Saturday, November 14, 2015

HUSAM KATA KETUA DEWAN ULAMA PAS 'MACAM SAMSENG'


"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian.”

Itu kata-kata Datuk Husam Musa mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, sambil mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Bekas naib presiden PAS itu menegaskan beliau tidak akan meninggalkan PAS.

Selain itu, ADUN Salor itu berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Beliau menyatakan demikian menjawab pertanyaan pada program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu malam tadi.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"

"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Husam turut menegaskan, PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.


Hrmmm…berapi dan berasap lagilah Husam dan pemimpin PAS selepas ini?

3 comments:

  1. "Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

    ---------------------------------------------------------

    Yang kalah di putaraya dlam PRU-13 dulu tu siapa eh??? Cakap besar.. sebesar dinar emas dan dirham perak....!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Nasib ko ler Labu....nasib ko ler labi...

    ReplyDelete
  3. Manusia politik yg confuse dan jiwa kacau... Pas perlu bebaskan diri dari manusia sebegini... Cukup merosakkan minda dan pegangan.. apalah prinsip yg jernih.... Mr Husam.. your time is over..no more monkey politic... Over means end.

    ReplyDelete