Apa untunganya membuat dakwaan ada video dan gambar bekas
menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said terlibat adegan seks dengan
seorang wanita?
Lagipun dakwaan ini bukan cerita baru, ia pernah ditimbulkan sekitar 2009.
Apa untungnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)
dengan menimbulkan isu ini.
Beberapa hari ini, kemelut politik Terengganu dilihat
reda. Dengan mencipta atau mengitar semula cerita seks ini akan menyebabkan politik
Terengganu akan kembali panas.
Baikkah untuk UMNO dan BN Terengganu? Juga baikkah untuk
kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman?
Apakah cara ini baik untuk UMNO Terengganu melaksanakan
‘damage control’ akibat kekecohan baru-baru ini?
Penguasaan BN di Terengganu tidak kukuh susulan hanya
mempunyai 17 kerusi DUN berbanding pembangkang dengan 15 kerusi.
Jika Ahmad Said berpaling tadah dan berjaya menarik hanya
seorang lagi wakil BN dalam DUN, BN boleh hilang kerajaan di negeri Pantai Timur
itu.
Yang peliknya, dakwaan terhadap Ahmad Said yang berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu sejak
2008 sebelum digantikan secara kontroversi dengan Ahmad Razif pada 2013, tidak ada rekod seburuk itu.
Juga pelik, laporan itu beberapa blog itu muncul semalam,
sehari selepas spekulasi usul tidak percaya akan dibuat sekali lagi oleh Ahmad
Said terhadap menteri besar dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang pada Isnin.
Semalam The Star Online melaporkan, wujud
dakwaan video dan
gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu.
Ahli politik yang tidak dinamakan itu dikatakan yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks pada 2009.
Ahli politik yang tidak dinamakan itu dikatakan yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks pada 2009.
Ahmad Said dipetik Malaysiakini hari ini menasihatkan masyarakat supaya berhenti
membuat fitnah, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan maruah seseorang.
"Saya tak takut. (Kalau) orang serang saya, saya
serang balik. Nak suruh saya berhenti? Nak malukan saya? Umno tak untung
apa-apa. Kalau sanggup pilihan raya negeri, OK buatlah,” tegasnya.
"Ini maruah orang. Kalau dulu, fitnah mulut ke
mulut. Hari ini (boleh) fitnah orang dengan pelbagai cara. Lepas itu, maruah
orang, kita nak tanggung dosa orang?
"Tuhan dah beritahu, kalau kita jaga maruah orang,
tuhan jaga maruah kita. Apa faedah yang dapat (dengan fitnah)?" ujarnya
lagi.
Ahmad Said ditakrifkan sebagai seorang pemimpin lantang
Umno, beberapa kali kelihatan dalam acara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai pengkritik utama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Said hari ini enggan melayan 'serangan' terhadap
dirinya termasuk dakwaan terdapat video dan gambar seks melibatkannya.
Antara blog yang menyiarkan laporan mengenai kononnya wujud skandal ini. |
Menyifatkan fitnah kini berlaku dengan pelbagai cara,
beliau berharap perkara itu tidak akan berpanjangan.
"Itu saya tak mahu komen. Saya malaslah. Sekarang
dah mula keluar macam-macam. Tak apa, saya tak mahu komen.
“Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu.
“Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu.
Ditanya sama ada beliau takut dengan 'ugutan' berhubung
video itu, anggota Dewan Undangan (ADUN) Kijal berkata beliau kini mengambil
pendekatan tunggu dan lihat.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas sekiranya perlu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas sekiranya perlu.
Pendirian inilah yang kita tidak mahu dibuat oleh Ahmad
Said.
Kenapa yang sudah reda cuba digelombangkan semula?
Kali ini dibimbangi ‘ribu dalam cawan’ akan melimpah dan
menjadi satu tsunami kepada politik Terengganu dalam masa terdekat.
Seperti kata Ahmad Said, beliau mengambil pendekatan
tunggu dan lihat dan kita juga ‘tunggu dan lihat’ perkembangan seterusnya.
kalau tak betul kenapa tak saman jer?
ReplyDeletekenapa nak tunggu dan lihat?