"Sebanyak 21 kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membabitkan salah laku pegawai penguat kuasa...Jabatan Imigresen tempat kedua di belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu 292 kes dari segi kes siasatan."
Mengalu-alukan Ketua Pengarah Imigresen baru mulai Isnin
ini, 1 Ogos 2016, Datuk Seri Mustafar Ali, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikrarnya meneruskan
langkah-langkah pencegahan rasuah di mana-mana agensi penguatkuasaan beliau
ditempatkan.
Beliau mengakui penempatan itu hanyalah bagi meneruskan
legasi pembasmian rasuah di Jabatan Imigresen.
"Penghijrahan merupakan
satu pengorbanan, persaudaraan dan perjuangan.Jadi, berhijrah adalah satu
tindakan betul yang diambil," katanya, yang telah berkhidmat di SPRM
selama 31 tahun.
Saya rasa Mustafar sudah maklum mengenai kedudukan
Jabatan Imigresen ketika ini dalam konteks imejnya.
Pelbagai perkara berlaku di jabatan itu termasuk ada individu
yang berani menyamar sebagai pegawai Imigresen dengan gelaran 'Datuk
Seri' lagi bertujuan menipu. Kenapa ini boleh berlaku?
Ia tidak lain dan tidak bukan kerana Jabatan Imigresen
kini dilihat sebagai ‘lubuk buat duit’.
Dengan kes rasuah membabitkan pegawai dan kakitangan
jabatan itu yang semakin meningkat, apa sahaja ruang digunakan untuk mendapat
wang dengan mudah.
Timbul pula persoalan, sejauh mana perang terhadap rasuah
oleh jabatan itu berkesan, atau masalah ini terbiar begitu sahaja?
Pada 3 Jun lalu, dilaporkan polis menahan seorang lelaki
berusia 53 tahun dengan gelaran 'Datuk Seri' di kawasan Jalan Bukit Bintang
kira-kira pukul 2 petang pada 31 Mei lalu.
Suspek yang siap memakai jaket "Kementerian Dalam Negeri" dengan berani menunjukkan kad nama palsu Jabatan Imigresen yang membawa nama Datuk Seri Chong Kok Man. Dia mendakwa dapat memperbaharui permit pekerja dan akan mengenakan caj antara RM600 dan RM2,000 kepada majikan.
Suspek ini pernah ditahan kira-kira 24 tahun yang lalu untuk 10 kes yang sama dan dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan kegiatan liciknya itu bertujuan menipu majikan pekerja asing.
Suspek yang siap memakai jaket "Kementerian Dalam Negeri" dengan berani menunjukkan kad nama palsu Jabatan Imigresen yang membawa nama Datuk Seri Chong Kok Man. Dia mendakwa dapat memperbaharui permit pekerja dan akan mengenakan caj antara RM600 dan RM2,000 kepada majikan.
Suspek ini pernah ditahan kira-kira 24 tahun yang lalu untuk 10 kes yang sama dan dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan kegiatan liciknya itu bertujuan menipu majikan pekerja asing.
Selain kes Datuk Seri palsu ini, dua hari sebelum itu dua
kes melibatkan pegawai Jabatan Imigresen terbabit rasuah.
Satu kes di Sepang membabitkan tahanan sementara di
Ipoh, mengaitkan pegawai jabatan itu dan
pesara tentera dijatuhi hukuman.
Apakah Jabatan Imigresen kini benar-benar menjadi lubuk
kejadian rasuah?
Gambar Hiasan |
Ketika ini sebanyak 21 kertas siasatan dibuka oleh
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membabitkan salah laku
pegawai penguat kuasa di negara ini sejak 2012 sehingga Mei tahun ini
membabitkan jabatan berkenaan.
Jabatan Imigresen tempat kedua di belakang Polis Diraja
Malaysia (PDRM) iaitu 292 kes dari segi kes siasatan.
Utusan Malaysia
melaporkan, seorang pegawai imigresen di bahagian pentadbiran cawangan
penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam
diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai
meminta rasuah.
Lelaki itu dikatakan berbuat demikian selepas mendapat
maklumat daripada rakan sekerja yang bertugas di bahagian siasatan.
Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas kira-kira pukul
5.30 petang di KLIA hasil maklumat yang diterima SPRM.
Menurut sumber, lelaki itu ditahan kerana dipercayai meminta
suapan sebanyak RM7,400 daripada ejen kepada dua warga Vietnam yang telah
ditahan Jabatan Imigresen pada 24 Mei lalu di KLIA.
“Yang sebenarnya suspek terlebih dahulu mendapat tahu
daripada pegawai penyiasat kes bahawa tiada kesalahan untuk menuduh kedua-dua
warga asing itu di mahkamah dan mereka sebenarnya akan dihantar pulang ke
negara asal tanpa sebarang tindakan.
“Tetapi dia cuba mengambil kesempatan meminta suapan
daripada ejen dua warga asing terbabit dan menyembunyikan perkara sebenar,”
katanya.
SPRM telah mendapatkan perintah reman selama tujuh hari
terhadap suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Pengarah
Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Gambar hiasan |
Di Ipoh, baru-baru ini Mahkamah Sesyen memerintahkan
seorang pesara tentera darat menjalani hukuman penjara sehari dan membayar
denda RM15,000 selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada penguat kuasa
Imigresen, Mac lepas.
Mahkamah turut memerintahkan Termizi Mohamad, 69, dikenakan
penjara tambahan enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut selepas mengambil
kira faktor umur, tahap kesihatan dan ketidakupayaan tertuduh.
Warga emas itu didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000
kepada Penolong Penguasa Imigresen, Abdul Majid Mohamed, di luar perkarangan
rumahnya, PT 1235, Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Tekah Baru, Kampung
Kepayang, pada 1.30 pagi, 24 Mac lepas.
Ia sebagai dorongan bagi melepaskan pekerja tertuduh yang
ditahan kerana berada di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di
bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Termizi didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24
akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima
kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit
kesalahan.
Tertuduh telah berkhidmat selama 29 tahun dengan tentera
darat. Beliau menerima pencen sebanyak RM1,200 selain menghidap pelbagai
penyakit termasuk isterinya.
Tertuduh kini menjaga kedua-dua cucu perempuannya berumur
tujuh dan lima tahun kerana anak lelaki tunggal tertuduh meninggal dunia pada
2012 akibat barah otak.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berdasarkan fakta kes dan juga
pengakuan bersalah tertuduh. Pihak pendakwaan turut meminta mahkamah melucutkan
hak wang suapan RM3,000 dalam kes itu kepada SPRM.
Di Melaka, 11 Mei
lalu, seorang Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Melaka dan
isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan menerima
suapan berjumlah RM5,400 pada 2014.
Marzuan Sungep, 56, dan isterinya Norizan Hashim, 40,
seorang surirumah didakwa menerima semua suapan itu daripada Helmida Mukhlis
kononnya sebagai upah mendapatkan permit kerja sah daripada Jabatan Imigresen.
Kita pastinya akan disajikan dengan pendedahan pelbagai
kes lain membabitkan jabatan itu selepas ini berdasarkan kepada jumlah kertas
siasatan yang diumumkan.
Berikutan itu, adalah baik jika jabatan berkenaan
mengambil perhatian Pengerusi EAIC,
Datuk Yaacob Md. Sam agar membuat penambahbaikan prosedur operasi standard
(SOP) supaya lebih komprehensif terutamanya di pintu-pintu masuk negara dalam
kadar segera.
Secara umum, kesemua 21 agensi kerajaan mempunyai SOP
tersendiri mengenai mengawal, menyelia, penguatkuasaan dan operasi, tetapi
persoalannya apakah semua pegawai terutamanya yang berada di lapangan di
pintu-pintu masuk negara mengetahui sepenuhnya serta mematuhi kehendak SOP itu.
Katanya, dengan ketiadaan pengawasan pegawai terhadap
mereka yang melakukan kerja-kerja di kaunter utama, menyebabkan mudahnya
pendatang serta anasir-anasir jahat membolosi sempadan negara dan impak itu
mungkin tidak dilihat mereka (pegawai imigresen),” katanya dalam sidang akhbar
pada 19 Mei lalu.
Yang nyata, pegawai imigresen memainkan peranan penting
dalam menjaga 132 laluan utama di sempadan negara kerana kebocoran itu bukan
sahaja menjejaskan sosial ekonomi negara bahkan boleh menghancurkan Malaysia.
Kita berharap, apa yang diucapkan Mustafar mengenai
penempatannya pada Majlis Paluan Berundur meraikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan
Sri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri
Abdull serta beliau di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini menjadi
kenyataan.
"Penempatan ini satu tindakan bagi memastikan usaha
mencegah dan membasmi rasuah yang dilakukan di SPRM selama ini, dapat
diteruskan di agensi penguatkuasaan lain," katanya ketika diminta mengulas
mengenai penempatan beliau di Jabatan Imigresen.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan
Mustafar ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos ini bagi
menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan
Awam.
Mustafar dilantik sebagai Pegawai Siasatan pada 1985 dan
memegang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa, Pengarah Bahagian
Penyelidikan dan Koordinasi Dasar serta Pengarah Siasatan SPRM sebelum dilantik
sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi pada 2014.
No comments:
Post a Comment