Gambar ini dari blog Raja Petra |
“ANC (Kempen Anti-Najib) kini sudah tercalar. Seluruh dunia
sudah tahu mengenai kes perceraian yang mengaitkan Muhyiddin (Tan Sri) dalam
kes hubungan sulit dengan wanita isteri seseorang. Kerosakan sudah berlaku
walaupun ada usaha untuk menutupnya.
Mahathir (Tun Dr ) sepatutnya tidak campur tangan dalam
perbicaraan perceraian (di mahkamah). Biarkan kes ini berjalan minggu hadapan supaya dunia
ketahui kebenarannya. Media tempatan dan antarabangsa kini sedang menunggu
dengan sepenuh tenaga untuk melaporkan pendengaran di mahkamah. Seperti yang
selalu disebut Mahathir bahawa beliau hanya mahu mendengar kebenaran, kebenaran
sepenuhnya, dan tiada selain kebenaran, jadi minta Tuhan membantunya.”
Itu adalah kata-kata Raja Petra Kamarudin melalui entri
di blognya semalam yang terus menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dengan
mengaitkan tuduhan skandal Muhyiddin.
Matlamat serangan itu sudah difahami. Raja Petra mahu
supaya ANC gagal atau setidak-tidaknya ‘bergelumang dengan dosa Muhyiddin’ yang
mungkin menyebabkan rakyat ragu-ragu dan menjauhi gerakan itu.
Persoalannya, apakah Raja Petra melakukan ini sebagai
suatu pendedahan peribadi atau ‘diupah’ oleh seseorang atau sekumpulan yang menjadi ‘tuannya’ untuk
‘menembak dua ekor burung sekali gus dengan satu peluru’
Dengan kata lain, demi menjatuhkan Muhyiddin dan menggagalkan usaha ANC Dr
Mahathir yang sekali gus memberhentikan serangan berterusan terhadap tuannya?
Namun sejauh ini usaha Raja Petra ini tidak menunjukkan kesan.Ini kerana
Deklarasi Rakyat dan ANC terus mendapat sokongan dan banyak pihak memahami kenapa Raja
Petra menerbit dan menyiarkan kes ini, ketika ini.
Jika sudah maklum kes ini berlaku kesekian lama,
kenapa tidak dibuat awal sebaliknya ketika kempen PRK dan serangan Dr Mahathir melalui ANC yang
semakin berkesan?
Malah, serangan peribadi ini tidak boleh dibandingkan
dengan perkembangan serta pelbagai tuduhan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan
siasatan pihak luar terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang semakin
‘mengaru-birukan' pemimpin penting negara.
Media dalam negara dan luar negara sejak dua tahun lalu mengaitkan secara
langsung 1MDB dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Malah ‘perbicaraan oleh
media antarabangsa’ terhadap Najib sedang berlangsung.
Kini siasatan demi siasatan dan terbaru kes International
Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS
(Aabar) mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara
Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion
daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan
(MOF), pastinya akan menguatkan lagi ‘perbicaraan media asing’ terhadap Najib.
Malah, tuntutan IPIC - Aabar itu menimbulkan pertanyaan
baru, “Siapa sebenarnya yang kebas RM14.2 bilion?”
Hakikatnya dengan usaha melarikan isu sebenar negara
dengan skandal ini bukan sahaja dilihat suatu strategi lemah malah akan
memudaratkan lagi pihak-pihak yang cuba dipertahankan oleh Raja Petra melalui
‘skandal Muhyiddin’ ini.
Raja Petra dalam entri bertajuk ‘IS MUHYIDDIN’S AFFAIR THE FUNERAL RITES FOR
MAHATHIR’S ANC?’ secara
‘terang lagi bersuluh’ - melalui kes tuntutan perceraian oleh suami wanita yang
dikatakan ada hubungan sulit dengan Muhyiddin itu – mengasak berterusan Dr
Mahathir untuk memenuhi selera dan kepentingan ‘tuannya’.
Malah, dengan mengatakan skandal ini walaupun
ditangguhkan daripada disebut di mahkamah Isnin ini dan ‘sesuatu sudah
terlambat untuk disembunyikan’, bagaikan nada kecewa kerana ‘BOM YANG DIPASANG
TIDAK MELETUP’.
Bagi Raja Petra, skandal itu menyebabkan ANC kini ‘terpalit
dengan Muhyiddin’ dan kesnya akan menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada sekutu
Dr Mahathir itu dan ini pastinya menggugat kejayaan Deklarasi Rakyat.
Sehingga ini Dr Mahathir tidak memberikan sebarang reaksi
dan cubaan Raja Petra untuk mengaitkannya dengan Presiden PAS, datuk Seri Abdul
Hadi Awang juga dingin.
Raja Petra pastinya kecewa kerana kedua-dua mereka ini
tidak memberikan sebarang tindak balas. Dalam erti kata ‘soalan yang tidak
bersahut’. (Untuk
lebih jelas bagaimana Raja Petra cuba mengaitkan Dr Mahathir dan Hadi, baca di sini).
Berkaitan ‘tohmahan dan tuduhan’ Raja Petra ini, semalam
untuk kesekian kalinya, Muhyiddin bersuara.
Menurut Muhyiddin :"Tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan
reputasi saya setelah saya tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang
bersuara untuk mencari kebenaran. Dugaan Allah kepada saya amat besar di bulan
Ramadan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah
permudahkan segala urusan kita."
Bagi Muhyiddin, tududhan berniat jahat dan tidak berasas.
Baginya, tuduhan
berkenaan sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan
berbaur politik yang "cukup menjijikkan".
Raja Petra melalui empat entrinya sejak 2 Jun lalu menuduh Muhyiddin mempunyai hubungan sulit
dengan isteri peguam dan kes yang sepatutnya disebut di mahkamah mulai 20 Jun
depan kini titangguhkan. Untuk lebih jelas baca di sini.
Bagi Raja Petra, dengan terbongkarnya skandal yang didakwanya itu, ia berpotensi mematikan kempen anti-Najib atau
ANC.
“Jika anda melihat
kepada jadual mahkamah yang disertakan ini, kes berkenaan sepatutnya disebut
selama empat hari minggu depan (20 hb, 21, 23 dan 24 Jun 2016). Bagaimanapun,
hari ini, peguam memohon untuk menarik balik kes berkenaan.
Ini bermakna mereka perlu melantik peguam baru bagi kes
yang sepatutnya disebut minggu hadapan dan kini ditangguhkan. Cara ini
merupakan helah biasa untuk menangguhkan kes dan selalu digunakan,” kata Raja
Petra.
Malah, Raja Petra terus mengasak Dr Mahathir dengan
mengatakan penangguhan kes itu memberikan ruang atau 'nafas’ untuk merangka apa
akan dilakukan seterusnya.
“Tidak salah lagi bahawa ramai mengetahui kes ini tetapi
jika dibiarkan untuk berterusan, ia pastinya akan membawa kemusnahan kepada ANC
kerana lebih banyak butiran ‘membunuh’ akan didedahkan di mahkamah melalui
soalan dan pertanyaan balas.”
Bagi Muhyiddin yang juga anggota parlimen Pagoh, melalui kenyataannya
semalam, menyifatkan tuduhan itu lebih
tidak wajar kerana dibuat pada bulan Ramadan.
"Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan
sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti saya serta
berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang
mulia ini.
"Sempena bulan Ramadan yang juga bulan keampunan dan
kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa
semoga dihapuskan segala dosa-dosanya," kata Muhyiddin.
Walaupun sebelum ini beberapa artikel disiarkan blog Raja Petra
mengaitkan Muhyiddin dengan skandal terlarang namun Muhyiddin tidak memberi sebarang reaksi sehinggalah malam
ini.
Kata Muhyiddin - timbalan presiden UMNO yang digantung
tugas sejak 26 Februari lalu itu - jika Raja Petra sedar terhadap kesalahannnya
penulis blog itu seharusnya memohon maaf.
Raja Petra sudah pasti akan mempertahankan
pendiriannya.
Ini sudah dibuktikan apabila semalam beliau memberikan
reaksi kepada jawapan Muhyiddin dengan mengatakan, peluang perbicaraan di
mahkamah tidak diambil oleh Muhyiddin untuk membersihkan dirinya.
Ini kata Raja Petra:
“So
Muhyiddin blew the golden opportunity he had to clear his name by blocking the
court proceedings next week. Merely denying that he is not involved in an
affair is not good enough. Muhyiddin needs to prove his innocence. And he
refuses to do that by blocking the court case next week. So until Muhyiddin can
prove his innocence we have to assume he is guilty, just like what they have
subjected Najib to.”
Apa yang dapat disimpulkan ialah apakah tindakan ‘melondehkan Muhyidin’
ini akan menyebabkan banyak lagi ‘rahsia dan kebejatan’ tuannya akan turut
terlondeh dan dilondehkan?
Silap-silap, Raja Petra akan turut terlondeh!!!!
Bila kena kat batang hidung sendiri...baru lah nak sebut pasal bulan puasa la...bulan kemaafan la...sudah la...Kamu jawab la sendiri...kata macam2 kat Dato Najib.....sekarang kamu terima la....Allah Maha Kaya...
ReplyDeleteSendiri punya kote sendiri tau lah rodok merodok tang mana...bab kote ini jangan main2. ..tak kenal bini orang, anak dara orang , janda , adik perempuan sendiri, ada dara sendiri, ibu sendiri silap hari bulan kena rodok..tapi "perbuatan" Muhyiddin secara asasnya tidak seburok si Pendubor di Sungai Buloh..
ReplyDelete