"Saya cuba untuk menghentikannya. Saya cuba
mendapatkan semua parti komponen untuk menghentikannya...jika kita tidak
boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan letak jawatan.”
Tidak Serius Ker Ni?
Mahu nafi, nafilah. Tetapi Barisan
Nasional (BN) kini memang sedang bergolak.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau
akan meletakkan jawatan jika Rang Undang-Undang Persendiraan PAS (RUU) diluluskan.
Sikap MCA ini amat jelas. Mereka tidak berganjak selain konsisten dengan keputusan semalam.
Apakah ini memberi isyarat bahawa RUU berdepan masalah untuk diluluskan dan kegembiraan PAS sehari dua ini akan menjadi duka menjelang beberapa buan akan datang?
Ternyata sokongan Putrajaya kepada Presiden PAS dalam
pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Parlimen
telah menghangatkan suhu politik negara.
Walaupun hanya empat daripada parti BN yang hadir menentang
RUU semalam ekoran ketergesaan dalam memanggil sidang akhbar tersebut, namun,
usaha-usaha untuk mengembleng tenaga di kalangan parti-parti lain dalam BN bagi
menentang hudud telah berjalan.
"Ini bukan hanya MCA, kami berpakat dengan komponen
parti lain untuk menyatakan pendirian (menentang hudud)," katanya.
Bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh
kata memuji MCA yang dikatakan lebih baik daripada DAP?
Malam semalam dalam sidang media selepas mengumumkan
calon pilihan raya kecil Sungai Besar di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar,
Selangor, Hadi menyatakan rasa kecewanya terhadap DAP apabila parti itu
bertindak mengkritik rang undang-undang persendirian yang dibentangkannya di
Dewan Rakyat, kelmarin (26 Mei 2016).
Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang
itu mendakwa MCA dan MIC - dua parti komponen BN yang didominasi bukan Islam - lebih faham akan undang-undang
tersebut.
"Sepatutnya orang bukan Islam tidak campur tangan
dalam urusan (rang undang-undang) ini. Saya lihat MIC dan MCA lebih faham dan
DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan. AMANAH (Parti Amanah Negara)
yang ditubuh dengan begitu rupa tidak tahu sempadan orang Islam."Ini bukan
permainan politik, ini tanggungjawab agama," kata Hadi.
Kenyataan Liow hari ini nyata sekali menggambarkan bahawa
apa yang cuba diperjelaskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Mohd Najib Razak sudah ‘tidak boleh mempengaruhi’ atau ‘dimakan’ oleh MCA.
Semalam Najib pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC).meminta supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak salah faham
mengenai RUU berkaitan hudud yang akan
dibentangkan di Parlimen, Oktober nanti.
Perdana Menteri berkata, peruntukan yang akan
dibentangkan Presiden PAS itu bukan pindaan undang-undang hudud.
"Kita sudah beritahu rakan-rakan dalam Barisan
Nasional, ada salah faham besar bila Datuk Seri Hadi Awang bawakan RUU
Persendirian itu mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud. Label dan
kaitan itu terlalu rapat dengan soal hudud, bila dia (Abdul Hadi) bangkit tu
kira automatik hudud. Saya nak terangkan bahawa pindaan tersebut tidak
merupakan undang-undang hudud," katanya.
Bagaimana dengan tindakan selanjutnya oleh MIC, Gerakan
dan SUPP selepas ini? Kita tunggu
pandangan mereka.
Liow menegaskan hari ini, beliau
akan letak jawatan daripada Kabinet jika RRU (PAS) diluluskan di Parlimen. (Beliau menyebut RUU PAS)
Malah beliau bertegas: "Saya cuba untuk
menghentikannya. Saya cuba mendapatkan semua parti komponen untuk
menghentikannya. Saya menggesa kedua-dua belah pihak agar bersama menyekat Rang
Undang-Undang ini."
Malah menurutnya, sekiranya gagal menyekat RUU diluluskan, beliau akan berkorban.
Malah menurutnya, sekiranya gagal menyekat RUU diluluskan, beliau akan berkorban.
“Saya akan letak jawatan. Kamu tahu, tidak ada gunanya
saya berada di sini. Saya perlu memastikan perkara ini. Saya terlintas
untuk memberitahu perkara ini pada sidang media semalam (Jumaat), " jelas
Liow kepada The Star.
Menteri Pengangkutan itu berharap ia mendapat sokongan daripada kedua-dua parti untuk tidak mengundi RUU seperti yang diusulkan oleh Hadi.
Menteri Pengangkutan itu berharap ia mendapat sokongan daripada kedua-dua parti untuk tidak mengundi RUU seperti yang diusulkan oleh Hadi.
Semalam, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong
Yong Kong meletak jawatan daripada parti itu sebagai bantahan susulan usul
persendirian Rang Undang-Undang (RUU) mengenai hudud dibentangkan di Parlimen.
"Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan," kata Dr Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun pada sidang akhbar di Sungai Petani semalam.
"Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan," kata Dr Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun pada sidang akhbar di Sungai Petani semalam.
Beliau menyerahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow
Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk
membuat keputusan mengenai kedudukan sebagai exco.
Mengenai kedudukan MCA dalam Barisan jika RUU dibahas dan
diluluskan, Liow yakin pihak parti akan kekal dengan apa yang ditetapkan.
"Saya belum berbincang lagi mengenainya (MCA dalam Barisan). Kita perlu berbincang berdasarkan semangat Barisan dan menggunakannya untuk menyekat RUU ini.
Bagi Liow, apa pun beliau berharap MCA perlu terus (dalam Barisan). Tetapi beliau bersedia untuk meninggalkan Kabinet.
"Saya belum berbincang lagi mengenainya (MCA dalam Barisan). Kita perlu berbincang berdasarkan semangat Barisan dan menggunakannya untuk menyekat RUU ini.
Bagi Liow, apa pun beliau berharap MCA perlu terus (dalam Barisan). Tetapi beliau bersedia untuk meninggalkan Kabinet.
“Saya tidak bimbang dengan apa yang saya katakan
ini," kata Liow.
No comments:
Post a Comment