Oleh Tan Sri Rafidah Aziz
(Bekas anggota kabinet dua perdana menteri sebelum ini –
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi)
Sementara United Kingdom melalui peristiwa Brexit, dengan
referendum untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kita di Malaysia juga tidak
ketinggalan.
Umno telah berterusan melakukan "Umno-exit" sendiri dengan penyingkiran beberapa pemimpin-pemimpin Umno atas beberapa alasan-alasan.
Dan ada yang sendiri meninggalkan parti. Umno dalam setengah abad yang lalu
telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran.
Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti, terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno di masa lalu.
Pasti Umno tidak boleh hanya bersandar kepada sentimen perjuangan lama kerana suasana politik, sosial dan ekonomi memerlukan strategi serta penekanan-penekanan yang berbeza.
Umno telah berterusan melakukan "Umno-exit" sendiri dengan penyingkiran beberapa pemimpin-pemimpin Umno atas beberapa alasan-alasan.
Rafidah Aziz |
Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti, terutama dengan semakin ramai anak-anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno di masa lalu.
Pasti Umno tidak boleh hanya bersandar kepada sentimen perjuangan lama kerana suasana politik, sosial dan ekonomi memerlukan strategi serta penekanan-penekanan yang berbeza.
Namun kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa
perpaduan, pada mana jua zaman dan era, adalah kunci kepada kejayaan parti
seterusnya.
Dan perpaduan tersebut akan pasti terjejas apabila
terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan, serta antara
"orang saya" dan "orang dia", serta "orang kita"
dan "orang mereka".
Dan apabila kepelbagaian pendapat tidak dapat diterima, dan dianggap sebagai "tentangan". Sekarang nyata sudah berlaku "peperangan terbuka".
Segala kain kotor dikirai kepada awam. Kata-kata kesat dikeluarkan. Dendam mendendam sudah menjadi asas.

Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan
pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk.
Masing-masing menconteng arang ke muka antara satu dengan yang lain hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dah hodoh kepada awam.
Masing-masing menconteng arang ke muka antara satu dengan yang lain hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dah hodoh kepada awam.
Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun
pemimpin "yang betul" dan menganggap "semuanya tak boleh
pakai" oleh kerana pemimpin-pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan
sesama sendiri!
Politik telah menjadi peribadi atau personal. Adakah ini
matlamat perbalahan antara pemimpin-pemimpin dalam Umno?
Mengapa dibiar dendam dan sakit hati menjadi pendorong
tindakan? Di mana letaknya pegangan dan komitmen kepada cogan kata Umno
"bersatu, bersetia, berkhidmat”, apabila yang sebenarnya berlaku ialah
berbalah, berdendam dan berpecah-belah?
Umno pernah diharamkan. Orang-orang Umno telah menubuhkan
parti-parti politik sendiri dan menentang Umno.
Mengapa dibiarkan permusuhan menular dalam parti sehingga
kawan jadi lawan dan lawan dibawa tidur sebantal?
Tidakkah kita belajar daripada masa lepas, dari
peristiwa-peristiwa pahit yang telah banyak menjejaskan parti?
Menjelang Syawal ini, wajar kita renungkan bersama ke
mana arah haluan parti. Kita tidak memupuk kekuatan jika tidak ada perpaduan
sebenarnya.
Perpaduan bukan bererti menjerit-jerit slogan,
berpeluk-pelukan atau mencium-cium tangan atau “photo opp” dan kenyataan-kenyataan yang
"mencerminkan" yang "semua OK"!
Anak-anak muda ada opsyen dan pilihan lain.
Sepatutnya kita yang telah lama dalam Umno, menunjukkan
contoh-contoh kepimpinan yang baik, supaya anak-anak muda menjadi penokok
tambah kepada kekuatan Umno.
Sememangnya masih ada isu-isu dan masalah yang perlu
diselesaikan supaya tidak terus terjejas kredibiliti kepimpinan parti dan
kerajaan.
Yang betul tetap betul. Yang salah tetap salah. Tetapi
penyelesaian tidak akan diperoleh dengan cara perbalahan dan dendam peribadi.
Ia hanya mengeruh dan mengusutkan keadaan.
Fokus kepada isu, bukan peribadi. Kesetiaan mestilah
kepada parti, bukan kepada mana-mana indeividu kerana individu datang dan
pergi.
Sudah ramai yang telah pergi meninggalkan segala gelaran, harta dan pangkat serta kuasa tetapi parti mesti kekal.
Sudah ramai yang telah pergi meninggalkan segala gelaran, harta dan pangkat serta kuasa tetapi parti mesti kekal.
Hentikanlah perbalahan, carilah jalan penyatuan.
Pemimpin-pemimpin masa lalu juga berselisih faham, tetapi
seperti air yang di cincang tidak akan putus.
Jangan dibiarkan masalah-masalah yang menular itu menyebabkan
ahli-ahli sendiri kecewa, apatah lagi orang-orang Melayu.
Umno sebagai parti tidak bersalah. Manusia dan gelagatnya
yang mencemar nama baik Umno dengan tindak-tanduk yang tidak selari dengan
semangat perjuangan sebenarnya.
Jangan kerana manusia, Umno dipersalahkan.
Jangan kerana manusia, Umno dipersalahkan.
Berperang sesama sendiri, didorong oleh dendam dan
mungkin juga ego merugikan parti.
Di samping menambah dosa dan memburukkan diri masing-masing pada khalayak ramai, pasti di Syawal ini ramai yang perlu memohon ampun maaf antara sesama sendiri.
Sama-samalah kita ingat apa kata orang tua-tua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Dan berpesan juga orang-orang tua, jangan menang sorak
kampung tergadai.
No comments:
Post a Comment