Sunday, May 22, 2016

PERANGAI, TINGKAH LAKU DR ZETI HINA & BURUK?


Kenapa bekas Gabenor Bank Negara  Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz bersikap mendiamkan diri dan tidak bertanggungjawab menyatakan perkara sebenar mengenai derma RM2.6 bilion?

Kenapa Dr Zeti sanggup membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dicerca, difitnah dan dihina sedemikian rupa gara-gara penyaluran derma daripada Raja Arab Saudi berkenaan?

Kenapa Dr Zeti sanggup menjadikan Malaysia – sebuah negara yang selama ini terkenal sebagai negara yang mengamalkan ketelusan dan berintegriti - di hina sebegitu rupa di mata dunia?

Apa permainan Dr Zeti sebenarnya? Kenapa dia sanggup melakukan itu semua?

Hinanya manusia bernama Zeti ini dan tidak wajar dia disanjung!


Gara-gara sikap berdiam dirinya, serta gara-gara Bank Negara tidak mengumumkan ia membenarkan duit berkenaan disalurkan ke akaun peribadi Najib, satu Malaysia huru  hara dan satu dunia menghina kita...

Sedangkan,  laporan Najib menerima duit itu berpunca dari pada 1MDB tidak betul.

Di mana ketelusan Dr Zeti dan kenapakah kepercayaan kerajaan terhadapnya dikhianati?

Kesemua tuduhan terhadap Dr Zeti ini sebagai kesimpulan kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. MohdPuad Zarkashi semalam.

Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

Yang pasti duit itu daripada Raja Saudi. Duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukan akaun rasmi sebab tujuan antaranya untuk melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di Palestin dan sebagainya.

Najib, menurut Puad, tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepadaWall Street Journal.


"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelab UMNO Australia.

Puad yang mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin UMNO dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.

Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin UMNO meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journalmenerbitkan berita kemasukan dana itu.

Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journalmenerbitkan berita itu pada 2 Julai.

Menurut Puad,  “Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.”

Najib turut menegaskan kepada pemimpin UMNO bahawa deposit itu bukan untuk kegunaan peribadinya.

"Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar negara," jelas Puad pada majlis di Australian National University, Warrumbul Unilodge.


Kini rakyat Malaysia sudah pasti berasa sedih dan kesal dengan perangai dan tingkah laku Dr Zeti ini dan memalukan Bank Negara.

Bank Negara serta Gabenor barunya, Datuk Mohammad Ibrahim perlu membuat kenyataan segera mengakui atau menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Puad ini.

Malah Muhammad perlu membersihkan bekas bosnya dan nama Bank Negara jika apa yang dikatakan oleh Dr Puad tidak berasas.

Ini barkaitan maruah Perdana Menteri, Bank Negara serta juga Raja Saudi itu sendiri.

Dr Zeti tidak boleh berdiam diri, Bank Negara dan Mohammad juga tidak boleh berdiam diri.

Nyatakan yang sebenarnya sebelum keadaan politik, ekonomi dan maruah negara serta Perdana Menteri di dalam dan luar negara bertambah teruk.

Sesuatu perlu dilakukan segera untuk membersihkan nama Perdana Menteri dan Malaysia.

Terima kasih Dr Puad atas pendedahan ini. Kepada Dr Zeti, jika apa yang dikatakan oleh Dr Puad in benar, reputasinya akan terjejas teruk.

Apakah ini sikap sebenar Dr Zeti yang dilihat memberikan segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara yang ketujuh?

Bagaimana Dr Zeti yang dilantik menjadi Gabenor bank nerkenaan pada Mei 2000 yang juga wanita pertama menyandang jawatan berkenaan, boleh mendiam perkara ini?

Demi tujuan apa dan untuk siapa?

Memalukan sahaja jika benar apa yang dikatakan Dr Puad ini.

Malah, jika benar dengan tindakannya ini, ia  menghapuskan semua rekod kecemerlangannya  memimpin Bank Negara yang membolehkan Dr Zeti mendapat pelbagai pengiktirafan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jangan berdiam diri Dr Zeti. Ini berkaitan maruah kamu dan seluruh keluarga kamu, juga maruah negara!!!

5 comments:

  1. Rase2 puad zakarsi pelat ni citer bende yg betul ke? Najib pada awalnya pun x mengaku duit masuk dlm akaun personal dia ape cerita? Rase2 najib dan zeti ni siapa yg la hina? Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Rase2 puad zakarsi pelat ni citer bende yg betul ke? Najib pada awalnya pun x mengaku duit masuk dlm akaun personal dia ape cerita? Rase2 najib dan zeti ni siapa yg la hina? Kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Sedikit kemusykilan. Kenapa isu ni baru timbul? Kenapa Najib tak kemukakan semasa Dr Zeti masih menjadi Gabenor BN. Ada apa-apa muslihatkah. Kenapa Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan tidak pernah mahu mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan perkara sebenar...

    ReplyDelete
  4. en hambali,kembali lah ke pangkal jalan.Putera Saudi depan nazri aziz ckp x de derma pd msia apatah lagi najib.najib x ngaku duit tu masuk dr hari pertama hingga pak arab derma pd hari keberapa ntah tu x kira lagi.puad ni org dh tolak mentah2 kt batu pahat.x relevan lagi.ada juga org mcm hambali yg percaya.patutla najib senyum lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. afeez hussein...tolong baca habis artikel ni. read between thr lines. apa maksud saya.

      Delete