"Keterangan beliau (Anwar) dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi...tiada secebispun pembelaan alibi dikemuka kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit."
- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Kalau tak kecoh tak sah.
Itulah gelagat penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka menimbulkan kekecohan dengan menunjukkan rasa tidak puas hati selepas dilarang pihak polis daripada berkumpul di kawasan luar pintu masuk Istana Kehakiman di Putrajaya semalam (6 Mac 2014).
Mereka berkumpul sejak awal pagi semalam bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula semalam.
Seorang penyokong lelaki berpakaian baju -T kuning, berjaket hitam berlambangkan perkataan 'Bersih' berusia lewat 50-an dilihat berunding dengan pihak polis dan melemparkan pelbagai perkataan provokasi untuk menimbulkan suasana tegang.
Kumpulan lebih 200 penyokong Anwar daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Indian Voice, Jingga 13, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita (Wirda) serta Parti Sosialis Malaysia kemudian bersurai.
Apa tujuannya mereka membuat provoksi? Bukankah kerana bimbang Anwar disabitkan kesalahan dan akan di jel?
Apakah dengan berkumpul sedemikian mereka merasakan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah?
Sebenarnya mereka ini bimbang dengan kedudukan terkini Anwar.
Seperti disebutkan Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin, Anwar berkemungkinan besar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya rayuan pendakwaraya terhadap keputusan kes Liwat II berjaya.
Mahkamah Rayuan sedang mendengar kes ini semalam dan hari ini amat penting untuk karier politik Anwar dan penyokongnya.
Walaupun prosiding ini untuk ‘Keadilan Kepada Saiful’, penyokong Anwar melihat prosiding saat akhir ini “sebagai langkah politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menamatkan hayat politik Anwar’.
Kata Sin: “Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat, penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi Parlimen di waktu pagi...Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata Sim dalam sidang media semalam.
Bagi mereka, segala-galanya membabitkan Abwar lebih penting kepada suatu keadilan kepada 'seorang insan yang mendakwa dia diliwat' oleh Anwar sehingga sanggup bersumpah al-Quran.
Laporan Bernama menyebut, Anwar perlu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh, Mahkamah Rayuan diberitahu semalam..
Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh itu, mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.
Beliau berkata ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas. Selain itu, Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk 'bersembunyi' di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta timbalan pendakwa raya.
"Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi," katanya sambil menambah hakim yang mendengar perbicaraan kes itu tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh.
Beliau berkata bagaimanapun, tiada secebispun pembelaan alibi dikemuka kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit.
Muhammad Shafee berkata rakaman CCTV itu menunjukkan ketibaan serta kepulangan Mohd Saiful dan Anwar.
Katanya, Anwar menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak menafikan bahawa dia berada di tempat kejadian.
Muhammad Shafee berkata demikian ketika berhujah di depan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Menyentuh isu lain, beliau berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa 11 item yang dibungkus berasingan dan mengandungi sampel DNA telah dicemari.
Muhammad Shafee juga berkata tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sampel itu 'diusik' kerana bungkusan itu masih bertutup meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Jude Pereira... Kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keterangan berdasarkan buku teks serta manual sedangkan pakar tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd Saiful.
Sementara itu, peguam Karpal Singh membantah hujah Muhammad Shafee berkaitan keputusan Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.
"Ini merupakan hak substantif tertuduh, Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dan pendakwaan tidak seharusnya dibenar membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu bagi meracuni pendapat mahkamah," katanya.
Beliau juga berkata mahkamah tidak sepatutnya mengganggu keputusan hakim perbicaraan berhubung keterangan pakar.
Peguam Ram Karpal Singh pula berhujah mahkamah harus menolak rayuan itu kerana pakar telahpun memberi keterangan bahawa sampel terbabit sudah tercemar.
Perbicaraan kes bersambung hari ini.
Kita hairan bagaimana kes dua manusia ini boleh dikaitkan dengan BN, politik dan sebagainya sedangkan segala-galanya untuk ‘Keadilan Kepada Saiful’.
Kenapa pembangkang dan penyokong Anwar mengaitkan isu peribadi ini dengan soal-soal lain?
Apakah kerana Anwar bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dan penyokong terpaksa membuat onar dan menuduh kejadian dan kes ini sebagai 'isu politik'?
Bukahkah lebih baik biar mahkamah tentukan sama ada Saiful wajar mendapat keadilan atau sebaliknya.
Seperti hujah Karpal. 'kenapa Saiful tidak menolak daripada di liwat oleh Anwar'.
Biarkan mahkamah membuat keputusan dan sekiranya Anwar menang, maka tidak perlulah dia dijel.
Namun jika didapati bersalah, terpulanglah kepada mahkamah untuk menghukum beliau. Jadi tidak perlu menuduh bahawa ia langkah kerajaan BN, blah…blah!
Tunggu hinga Isnin dan kalau Anwar kalah, jika tidak dapat bertanding di Kajang itu nasib tidak menyebelahinya.
Selama ini beliau sudah ‘enjoy’ dengan masa dan kritik-kritiknya terhadap kerajaan apabila mahkamah sebelum ini membebaskannya.
Kini jika didapati bersalah, tanggunglah pula kesannya.
Ini lumrah dunia dan mahkamah adalah tempat di mana kita ditentukan di dunia, belum lagi AKHIRAT dimana MAHKAMAH ALLAH akan juga menentukan ANWAR di mana.
Apakah penyokong Anwar juga boleh berhimpun di hadapan MAHKAMAH ALLAH dengan memakai baju kuning dan membawa sepanduk?
No comments:
Post a Comment