Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini
menegaskan, Sarawak memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan
rundingan mengenai royalti minyak dengan Putrajaya.
Menurutnya, hanya
pentadbiran BN di Sarawak yang boleh membawa perkara itu dalam rundingan dengan
kerajaan Persekutuan kerana 'kami daripada kelab yang sama'.
Tuntutan ini dilihat sengaja ditimbulkan oleh Adenan pada
ketika Putrajaya memerlukan kemenangan BN di Sarawak sebagai sokongan moral
untuknya sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Ketika ini, Sarawak menerima lima peratus royalti
daripada hasil minyak negeri itu daripada pusat.
"Semua orang mahu royalti minyak dinaikkan,
termasuklah pembangkang. Soalnya bukan siapa yang mahu, tetapi siapa yang dapat
menunaikan perkara ini. Kalau DAP yang minta, suara mereka tidak akan
diendahkan kerana kerajaan pusat adalah kerajaan BN.
"Saya telah membangkitkan perkara ini dengan PM
(Perdana Menteri) dan beliau berkata 'kenapa kita tidak bincang mengenainya.
Kita memang ke arah itu'," kata Adenan dalam program Bual Bicara SarawakBernama TV baru-baru ini.
Bukan Adenan sahaja yang menyebut mengenai isu ini tetapi
seramai 40 calon PKR yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11,
turut sepakat membuat tuntutan mengenai kepada Perdana Menteri.
Calon-calon PKR berkata, tuntutan berkenaan dibuat bagi
pihak rakyat Sarawak yang akan mengundi esok.
Tuntutan itu berbunyi: “Hak 20 peratus royalti minyak
untuk Sarawak - Kami mahukan 'keadilan petroleum' untuk Sarawak. Kami menuntut
kerajaan persekutuan untuk merealisasikan 20 peratus royalti minyak untuk
Sarawak, oleh kerana rakyat Sarawak telah lama diperdaya berhubung minyak dan
gas yang disedut dari negeri kami.”
Parti Amanah Negara (AMANAH) pula dalam satu daripada
tujuh tuntutannya menyokong sekiranya kerajaan memberi 20 peratus royalti
minyak kepada rakyat Sarawak.
Bagaimanapun, kelmarin (4 Mei), Perdana Menteri
menegaskan, kejatuhan harga minyak dunia
menjadikan pemberian royalti minyak kepada negeri Sarawak tidak sesuai
dipertimbangkan buat masa sekarang.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan pusat telah membuktikan
komitmen kepada Sarawak dengan memberikan Lebuh Raya Pan Boneo serta meluluskan
RM3.5 bilion bagi pembangunan sepanjang lawatannya ke negeri itu.
“Royalti tidak sesuai untuk diberikan pertimbangkan sebab
keadaan hasil negara begitu kritikal dan kehilangan RM40 bilion sebab kejatuhan
minyak. Namun kita akan cuba untuk menampung keperluan pembangunan Sarawak dan
dapatkan peruntukkan di luar bajet banyak diluluskan untuk Sarawak, “ tegas
Najib.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang
diadakan di ibu negeri Sarawak itu kelmarin.
Berikutan kenyataan itu, pemimpin supremo DAP, Lim Kit
Siang hairan mengapa Perdana Menteri menolak permintaan Sarawak untuk
mendapatkan royalti minyak 20 peratus kurang tiga hari menjelang hari
pengundian.
Beliau berkata ini tidak lain daripada "tamparan
terbuka di muka" Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Berikutan kenyataan Najib itu, Semalam Lim
berkata, DAP kini
meragui sama ada pasukan Adenan atau pasukan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.
"Kenapa Najib tidak dapat menunggu sehingga selepas
keputusan pilihan raya pada 7 Mei ini untuk menyampaikan berita buruk itu
kepada rakyat Sarawak?" soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata ini mungkin kerana isu-isu di negeri itu
tidak diputuskan oleh "Team Adenan dan Adenan Way" tetapi oleh
"Team Najib dan Najib Way".
Lim juga menafikan alasan yang diberikan berhubung
penolakan itu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
sebagai "terlalu mengampu dan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat
Sarawak".
Zahid mempertahankan keputusan Najib untuk menolak
permintaan royalti minyak selepas mesyuarat kabinet di Kuching semalam, apabila
perdana menteri berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mempertimbangkan
perkara berkenaan.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dukacita dengan
tindakan Putrajaya menangguhkan usaha menaikkan peratus royalti minyak untuk
Sarawak.
“Pada fikiran saya, perkembangan ini telah mengecewakan
semua rakyat Sarawak yang tahu mengenainya. Ini menunjukkan kerajaan tidak mahu
akur dengan tuntutan rakyat Sarawak,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas
berceramah di Pekan Bau, semalam.
Adenan semalam dilihaat terpaaksa tunduk dan mengulangi
pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sekarang bukan masa
sesuai membincangkan isu kenaikan royalti minyak untuk negeri itu. Ia kerana,
kata Adenan, dunia sedang menghadapi masalah kejatuhan harga minyak.
Malah, Adenan mengatakan veteran DAP Lim Kit Siang telah
memetik kenyataannya berhubung royalti minyak secara salah.
"Kit Siang misquote (salah petik) mengenai
isu royalti minyak. Saya ada duduk di sebelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dalam pertemuan itu semalam. Beliau (Najib) berkata, sekarang bukan masa
yang sesuai untuk bercakap mengenai royalti minyak kerana harga minyak telah
runtuh.
Tetapi, jika harga telah stabil nanti kita boleh mula
berunding dan kita tak harap Kit Siang sebut perkara itu,” katanya kepada
pemberita di Wisma Bapa, Kuching.
Apapun, ternyata hasrat Adenan untuk tujuan ini terbantut
untuk sementara.
Sementara Putrajaya pula mungkin melihat isu ini akan
memberikan kesan kepada negeri-negeri lain untuk menuntut kuota royalti yang
sama jika dilaksanakan?
Isu royalty minyak ini senstif, apa lagi pembangkang di
Terengganu, Sabah dan Kelantan turut menimbulkan perkara ini.
Juga ada logiknya jika Putrajaya mahu menangguh atau
memutuskan untuk mengekalkan jumlah royalti berkenaan untuk sementara kerana
peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan Pusat untuk Sarawak pada PRN ini sudah melebihi jumlah yang sepatutnya dibayar
melalui royalti.
Cumanya yang berbeza ialah, perruntukan diluluskan
melalui PRN bagi sebahagiannya ‘ditentukan oleh Putrajaya’ sementara melalui
royalty, kerajaan negeri Sarawak mungkin lebih bebas untuk berbelanja ‘untuk
apa’.
No comments:
Post a Comment