"Jangan jatuhkan status Ahmad Said sebagai Pengerusi Barisan Nasional
dan Ketua Perhubungan UMNO Terengganu berkedudukan sama dengan
Ahmad Razif yang hanya Ketua Bahagian Kuala Nerus...Juga, Ahmad
Said jauh lebih tinggi. Dia Menteri Besar dan Ahmad Razif hanya Exco,
jauhnya kedua-dua mereka bagai awan dengan langit."
Tidak salah mempertahankan seseorang pemimpin.
Adalah baik jika kerja-kerja mempertahankan seseorang pemimpin itu secara terang, bukan menggunakan nama samaran, berselindung di sebalik blog atau laman berita di talian.
Kenyataan yang jelas daripada pemimpin yang dipetik secara tidak berselindung oleh blog dan laman sosial, termasuk portal berita lebih bermaruah, benar dan berkredibiliti daripada ulasan berselindung.
Namun, jika ada pihak yang menyamar atau menggunakan nama palsu melalui laman sosial seperti Facebook (FB), ia amat tidak bermaruah.
Ia juga akan memberikan implikasi tidak baik kepada orang yang dipertahankan.
Perbuatan menggodam laman orang lain atau mencipta akaun palsu adalah perbuatan jahat, penakut dan pengecut.
Akan ada yang bertanya, kenapa takut sangat mahu mendedahkan diri jika untuk mempertahankan ketua atau seseorang pemimpin yang memang berwibawa
Juga, kenapa tunjukkan sikap takut sangat dengan sesorang lain, jika memang yang dipertahankan itu kuat dan menjadi pilihan pemimpin pusat dan digemari istana? Menyerang seseorang dengan berselindung di sebalik akaun palsu adalah perbuatan ‘melontar batu, sembunyi tangan’.
Malah seperti kata Datuk Seri Ahmad Said apabila akaun FBnya digodam, perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu bagai fitnah yang sengaja diadakan untuk ‘membunuh karier politiknya’.
Sedangkan dalam Islam, fitnah itu lebih kejam daripada membunuh
Saya terjumpa sebuah akaun di FB menggunakan nama Nik Omar yang kebetulan sedang meminta untuk menjadi ‘rakan FB’ saya.
Selepas berusaha mendapatkan jawapan apakah akaun ini benar-benar milik Nik Omar, saya disahkan bahawa ia akaun palsu.
Sebelum itu siapakah sebenarnya ‘Nik Omar’ yang original seperti gambar berikut?
Beliau ialah Prof. Dr Nik Wan bin Omar, Timbalan Naib Canselor HEPA, UniSZA.
Mengejutkan.
Hasil siasatan terhadap diri orang yang menamakan dirinya Nik Omar ini, lantas saya terbaca sebuah postingya yang merupakan puisi seperti di atas?
Bacalah sendiri maksud tersirat melalui kata-kata ‘Nik Omar’ palsu ini.
Apa tujuan sebenar penggendali palsu ini cuba ketengahkan?
Pertahankan Ahmad Said dengan tuduhan-tuduhan untuk melagakan?
Selain itu benarkah apa yang ditulis itu?
Apakah ia suatu persepsi semata-mata?
Kenapakah pemilik palsu ini memilih cara ini mempertahankan Ahmad Said sedemikian rupa?
Jangan jatuhkan status Ahmad Said sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Ketua Perhubungan UMNO Terengganu berkedudukan sama dengan Ahmad Razif hanya Ketua Bahagian Kuala Nerus.
Juga, Ahmad Said jauh lebih tinggi. Dia Menteri Besar dan Ahmad Razif hanyalah Exco, jauhnya kedua-dua mereka bagai awan dengan langit.
Sedarlah, Ahmad Razif tidak mungkin akan dapat menggantikan Ahmad Said tanpa persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan istana Terengganu.
Soalannya, apakah Perdana Menteri sudah memilih Ahmad Razif dan istana sudah mempersetujuinya?
Berpada-padalah dalam kerja memberi sokongan atau mempertahankan kedudukan seseorang, nanti kerana perbuatan tidak ‘panjang akal’ itu akan memberikan kelebihan dan mendatangkan simpati kepada mereka yang dianianya!
No comments:
Post a Comment