAKAM
mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat
Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam
satu kenyataan.
Walaupun demikian Razali menekankan, sementara hak untuk mengadakan demonstrasi
balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan
peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.
Beliau berkata SUHAKAM menyokong usaha polis menunjukkan
disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
“Ini ialah ciri kematangan politik,” katanya.
Selain itu, katanya SUHAKAM akan memantau perhimpunan
berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam.
Hanya syarat dan peraturan yang membuatkannya menjadi "haram"... maknanya permit di perlukan.... jangan katakan penulis buta undang2 dan perlembagaan.... hanya ingin berkongsi contoh ringkas sebagai renungan kerana niat tidak menghalalkan cara.... dalam Islam tidak haram mengadakan majlis kenduri kahwin.... (ini contoh ya).... kenduri kahwin yang tiada unsur2 largho atau unsur maksiat yang boleh menjadikannya haram adalah halal dilaksanakan..namun menjadi haram bilamana kita yg tiada jemputan dari tuan rumah untuk hadir makan sesuka hati.
ReplyDeleteMaksud penulis.... haram bagi kita untuk menghadiri majlis yang mana kita tidak dijemput menghadirinya. Ringkas saja hukum yg Allah tetapkan... sesuatu yg halal itu boleh jatuh haram jika tidak menepati kaedahnya.
DeleteBerhimpun? Kaedahnya sudah digariskan.... hak berhimpun di jamin oleh perlembagaan.... tetapi jika penguasa merasakan bokeh memberi mudarat maka ianya harus dihalang dan jika tidak dipatuhi ianya tetap haram... mengikut undang2.... sama seperti berniaga.... berniaga boleh sahaja... taoi tanoa lesen atsu permit maka diharamkan (mudah dibaca sebagai dihalang) dari berniaga. Haram ini bukan bermaksud berdosa bila dilakukan... tetapi dihukumkan bersalah dari segi undang2 manusia.... Ringkas bukan?
DeleteBerhimpun? Kaedahnya sudah digariskan.... hak berhimpun di jamin oleh perlembagaan.... tetapi jika penguasa merasakan bokeh memberi mudarat maka ianya harus dihalang dan jika tidak dipatuhi ianya tetap haram... mengikut undang2.... sama seperti berniaga.... berniaga boleh sahaja... taoi tanoa lesen atsu permit maka diharamkan (mudah dibaca sebagai dihalang) dari berniaga. Haram ini bukan bermaksud berdosa bila dilakukan... tetapi dihukumkan bersalah dari segi undang2 manusia.... Ringkas bukan?
DeleteMaksud penulis.... haram bagi kita untuk menghadiri majlis yang mana kita tidak dijemput menghadirinya. Ringkas saja hukum yg Allah tetapkan... sesuatu yg halal itu boleh jatuh haram jika tidak menepati kaedahnya.
Delete