"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri...Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu. - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 59, rakyat kini tidak payah lagi tertantya-tanya mengenai siapa “Malaysian Official 1” (MO1).
Juga tidak payah lagi bersusah-susah mengadakan perhimpunan untuk mengenal
pasti siapa individu yang disebut sebagai MO1
Tidak lagi perlu mempersenda bahawa Yang Di-Pertuan Agong
adalah individu yang dinamakan sebagai ‘MO1’.”
Malah, yang selama
ini mengkritik pembangkang atau sesiapa sahaja yang menjuruskan 'nama itu' sebagai ‘MO1', anggaplah anda sudah kalah.
Malah anda semua adalah orang BODOH yang buta dan pekak
mempertahankan orang itu BUKAN sebagai MO1.
Dengan sendirinya mereka yang mempertahankan UMNO atau
kerajaan atau juga Perdana Menteri perlulah bertanggungjawab untuk terima
hakikat bahawa anda semua menjalankan kerja sia-sia kerana sudah jelas siapa
‘MO1’.
Jelas dan nyata sudah Mohd Najib Razak adalah ‘MO1’.
Dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memang tidak menamakan Najib, tetapi menyebut MO1
sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal
beberapa pemimpin Umno.
Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO,
Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Penasihat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) yang menjadi isu utama di Malaysia dan seantero dunia sejak 36 bulan
lalu.
Media Britain, BBC dalam laporannya ‘Who is 'Malaysian Official 1'? Case
closed’ yang dibuat oleh , iaitu koresponden menyebut: “(But) in an interview
with me, Abdul Rahman Dahlan, a senior government minister in Mr Najib's
cabinet, has confirmed that "MO1" is none other than Mr Razak.”
"I've said it openly. Obviously if you read the
documents, it is the prime minister," he (Abdul Rahman) said.
Dengan kata lain, hari ini kerajaan juga secara rasmi
mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali
dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan
penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.
"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika
kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri
UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC itu.
Ini bermakna Abdul Rahman hari ini sekali lagi menamakan
Najib sebagai orang yang dimaksudkan sebagai” (MO1), dan ini kali kedua Abdul
Rahman menamakan Najib.
Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan
sesuatu yang rahsia.
“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya
orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.
Bermakna ramai yang bodoh di Malaysia, termasuk pemimpin
UMNO dan kerajaan yang cuba menafi dan mengatakan Najib bukan MO1.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan
Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ)
itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya.
Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau
mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1,
hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.
Amat nyata seperti dikatakan oleh Abdul Rahman, sebelum ini, ramai pemimpin UMNO yang BODOH enggan
menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad
mencetuskan kemarahan selepas mendakwa MO1 atau “pegawai Malaysia pertama” yang
disebut pihak berkuasa AS itu merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong. Beliau
kemudian membuat permohonan maaf atas kenyataannya.
Pada 27 Ogos, lebih 2,000 orang yang kebanyakannya
terdiri daripada pelajar berkumpul di Kuala Lumpur menuntut kerajaan menamakan
identiti MO1 dan mengambil tindakan.
Pada 20 Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil untuk
merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi dana yang
diselewengkan daripada 1MDB. Ia merancang untuk mengembalikan hasil penjualan
aset berkenaan kepada Malaysia.
DOJ tidak menamakan "MO1" tetapi menyifatkannya
sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa
Malaysia kerana mempunyai AS$ 681 juta di akaun bank peribadinya.
Riza
Aziz, anak tiri Najib dan Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan
rapat dengan keluarga perdana menteri, juga dinamakan dalam saman DOJ itu.
Dokumen 130 muka surat membutirkan hasil siasatannya
turut menamakan beberapa individu, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz, yang
didakwa menggunakan berjuta dolar daripada 1MDB bagi pengeluaran filem
Hollywood “The Wolf of Wall Street”.
Turut dinamakan adalah pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem
Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah
membersihkan daripada sebarang salah laku berhubung wang AS$ 681 juta itu atas
alasan ia adalah "derma" dari keluarga diraja Arab Saudi. Namun bagi
DOJ, wang itu berasal daripada 1MDB.
DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$ 3.5 bilion telah
diseleweng daripada 1MDB dan sedang berusaha menyita AS$ 1 bilion aset yang
didakwa dibeli menerusi wang yang dicuri itu.
Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak
pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Walaupun mengakui Najib adalah MO1, Abdul Rahman yang merupakan
pengarah strategik Barisan Nasional, mengatakan nama Najib tidak disebut
dokumen tersebut.
Jelas menurutnya, Najib bukan sebahagian daripada
siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan
Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan.” tegasnya.
Beliau juga hairan dan mempersoalkan DOJ kenapa ia tidak
menamakannya dengan nama yang betul.
"Ada orang lain yang dinamakan .... dan Jabatan
Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan,"
katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, bagaimanapun
berpendapat bahawa Najib tidak perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dana
pelaburan negara itu.
"Beliau telah bertanggungjawab, dengan melantik
pasukan baru di 1MDB,” kata Abdul Rahman.
Berikutan itu adalah tindakan melampau oleh sebilangan kecil NGO dan pembangkang yang
mendesak supaya Najib mengosongkan
kerusinya.
Najib tidak seharusnya berbuat demikian, tegas Abdul
Rahman.
Persoalannya ialah apakah kenyataan Abdul Rahman ini akan
menghentikan perbahasan mengenai MO1?
Dengan orangnya sudah dikenal pasti, apakah isu 1MDB
turut terhenti?
No comments:
Post a Comment