"PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan"....pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh."
- Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Pakatan
Harapan berdepan dengan cabaran besar, khususnya daripada Parti Islam
SeMalaysia (PAS) dalam usahanya cuba memasukkan semua parti pembangkang ke
dalam pakatan itu.
Kenyataan-kenyataan
pemimpin PAS sebelum ini tidak berpihak kepada usaha PKR yang berusaha menarik
parti itu ke dalam Pakatan Harapan.
Untuk
bekerjasama dengan PKR seperti di Selangor dan beberapa negeri lain mungkin
tidak sukar bagi PAS.
Pada 23
September 2015 lalu, PAS secara rasmi membuat kenyataan dengan memutuskan untuk
tidak menyertai Pakatan Harapan yang baru dibentuk oleh PKR, DAP dan Amanah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun
berkata parti itu hanya akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama
politik dengan PKR.
“PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri. Walaubagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan.
“PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri. Walaubagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan.
PAS berdepan dengan dua parti yang dianggap musuh ketika ini
– DAP dan Amanah- yang mana menurut pemimpin PAS, sukar untuk mereka ‘duduk
semeja’ dan bekerjasama dalam pilihan raya.
Ini dibuktikan daripada kenyataan , Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan
Tantawi bahawa PAS sama sekali tidak boleh bekerjasama dengan pengkhianat parti
itu , merujuk kepada Amanah.
Dengan melabel mereka yang menyertai Amanah sebagai “pengkhianat-pengkhianat
PAS’, Nasrudin berkata label itu perlu dikekalkan sehingga mereka bertaubat dan
sedar dengan tindak-tanduk mereka.
“Pengkhianat mesti dikekalkan rasa bersalahnya disepanjang
zaman sehingga ia menyesal dan kembali bertaubat kepada Allah SWT. Mengiktiraf
pengkhianat akan menghilangkan rasa bersalah mereka yang terlibat. Ini sangat
tidak baik untuk sebuah perjuangan,” tegasnya dalam satu kenyataan 23 September
lalu.
Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan PAS tidak akan menjalinkan
kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas
pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan",
Menyifatkan
perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata
pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.
Hadi
berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan
perkara sama terhadap pengkhianat parti.
"Orang
yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan,
dia bertaubat. Ini
cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak
boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui
laman Facebook PAS.
Rakaman
video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta
program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3
September lalu.
Semalam, mesyuarat khasMajlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan supaya keahlian Pakatan Harapan akan diperluaskan.
Ia sebagai untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM),
serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak.
Resolusi
itu dibuat mesyuarat khas parti itu, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan
Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat
selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam semalam.
"Kami
membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak
untuk menyertai kami," katanya.
Mesyuarat
tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan
mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan
lalu oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
Azmin juga menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak
bercakaran sesama sendiri.
"Biarkan parti masing-masing selesaikan hal mereka
sendiri secara dalaman dan jangan cuba masuk campur urusan parti lain. Jika
kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk
menawan Putrajaya," katanya.
Azmin berkata, rundingan dan perbincangan akan diteruskan
dalam cubaan untuk mendapatkan lebih ramai pihak menyertai platform mereka yang
sama.
"Kami akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran
fikiran dengan parti," katanya.
Susulan
pembentukan Pakatan Harapan tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP
menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP
sebagai lawan mereka.
Kedudukan semakin rumit
apabila semalam, presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata Amanah sedia untuk
bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya
umum akan datang jika terpaksa.
Namun,
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan
peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan
bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.
"Sebenarnya
hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk
mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya.
Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada
pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya.
"Kami
fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian
sekarang ini," katanya.
Malah, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan parti Islam ituakan bergerak sendiri berdasarkan senario dalaman parti itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan PAS akan
bersendirian lagi selepas ini susulan kedudukan parti itu dalam gabungan parti
pembangkang baharu yang bakal terbentuk masih tidak pasti.
"Dalam politik tiada yang mustahil," beliau
dipetik berkata pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Kuala
Terengganu pada 9 September lalu.
Menurut Hadi, parti itu pernah bergerak
sendiri sebelum ini tanpa bergantung dengan mana-mana parti komponen. Katanya,
pengalaman tersebut secara tidak langsung mematangkan PAS.
"PAS pernah berdikari. PAS juga pernah bersama dengan
parti komunis sebelum merdeka. Kita pernah dengan sosialis. PAS pernah bersama
kerajaan campuran pada 1970 dengan Umno-Perikatan dan menyertai koalisi
pemerintah Barisan Nasional (BN) pada 1974.
"PAS juga pernah bersendiri. Pernah pada 1982 semua
ahli Parlimen PAS dalam kerajaan Kelantan tiada. Hanya tinggal Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tapi kini sudah 20 tahun lebih kita perintah
Kelantan. DAP baru satu penggal saja menjajah," katanya.
Kini kita hanya mempu menunggu sama ada PAS akan membuat
pusingan U dengan alasan tersendiri menyartai Pakatan Harapan atau tegas dengan
kata-kata akan bergerak sendiri menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.
No comments:
Post a Comment