"Bukan Nazir sahaja tetapi ramai sudah jemu dan mulai rasa
lugar (sebu) dan ‘nak jeluwok’ dengan isu ini. Mereka menanti untuk
diselesaikan, jika tidak, rakyat mungkin bantu ‘menyelesaikannya’ melalui
keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 nanti"
Isu 1MDB 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ni
memang berhantu…
Ia bukan sekadar menjadi isu yang memeningkan kepala
rakyat dan pemimpin di negara ini tetapi menjadi tajuk penting di banyak akhbar
luar negara.
Contohnya akhbar South China Morning Post meletakkan 'banner' ini yang menunjukkan isu ini memang diminati oleh pembaca di luar negara, Malah akhbar sama ada di Jerman, Britain, Australia dan Amerika Syarikat turut melaporkan isu ini.
Contohnya akhbar South China Morning Post meletakkan 'banner' ini yang menunjukkan isu ini memang diminati oleh pembaca di luar negara, Malah akhbar sama ada di Jerman, Britain, Australia dan Amerika Syarikat turut melaporkan isu ini.
Dalam negara, ia menyerlahkan kelainan pendapat bukan sahaja di kalangan orang politik tetapi juga di kalangan ahli perniagaan.
Yang membezakan ialah ada yang berani bersuara
dan ada yang hanya memendamkan perasaan.
Berlainan pendapat yang diluahkan, da yang
menyumbangkan kepada pertelingkahan besar dan ada yang terkorban kedudukan dan
politik seseorang.
Semalam terserlah apabila wujudnya perbezaan
pendapat antara tokoh perniagaan dan orang nombor satu Malaysia mengenai kesan
1MDB terhadap mempromosi negara.
Pengerusi
CIMB Datuk Nazir Razak mengatakan sukar untuk mempromosikan Malaysia ketika
negara dilanda skandal 1MDB dan isu-isu lain.
Nazir
menyatakan perkara itu semalam menjelang ucapannya Isnin depan di pada
Persidangan Pelabur CIMB di London. Beliau akan bercakap mengenai politik dan
ekonomi Asean.
Dalam
postingnya di Instagram Nazir berkata: "Saya telah lama mempromosikan
Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang
kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan.”
Kenyataan
Nazir itu jelas bercanggah dengan jawapan abangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa isu 1MDB bukan faktor
penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia sebaliknya telah meningkat.
Nazir
turut memuat naik gambarnya di London pada tahun 1992 ketika menyertai program
kempen jelajah menarik pelaburan pertamanya.
Tegas
Najib, jumlah pelaburan asing sebenarnya meningkat.
"Keadaan
ini dapat digambarkan melalui peningkatan aliran masuk pelaburan asing sebanyak
RM22.4 bilion dalam tempoh separuh masa pertama 2015. Jumlah ini jauh lebih
tinggi berbanding RM17.5 bilion yang dicatatkan dalam tempoh separuh masa kedua
2014," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Datuk Abd Aziz
Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) di Dewan Rakyat.
Apakah melalui kenyataannya semalam menyerlahkah lagi bahawa Nazir memang lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya?
Untuk
membuktikan bahawa isu 1MDB tidak meninggalkan apa-apa kesan, Kementerian Kewangan
mengatakan pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (MIDA) adalah sebanyak RM133.5 bilion dalam tempoh separuh pertama
tahun ini berbanding RM112 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun
lepas.
Kementerian itu berkata meskipun terdapat isu berbangkit, namun kemasukan pelaburan asing masih berterusan.
"Pelabur asing di Malaysia merupakan pelabur jangka panjang yang telah mengambil kira proses perkembangan ekonomi Malaysia secara menyeluruh termasuk asas mikro ekonomi yang kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah, tabungan negara yang tinggi, rizab antarabangsa yang mencukupi dan hutang kerajaan yang terkawal," kata kementerian itu lagi.
Kementerian itu berkata meskipun terdapat isu berbangkit, namun kemasukan pelaburan asing masih berterusan.
"Pelabur asing di Malaysia merupakan pelabur jangka panjang yang telah mengambil kira proses perkembangan ekonomi Malaysia secara menyeluruh termasuk asas mikro ekonomi yang kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah, tabungan negara yang tinggi, rizab antarabangsa yang mencukupi dan hutang kerajaan yang terkawal," kata kementerian itu lagi.
Selain
1MDB dikaitkan dengan pelaburan asing, isu ini juga turut dikaitkan dengan
kejatuhan ringgit.
Pada
persidangan Dewan Rakyat semalam, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) meminta
Kementerian Kewangan menyatakan pendirian mengenai kenyataan Gabenor Bank Negara,
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang berpendapat bahawa susutan nilai ringgit boleh
dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang apabila isu 1MDB diselesaikan.
Dalam
jawapannya, Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Johari Abdul Ghani berkata, isu 1MDB bukan punca utama kemerosotan nilai
ringgit berbanding dolar Amerika (USD).
Beliau
memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalam bahawa kemerosotan itu disebabkan empat
faktor, termasuk jangkaan pelabur asing mengenai kenaikan kadar faedah di
Amerika Syarikat.
Faktor
lain ialah kedudukan ekonomi dunia seperti pertumbuhan yang perlahan di China
dan kejatuhan harga komoditi seperti minyak mentah.
Katanya,
sentimen negatif lain seperti usul undi tidak percaya yang dibangkitkan pihak
pembangkang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak
jawatan, juga merupakan antara faktornya.
"Kalau
kita nak menyentuh soal 1MDB, negara seperti Rusia, New Zealand, Australia dan
Brazil, mereka juga mengalami kejatuhan nilai mata wang, walaupun tidak ada
1MDB.
"Walaupun
sentimen negatif telah menyebabkan para pelabur, khususnya pelabur asing,
berada dalam keadaan ketidaktentuan, ia bukan bukan punca utama kejatuhan nilai
ringgit," katanya semasa sesi soal jawab.
Kata
Johari, dalam tempoh September 2014 hingga Oktober 2015, ringgit susut sebanyak
21.6 peratus berbanding USD yang turut didorong aliran keluar pelaburan
portfolio, khususnya pelabur asing.
Mata wang
asing serantau juga mengalami penyusutan nilai antara 5.9 dan 19.5 peratus
berbanding USD dalam tempoh yang sama, katanya.
Kita
berdoa agar isu 1MDB ini diselesaikan dengan cepat kerana jika ia berterusan ‘berhantu’,
banyak lagi masalah akan timbul dan mungkin menjejaskan Malaysia di masa
hadapan.
Sama ada
Nazir benar atau Najib benar tidak timbul.
Yang
penting, selagi skandal tidak diatasi
atau ditutup, selagi itulah ia akan terus ‘berhantu’.
Ia akan menjadi
ketakutan, iguan dan kebimbangan serta mimpi ngeri bukan sahaja kepada pemimpin
politik tetapi juga rakyat yang mengharapkan suasana politik dan ekonomi
menjadi semakin stabil.
Ramai
sudah jemu dan mulai rasa lugar (sebu) dan ‘nak jeluwok’ dengan isu ini.
Mereka
menanti untuk diselesaikan, malah jika tidak juga selesai, rakyat mungkin bantu
‘menyelesaikannya’ melalui keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 nanti!
No comments:
Post a Comment