Monday, February 3, 2014

JIKA MELAYU DIHAPUSKAN, NEGARA BUKAN LAGI BERNAMA MALAYSIA...


Bayangkan kalau pembangkang berjaya memerintah Malaysia. Yang perlu diubah pertama-tamanya ialah nama Malaysia. Ini kerana mengikut pemimpin Cina seperti Teresa Kok, Melayu patut ‘pergi mati'.

Perkataan dalam video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok adalah "Malay Si" iaitu 'Melayu Mati.'

Sebutan Si atau 'mati' itu telah sengaja dipanjangkan oleh Teresa Kok.


Video terbaru Teresa Kok berdurasi hampir 12 minit disiarkan di YouTube itu yang hangat diperkatakan antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut: “But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire." (Anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Cina seperti Teresa Kok ini apa dia peduli?

Dia seorang pemimpin masyarakat tetapi sengaja menyentuh perkara sensitif yang boleh meruntuhkan perpaduan negara yang telah bersatu dalam segenap perkara walaupun mempunyai perbezaan kaum, agama dan politik.

Dia langsung tidak bertanggungjawab untuk menjadi pemimpin yang mampu menyubur dan meningkatkan perpaduan.


Pi Mati’ bermakna bukan sahaja orang Melayu wajar dihapuskan identiti dan budayanya tetapi yang penting turut hapuskan nama sebuah negara.

Ini kerana jika benar-benar mahu menghapuskan Melayu sebagai bangsa, adalah sukar kerana majoriti rakyat Malaysia masih Melayu.

Bagi Cina seperti Teresa Kok, selagi nama Malaysia yang berasal dari Tanah Melayu kekal, orang Cina dalam pakatan pembangkang tidak akan berpuas hati.

Untuk menghilangkan bau Melayu, nama mesti ditukar. Contohnya Singapura menjadi Singapore.

Cuma Melayu Singapura sudah terlambat dan setengahnya hingga hari ini tidak sedar mereka sudah kehilangan kuasa dan keistimewaan.

Kita sedih kerana cara sesetengah (saya kata sesetengah) orang Cina di Malaysia kini sudah benar-benar ‘kurang ajar’. Beberapa peristiwa sejak akhir-akhir ini menggambarkan mereka langsung TIDAK MENGHORMATI orang Melayu, pemimpin Melayu (selain PKR dan PAS), ketua kerajaan dan ketua negara.

Malah mereka berani menghina Islam.Siapakah yang akan MENGAJAR mereka supaya TIDAK KURANG AJAR?



Pihak berkuasa dan mahkamah? Banyak sudah kita lihat, ‘lain kalilah’ bukan ‘ini kalilah’. Sama ada pemimpin parti, kerajaan atau juga institusi di-Raja, orang Melayu mahu menjaga hati bukan Melayu, termasuk Cina perkauman seperti Teresa Kok.

Apakah yang ditunggu sekian lama hingga Cina seperti Teresa Kok ini terus menerus menghina dan mencerca Melayu?

Kita tahu bukan semua Cina seperti Teresa Kok, dan ada kalangan tidak MAKAN BABI pun! Kerana itu bertindaklah, jangan sampai sesetengah orang Melayu menjadi MARAH dan BERTINDAK DI LUAR UNDANG-UNDANG.

Jangan sampai terlalu merasa terhina, orang Melayu akan membenci semua orang Cina. Jangan juga sampai terlalu marah, orang Melayu mengambil tindakan mengikut kata hati mereka. Juga, kerana terlalu marah, orang Melayu membenci BN dan UMNO kerana pemimpinnya yang lembik dan takut kehilangan sokongan orang Cina.


Apakah dengan memberikan MUKA serta peruntukan, orang Cina seperti Teresa Kok akan menyokong BN dan UMNO? Kita sudah lihat bagaimana mereka menunjukkan sikap dan sokongan pada pilihan raya umum ke 13 lalu. Apakah orang Melayu serta pemimpinnya TIDAK SERIK-SERIK?

Persoalan ialah apakah kalau Cina seperti Teresa Kok ini memerintah Malaysia bersama dengan konconya – Melayu PKR dan Melayu PAS – kedudukan pembesar kita akan terus terjamin seperti sekarang?

Apakah jika Cina seperti Teresa Kok ini menjadi pembuat dasar dan pelaksana dasar akan membenarkan pembesar Melayu hidup selesa seperti sekarang?

Apakah mereka akan dilayan seperti Barisan Nasional (BN) dan UMNO layan mereka sekarang? Jika jawapannya TIDAK kena tidak bertindak?

Mengharapkan Melayu dalam PKR dan PAS? Mereka pun sama, asal kedudukan mereka terjaga dan diberikan sedikit kedudukan, mereka lupa segala-galanya. Liberal konon!

Cina seperti Teresa Kok ini sudah diketahui mereka menghina orang Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kini mahu Melayu ‘pi mati’.

Namun apakah yang sewajarnya kita lakukan? Berserah kepada polis dan mahkamah yang lambat bertindak dan mereka bebas melakukan perbuatan ‘melukakan hati Melayu’ berkali-kali.

Pemerintah yang diterajui BN perlu menguji parti-parti komponen BN apakah mereka juga bersikap seperti Teresa Kok yang ‘anti-Melayu’ ini.

Sampai waktunya kita mahu melihat dan mendengar kenyataan pemimpin MCA dan parti Cina lain mengutuk perbuatan Cina seperti Teresa Kok ini.

Jangan kita hancurkan perpaduan dan keharmonian. Kita perlu pertahanan kestabilan politik dan menolak sikap permusuhan Antara kaum.

Apakah Cina seperti Teresa Kok ini sengaja membuat provokasi untuk menjadikan masyarakat Malaysia berpecah belah? Apakah dia dibayar untuk melakukan ini oleh pihak luar yang mahu memusnahkan Malaysia sebagai negara majmuk contoh dunia?


Semalam polis berkata pihaknya akan menyiasat klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang tersebar luas dalam laman 'Youtube' sejak Isnin lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata pihaknya akan menyiasat sama ada kandungan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip' berbaur fitnah, hasutan atau sebaliknya.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan

Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

"Kita akan siasat perkara ini bila ada laporan rasmi mengenainya diterima dan kita akan mengambil tindakan (jika didapati bersalah)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Seri Jaya Gading sempena Op Selamat IV Tahun Baharu Cina di Kuantan, semalam.

Salleh menegaskan, kalaupun rakyat mempunyai kebebasan bersuara, rakyat perlu mengelak daripada menimbulkan isu-isu berbaur fitnah atau hasutan supaya masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup secara aman.


Siasatlah kalau hendak siasat. Yang ditunggu hasil dan tindakan. Jika sama sahaja dengan sebelum ini, tidak payahlah BERDEMO dan BUAT REPOT POLIS kerana membazir masa dan tenaga.

Dan sekiranya ada tindak balas daripada perbuatan hina Melayu ini jangan pula salahkan Melayu. Apalagi menangkap Melayu yang berang dan marahkan Cina seperti Teresa Kok yang berterusan menghina orang Melayu!

1 comment:

  1. Harap pemerentah melakukan tindakan yang tegas. Jangan nasi sudah menjadi bubur baru tindakan akan di lakukan. Saya lihat kerajaan Singapura lebih tegas dalam mengendalikan masalah kaumnya. Ada satu insiden yang mana Rakyat Malaysia yang menjadi PR (penduduk tetap) membuat kenyataan yang berbaur fitnah dan kehinaan terhadap melayu. Ia mengatakan orang-orang melayu yang melakukan perkawinan di bawah Blok apartment mereka membuat bising dan kata-kata yang tidak menyenangkan masyarat melayu di sana, berpangkat"Deputy Director NTUC telah dipecat serta merta. Dan dia telah memohon maaf kepada orang-orang Melayu di sana.

    Begitu juga baru-baru ini , juga Orang luar yang bekerja di Singapura yang menghina mereka-mereka yang manaiki MRT (kereta api) adalah orang miskin dan keadaan MRT yang tidak menyenangkan telah juga diberhentikan kerja. Ia juga telah meminta maaf dari Rakyat Singapura.

    Kerajaan harus bertegas tidak kira siapa. Jangan biarkan keharmonian yang selama ini terjalin terhapus begitu sahaja. Perkara yang sensitive tidak boleh berlarutan-larutan berlaku.

    Fikir-fikirkanlah.......

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete