“Sebagai umat Islam semua
pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam. Hakikat bahawa
Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis Menteri
Besar Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.”
–
Datuk Husam Musa
Banyak
yang merasakan tindakan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membuat
kritikan terbuka terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘tidak
wajar’.
Isu paling
panas ialah kononnya Hadi mengaku pernah
merancang untuk bekerjasama dengan UMNO
bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Ramai yang
bagi pendapat, kritikan Husam itu dibimbangi memberi kesan kepada parti.
Sebaliknya,
Husam mendakwa, Presiden PAS sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.
"Dia
mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk
kerajaan negeri Selangor bersama UMNO. Presiden akui jika mereka mempunyai
jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama UMNO di Selangor.
“Kalau
presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya
tanya balik, kenapa buat? Husam berkata demikian dalam satu ceramah di
Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas baru-baru ini.
Ketua
Penerangan Pas Pahang, Nazri Ahmad bertanya: “Apa muslihat Husam sebenarnya?”
Menurutnya,
isu di Selangor itu telah pun selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana
sewaktu ia sedang hangat diperkatakan, Presiden Pas sendiri telah memberikan
penjelasan berkaitannya bagi menjernihkan segala kekeruhan yang timbul.
“Saya
memang hairan dengan tindakan Husam yang membuat pendedahan sedemikian
sedangkan isu melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor itu telah pun
selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
“Berdasarkan
penjelasan Tok Guru Presiden pula, beliau bukan tawar untuk bentuk kerajaan
dengan cara bergabung dengan UMNO sebaliknya ia disebut secara umum iaitu
tawaran kepada sesiapa yang mahu bersama dengan Pas pada ketika itu,” katanya.
Nazri yang
juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan
Rompin itu turut mempersoalkan tindakan Husam yang seolah-olah bertujuan
menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan kepimpinan Pas pasca muktamar kepada
presiden parti.
“Jika ada
apa-apa berkaitan parti dan kalau ia benar, maka gunakanlah saluran dalaman
parti yang ada untuk melakukan teguran kepada pihak berkenaan. Tidak perlu saya
mengajar cara menggunakan saluran itu kerana Husam merupakan orang lama,”
katanya.
Sehingga kini nampaknya, Husam tidak berganjak
daripada pertanyaannya ‘kenapa buat?’.
Malah, reaksi Husam kepada mereka yang menyerangnya ialah pertanyaan kepada Hadi - ‘Ya atau Tidak?’
Beliau menggesa
kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak"
kepada dakwaannya sebelum ini. Itu sahaja. Bagi
Husam, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari
daripada isu berkenaan.
ADUN Salor
itu berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan UMNO di Selangor.
Husam
berkata, sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat
ditolak oleh Islam.
“Hakikat
bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika
krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan
alasan-alasan.
“Antara
'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas
mengaku seperti itu bila dipersoalkan?”
Bagi Husam, peduli apa dengan kritikan orang lain. Dia
bertanya kepada Presiden parti?
Ramai
mengatakan Husam berubah sejak tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan Kelantan
dan dalam parti.
Tetapi
mungkin (diulangi mungkin) bagi Husam, kalau ‘dah mandi, biar semua
basah’. Jangan dia seorang sahaja yang basah.
Persoalannya ‘berbekaskah’ PAS dengan kritikan Husam?
PAS selama ini mengatakan ia tidak akan menghadapi apa-apa kesan, termasuk
tindakan bebeberapa bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara
(AMANAH).
Tak kanlah dengan seorang seperti Husam PAS boleh tergugat.
Malah, PAS sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO, itu ditegaskan
beberapa pemimpin PAS sejauh ini.
Jika demikian kenapa nak takut dengan kritikan Husam. Ahli PAS kan
bijak-bijak untuk menilai.
Timbalan
Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS tidak terkesan dengan dakwaan itu kerana
perihal ini pernah terjadi sejak tahun 1999 lagi.
"Buktinya
yang paling kukuhnya apakah PAS bergabung dengan UMNO sekarang ? itu yang paling
kukuh dakwaan satu bab buktinya, sampai sekarang contohnya tahun 1999 Ustaz
Ahmad Awang buat dakwaan itu, ketika krisis di Perak pun ada dakwaan,
selepas itu DAP buat tuduhan sebelum
muktamar, dan kini tuduhan di Selangor pula, tetapi realitinya sampai sekarang
ini PAS masih tidak bergabung dengan UMNO, jadi bagi saya itulah bukti yang
paling kukuh.
"Bukti
apakah tuduhan itu berlaku atau tidak, maknanya kalau kita lihat realitinya PAS
masih tidak bergabung dengan UMNO dan masih lawan UMNO tiap-tiap hari
jadi itulah bukti bahawa apa yang dituduh tidak betul," katanya.
Semalam Tuan Ibrahim
berkata tuduhan yang mengatakan bahawa
PAS akan menjalinkan kerjasama politik bersama UMNO adalah tuduhan yang tidak
berasas dan sama sekali.
Tidak
berpijak di bumi yang nyata, tegasnya.
Bukti
jelas menangkis dakwaan itu adalah, sehingga kini tuduhan-tuduhan itu tidak
dapat dibuktikan. Malah, PAS masih 'berperang' dengan UMNO sehingga kini.
"Saya
fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan PAS akan bersama
UMNO ini sampai sekarang tiada bukti. Ia tidak berlaku sebagaimana yang
diwar-warkan penuduh."
Menurut
Tuan Ibrahim, apa yang penting bagi ahli PAS ialah lihat kepada realiti. “Realitinya
PAS tetap berlawan dengan UMNO dan tidak timbul PAS hendak bersama UMNO
sepertimana yang didakwa,’ katanya.
"Jadi
kita fikir pelik di antara orang buat tuduhan dengan orang yang kena tuduh yang
tuduh kononnya presiden hendak bergabung dengan UMNO tetapi berapa kali ucapan
presiden nafi perkara itu, jadi kalau hendak percaya kepada orang yang dituduh
dan kita menolak kenyataan sebenar daripada presiden jadi tidak betul
sepatutnya kita menerima kenyataan yang dituduh itu, presiden sendiri telah
beberapa kali buat penafian," katanya.
Naib
Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata Husam sepatutnya menggunakan
saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.
"Tidak
kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. Kita selalu
sebut kita ada saluran. Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am PAS, Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah sebut parti umpama rumah tangga dan kita
tidak boleh bercakap isu rumah tangga di kedai kopi," katanya.
Persoalannya,
jika tidak ‘berkesan’ kenapa begitu ramai yang cuba ‘menangkis serangan Husam?’
Apakah
tindakan Husam ini akan membawa padah kepada dirinya?
Atau Husam
memang mahu menyerang dari dalam, bersikap berani dan bukan seperti
rakan-rakannya yang meninggalkan PAS untuk berjuang di luar melalui AMANAH.
Juga
apakah dengan kritikan sebegini, Husam mengajar pemimpin atasan PAS supaya
jangan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan parti di sebalik menuduh beliau
pula yang mendatangkan masalah kepada parti.
Apakah
kritikan-kritikan Husam akan menjadikan pemimpin PAS akan berhati-hati atau
menganggap Husam sebagai pengacau dan menjadikan kritikan beliau sebagai sebab
untuk mengenakan tindakan drastik terhadapnya?
Walaupun cuba dipertahankan oleh beberapa pemimpin dalam PAS tetapi hakikatnya
dalam beberapa perkara, Hadi dilihat
sebagai seorang yang bersifat banyak ‘klu-klek’nya.
Malah, dalam isu ini, jika Hadi sendiri terus berdiam diri, soalan yang dikemukakan Husam akan menjadi pertanyaan yang tidak terjawab untuk waktu yang lama.
Persoalannya apakah Hadi akan membiarkan dakwaan Husam bahawa "sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam," terus 'menghantui PAS' untuk tempoh yang lama.
No comments:
Post a Comment