“A divorce case that
implicates Muhyiddin in an affair with Nika Gee Siew Yee,
someone’s wife, is going to court on 20th June 2016. What is going to be
revealed is the RM20,000 a month that Muhyiddin is paying this woman plus the
RM5 million she was paid in Singapore. Mahathir knows about this but is keeping
very quiet because it is going to be game over for the ANC if this story
explodes.”
Raja Petra dalam satu postingnya dengan tajuk “DID
MAHATHIR TELL HADI ABOUT MUHYIDDIN’S AFFAIR?”, beliau mengemukakan pertanyaan mengaitkan
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, “apakah bekas Perdana Menteri yang mempelopori Deklarasi Rakyat turut memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai skandal Tan Sri
Muhyiddin Yassin?
Menurut beliau, Dr Mahathir bimbang jika kes ini meletup
akan menjejaskan ‘perjuangannya’ melalui Deklarasi Rakyat dan Kempen Anti
Najib.
Persoalannya, untuk apa diberitahu kepada Hadi - apakah Hadi akan
percaya? Semudah itukah Hadi akan percaya?
Juga apakah Raja Petra ingat Dr Mahathir tidak ada kerja lain,
sebaliknya suka ‘bergosip’?
Semua maklum bahawa selama ini Hadi menolak kes liwat Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan juga isu ‘gambar Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita’.
Inikan pula hanya cakap-cakap atau melalui ‘tulisan’ yang masih belum
dibuktikan di mahkamah dan mempunyai bukti yang kukuh untuk Hadi percaya?
Untuk mengukuhkan hujahnya Raja Petra mendakwa Ketua-Ketua Bahagian UMNO kini sudah tahu dan berbincang mengenai perkara ini, malah memikirkan sama ada Muhyiddin patut dikekalkan dalam UMNO atau sebaliknya.
Raja Petra mendakwa 130 daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong Muhyiddin disingkirkan daripada UMNO.
Mulanya Raja Petra mendakwa kes ini akan disebut pada Isnin 20 Jun depan tetapi hari ini menuduh ada campur tangan Dr Mahathir yang memungkinkan kes itu ditangguh ke suatu masa lain.
Bagaimanapun persoalannya, kalaupun kelak jika ada keputusan mahkamah, apakah Hadi
akan menelan keputusan itu dan menganggapnya betul?.
Selain itu, apakah kes ini akan dijadikan peluru untuk
Hadi menyerang Dr Mahathir?
Atau Raja Petra yang kini dikatakan turut ‘makan dedak
seseorang yang berpengaruh dengan UMNO’ (ada tuduhan oleh blogger terkenal) berfikir
boleh membantu politik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam
pertelingkahannya dengan Dr Mahathir, dengan mengaitkan isu Muhyiddin ini
dengan penggerak Deklarasi Rakyat itu?
Apakah Hadi akan minta bukti daripada Raja Petra mengenai
bukti-bukti sahih untuk mengesahkan tuduhannya itu sebagai persediaannya untuk
‘menembak Dr Mahathir’?
Selain keputusan mahkamah yang mungkin memulakan
perbicaraan pada 20 Jun, iaitu selepas dua hari keputusan Pilihan
Raya Kecil Parlimen Tanjung Karang dan Kuala Kangsar, apakah ada bukti lain
yang boleh mempengaruhi Hadi untuk mempercayai tuduhan terhadap Muhyiddin?
Dalam tulisan terbaharunya, Raja Petra berkata apa yang
Hadi mahu tahu ialah, yang mana ‘orang tua’ itu tidak ceritakan ialah mengenai
kes perceraian yang akan ke mahkamah 20 jun 2016 yang membabitkan sekutu ‘orang tua itu’, iaitu Muhyiddin Yassin.
(Bermakna Raja Petra boleh membaca gerak hati Hadi).
Muhyiddin, menurut Raja Petra (saya ulangi menurut RajaPetra), mempunyai hubungan (hubungan sulit kah?) kesekian lama dengan Nika Gee
Siew Yee, isteri kepada seorang peguam. Menurut Raja Petra lagi, kebanyakan
peguam tahu dan kenal siapa suami Nika.
“Bukan sahaja isteri Muhyiddin tahu mengenai perkara ini
tetapi ramai kakitangan Muhyiddin di Kementerian yang beliau ketuai sebelum ini
mengetahui perkara ini.” kata Raja Petra.
Perlukah Raja Petra mengaitkan isteri Muhyiddin dana pa
motifnya? Dengan mengatakan tahu apakah bermaksud ‘membiarkan’ atau ‘turut
bersubahat’?
Selanjutnya Raja Petra menyebut : "Tidak jelas sebanyak
mana perkara yang lebih detail akan
didedahkan pada 20 Jun ini – umpamanya Muhyiddin membayar Nika sebanyak RM20,000
sebulan untuk tempoh yang sudah agak lama dam baru-baru ini membayar lagi
kepada Nika RM5 juta di Singapura.
Raja Petra turut membuat tuduhan bahawa Muhyiddin turut
memenangkan tender projek Kompleks Sukan Kampong Pandan kepada syarikat yang Nika
melobinya sebagai ejen syarikat – malah menurut Raja Petra, Dr Mahathir cukup
tahu mengenai perkara ini.
Apakah ini tuduhan bahawa Dr Mahathir ‘turut bersubahat’
dan ‘membenar atau merestui’ perhubungan sulit itu?
Malah, menurut Raja Petra, Dr Mahathir pun tahu hubungan
istimewa Muhyiddin dan Nika yang berlanjutan
sudah kesekian lama iaitu sejak Muhyiddin masih menjadi Menteri Pertanian lagi.
.
Kata Raja Petra lagi, Dr Mahathir melakukan banyak usaha
untuk bercakap panjang-lebar dengan Hadi mengenai salah laku dan perbuatan
Najib – yang Dr Mahathir tidak dapat buktikan, malah sebahagiannya tidak benar.
“Namun Dr Mahathir tidak menyatakan walau apa pun
mengenai banyak salah laku rakannya, Muhyiddin, yang mana salah satunya
mempunyai hubungan dengan dengan isteri orang yang akan meletup di mahkamah 20
Jun 2016 ini.”
Raja Petra cuba mempertahankan Hadi yang menurutnya
dituduh ‘makan dedak Najib’ hanya kerana Hadi enggan menyertai kempen
anti-Najib.
Pertanyaan ialah kenapa Raja Petra mendesak Dr Mahathir
dengan mengatakan ‘apakah Dr Mahathir benar-benar berminat dengan kebenaran?”
“Jika kebenaranlah yang dicari atau dituntut Dr Mahathir
seperti selalu disebut dan dilakukannya, kenapakah dia MENYEMBUNYIKAN kebenaran
mengenai Muhyiddin?”
Benarkah Dr Mahathir menyembunyikan kebenaran atau Dr
Mahathir memang tidak ambil pusing dengan isu ini,malah tidak berminat
dengannya?
Raja Petra pergi lebih jauh apabila mengatakan selepas
beliau menerbitkan dua laporan, iaitu Muhyiddin bogged down by personal scandals dan Why is Muhyiddin so quiet regarding the allegation of anaffair? kenapa Muhyiddin atau isterinya tidak menafikannya secara terbuka?
Sekali lagi isteri Muhyiddin dikaitkan.
Hakikatnya, mengenali Dr Mahathir, beliau bukan mudah dan
tidak berminat mencampuri urusan
peribadi rakan politik atau menteri dan orang kuat UMNO.
Lihat sahaja dalam kes Datuk Seri Anwa Ibrahim, beliau
diberitahu sejak awal tetapi tidak mahu percaya dan memarahi mereka yang
‘membawa cerita’ tetapi selepas mendapati bukti cukup untuknya bertindak
baharulah beliau bertindak.
Allahyarham Megat Junid Megat Ayob dan Aziz Shamsuddin
pernah menceritakan kepada saya bagaimana Dr Mahathir pada peringkat awal ‘menyinga’ kepada mereka apabila diberitahu
mengenai kes liwat Anwar.
Begitu juga dalam beberapa kes lain, umpamanya kes
membabitkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik ketika menjadi Ketua Menteri Melaka
atau Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Dr Mahathir tidak campur pun.
Jika Raja Petra bertanya Dr Mahathir mengenai skandal
seperti ini, beliau salah orang. Dr Mahathir tidak suka ambil tahu hal skandal
orang lain dan sering cuba menutup aib, kecuali jika ‘bangkai gajah sudah tidak
dapat ditutup lagi”.
Jadi dalam konteks perbincangannya dengan Hadi, tiada
faedahnya Dr Mahathir mahu memberitahu kerana dia sendiri tidak minat dengan
gossip dan Hadi pula tidak terima cerita gossip.
Yang dok bergosip hanyalah Raja Petra. Seelok-eloknya kita
serahkan kepada mahkamah dan takdir Muhyiddin sendiri, ke mana dia selepas ini.
Yang lain serahkan kepada Allah menentukan segala-galanya
kerana hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui!!!
Cherita kote dengan apom ni jangan buat main2. .sampai ada bapa balun anak pompuan sendiri, abang kandung balon adik perempuan sendiri,anak lelaki balun ibu sendiri, macham2 ada..so peluru torpedo Muhyiddin tak terkecuali... .silap hari bulan nembak juga..so kita semua kena hati2 dgn torpedo masing2
ReplyDeleteMelayu mudah lupa...
ReplyDeleteYa...melayu mudah lupa...sehingga sanggup menjadi penjilat lobang taik kafir2 harbi DAP PKR... itulah spesis melayu bebal...walaupun tau kafir2 harbi DAP PKR tu memang kaki pembohong, cakap putarbelit, kaki rasuah...
ReplyDelete