“Jangan pilih saya sebab parti, sebab agama, sebab bangsa atau warna kulit tapi undi saya kerana perkhidmatan saya. Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."
Ramai yang nampaknya memperlekehkan tindakan bekas Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengumumkan keluar UMNO.
Biasalah, bagi yang lebih junior daripada beliau dan sedang bercita-cita untuk lebih ke
puncak, akan melihat ini suatu peluang. Harapan untuk meningkat naik apabila
Shafie tiada dalam UMNO.
Namun bak kata Shafie semalam, rakyat Sabah perlu bersatu
bagi menentukan siapa yang berkuasa dan melakukan perubahan untuk negeri itu.
“Kalau di Kedah, Pas boleh tumbangkan BN, kalau di
Selangor BN pun boleh tumbang mustahil BN Sabah tidak boleh buat perubahan,”
katanya.
Kenyataan sebegini memang tidak lunak untuk didengar oleh
pemimpin UMNO pusat dan UMNO Sabah. Ia suatu cabaran dan memerlukan tindakan
bijak untuk menjadikan kenyataan Shafie itu sebagai sesuatu yang bukan akan
menjadi kenyataan.
Suatu yang istimewa mengenai Shafie ialah beliau melonjak
dalam UMNO bukan sengan memijak orang lain demi jawatan paing tinggi dalam UMNO
daripada kalangan ‘Sabahan’.
Cara Shafie naik dalam UMNO juga bukan melalui menggugat
kedudukan orang lain.
Sebaliknya beliau membuat tawaran untuk berkhidmat untuk
UMNO dan memperteguhkan kepimpinan UMNO,
khususnya Presiden UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ini dua bahan yang saya tulis lapan (8) tahun yang lalu,
kedua-duanya melalui blog (http://hambali1.blogspot.my/)
ini:
1. 23 October 2008 – tajuk : “SHAFIE AFDAL DARIPADA SUDUT KEUTUHAN UMNO/BN”
“Yang nyata,
sehingga kini UMNO Sabah dilihat sebagai penyelamat BN untuk terus berkuasa dan
fungsi itu akan lebih terserlah jika ada pemimpin Sabah, khususnya Shafie (Shafie
Afdal) menjadi Naib Presiden. Sabah tidak meminta lebih dengan meletakkan calon
untuk menjadi Timbalan Presiden atau lebih tinggi tetapi hanya sekadar
peringkat Naib Presiden. Kebetulan dua lagi Naib Presiden kemungkinan besar
adalah dari Semenanjung.
Adalah adil dan wajar jika satu kerusi Naib Presiden diberikan kepada Sabah yang kebetulan Shafie bertanding bagi pihak Sabah.Pemimpin UMNO Sabah perlu berfikiran jauh dan melupakan sengketa sesama mereka jika ada bagi menjamin kemenangan calon Naib Presiden mereka. Ini kerana peluang kedua ini tidak lagi boleh terlepas begitu sahaja. Lagipun, dengan angin perubahan yang melanda sekarang dan kebetulan Shafie mendapat pencalonan yang baik, sewajarnya peluang ini dipergunakan sepenuhnya.
Bagi pemimpin UMNO dari Semenanjung, tiada cara terbaik pada musim pemilihan ini selain memberikan kemenangan kepada UMNO Sabah untuk salah satu jawatan tinggi. Hendaknya, janganlah pemimpin UMNO Semenanjung bersikap orang yang tidak tahu membalas budi kerana dengan adanya kesetiaan dan sikap setiakawan UMNO Sabahlah, kerajaan BN bertahan.
Dan melalui setiakawan UMNO Sabahlah, ramai pemimpin UMNO Semenanjung terus menikmati habuan seperti jawatan penting dalam kerajaan dan agensi-agensi, selain keusahawan dan perniagaan dapat dinikmati kerana Kerajaan Pusat terus berdiri!”
2. 27 Mac 2009 – tajuk
: “UMNO PADU DI BAWAH NAJIB”
“Jelas UMNO inginkan
perubahan. Mereka yang mahu menggugat UMNO dan cuba melemahkan kepimpinan UMNO
akan menerima pukulan padu kali ini.
Ketara iallah wakil
Sabah kini menduduki kerusi Naib Presiden UMNO untuk kali pertama dalam sejarah
UMNO. Selepas kegagalan Datuk Seri Osu
Sukam mencuba nasib untuk kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal kini
adalah yang pertama dari negeri itu memenangi kerusi Naib Presiden.
Mohd Shafie dengan 1,445 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperoleh undi tertinggi 1,592 undi, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 1,515 undi .
Shafie menyifatkan kemenanganya sebagai satu pengiktirafan daripada perwakilan seluruh negara.
Beliau berkata, kemenangannya itu akan memberi peluang kepada Umno untuk memperkuatkan sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno.
Dengan kemenangan Shafie, kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin kukuh kerana Sabah kini mempunyai wakil yang kukuh dalam UMNO apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, disamping Datuk Lajim Ukin dan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Sementara Ketua Puteri UMNO kini turut dipegang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Kemenangan ketiga-tiga tokoh ini untuk Naib Presiden akan memperkukuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib kerana mereka memang ‘orang Najib’ sejak awal.”
Mohd Shafie dengan 1,445 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperoleh undi tertinggi 1,592 undi, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 1,515 undi .
Shafie menyifatkan kemenanganya sebagai satu pengiktirafan daripada perwakilan seluruh negara.
Beliau berkata, kemenangannya itu akan memberi peluang kepada Umno untuk memperkuatkan sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno.
Dengan kemenangan Shafie, kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin kukuh kerana Sabah kini mempunyai wakil yang kukuh dalam UMNO apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, disamping Datuk Lajim Ukin dan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Sementara Ketua Puteri UMNO kini turut dipegang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Kemenangan ketiga-tiga tokoh ini untuk Naib Presiden akan memperkukuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib kerana mereka memang ‘orang Najib’ sejak awal.”
Bagi pemimpin UMNO Sabah dan Semenanjung ketika ini, selain
melihat tindakan Shafie tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada UMNO dan BN
di Negeri Di Bawah Bayu itu, mungkin ada gerakan yang akan ‘menganggu-gugat’
maruah dan peribadi beliau.
Sesiapa sahaja yang bertindak KELUAR parti, DIPECAT atau DIGANTUNG jawatan mereka, akan
menerima nasib yang sama jika 'melawan' kerana hakikatnya pemimpin UMNO bumbang mereka dan
parti akan tergugat. Kedudukan dan kepentingan peribadi mereka mengatasi
segala-galanya.
Lagipun falsafah mereka dan realitI politik ialah WINNERS
TAKE ALL.
Kejadian ini baru berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
apabila tidak cara lain ‘memperkecil dan cuba memusnahkan karier politiknya’ ialah
dengan mengaitkan beliau dengan ‘skandal dengan isteri peguam’.
Tindakan seperti ini menjijikkan. Ini kerana kalau mahu dikaitkan pemimpin UMNO
dengan skandal – wang dan wanita - kalaupun tidak satu lori, beberapa pemimpin
penting UMNO boleh didedahkan.
Namun apakah itu caranya untuk menjatuhkan seseorang?
Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula dikaitkan kononnya mahu
menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui ‘jalan salah’, juga diperkatakan
umpama satu skandal, yang cuba
memcemarkan nama beliau.
Serangan terhadapnya turut dikaitkan dengan kononya ada
peranan bapanya bagi menjayakan cita-cita itu.
Datuk Seri Husni Hanadzlah juga tidak terkecuali. Beliau
dituduh mahu menjadi Menteri Kewangan penuh dan beberapa tindakannya ‘menggugat
Perdana Menteri’.
Modus operandinya sama – menggunakan balaci (orang yang sama) untuk
membuka aib orang lain – dilakukan di luar negara. Ia kemudian diratib oleh
pemimpin penting UMNO dalam negara demi mempertahankan kedudukan ketua mereka
dengan harapan mendapat balasan besar.
Mengguna dan membuka ‘aib orang lain’ untuk kepentingan
kedudukan dan karier politik sendiri adalah perbuatan tidak bermaruah dan
memalukan.
Kita berterima kasih dan bersyukur kerana pihak yang dimangsakan
tidak cuba membuka ‘aib’ beberapa
pemimpin penting UMNO untuk membalas hujah. Sebaliknya hanya mengatakannya
daripada sudut politik, parti dan diri semata-mata dalam mempertahankan diri.
Dalam konteks Shafie pula, semalam beliau berkata walaupun
telah keluar dari UMNO, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi
rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.
“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini.
Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela
bangsa dan negara.
Jangan pilih saya sebab parti, sebab agama, sebab bangsa
atau warna kulit tapi undi saya kerana perkhidmatan saya,”katanya yang disambut
sorakan oleh penyokong yang hadir di program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal di dewan di perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna
Sabah, semalam.
Beliau mengingatkan rakyat agar tidak menjual undi mereka
hanya untuk mendapat wang bernilai RM300-RM500 namun mereka menderita bagi
tempoh lima tahun berikutnya.
Shafie menafikan dakwaan yang menyebut beliau menyertai
parti lain. Beliau turut memaklumkan masih belum memutuskan perancangan untuk
masa depan politiknya selepas ini.
Sebagai orang politik, kita sangat faham.
Beliau mungkin sedang membuat perancangan masa depannya.
Namun kata-katanya “ Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi
saya dalam UMNO. Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan.
Selama ini saya bertahan, bersabar. Jadi saya berhenti serta-merta,” mungkin
kurang mengyenangkan pihak tertentu.
Persoalannya, apakah bentuk serangan balas terhadap
Shafie selepas ini?
Apakah serangan itu berusaha untuk menghapuskan sama
sekali sumbangannya kepada UMNO dan BN Sabah – sama ada melalui usaha
memperkuatkan parti dan kerajaan?
Kita akan melihat usaha bagaimana beliau akan cuba
disekat memperluaskan pengaruhnya.
Juga bagaimana mereka akan berusaha untuk 'membunuh karier politiknya’, agar UMNO tidak
tergugat kerana tindakan Shafie ini mengundang berlakunya kejadian merebaknya
tindakan membantah dan meletakkan jawatan oleh pemimpin UMNO, khususnya di
bahagian-bahagian UMNO di timur Sabah.
Bukti sudah ada di mana ‘api dalam sekam’ semakin
membakar dan asapnya sudah kelihatan – selain Semporna – kini di Kinabatangan.
Mungkin kesannya juga ke Semenanjung kerana yang
menyokong dan mengundi Shafie, juga dari negeri- negeri di Semenanjung
Malaysia!
No comments:
Post a Comment