Monday, February 17, 2014

ANWAR `PUTARBELIT CARA BERILMIAH' DEMI UNDI, SOKONGAN ORANG CINA


"Kenapa Anwar BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT, khususnya orang Cina dengan menyalahkan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang 1967, sebaliknya mengecualikan dirinya dalam operasi berkenaan? Demi undi dan kepentingan politiknya semata-mata? Semuga Allah melindungi mereka yang dituduh melaksanakan hukuman zalim dan kejam sedangkan niat dan tindakan mereka ialah untuk mengelak PERTUMPAHAN DARAH ANTARA KAUM DAN AGAMA di negara ini."

Bahagian Kedua - 'SAH ANWAR PUTAR BELIT... (Sambungan Daripada Semalam)

Saya turut menulis isu Operasi Lalang 1987 ini kerana terbabit secara langsung dengan perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru yang menjadi antara ‘pencetus kepada berlakunya operasi berkenaan.

Kehadiran saya bukan sahaja sebagai wartawan tetapi menduduki dua jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu iaitu Biro Antarabangsa dan Biro Kemiskinan Pemuda UMNO.

Sebelum saya teruskan ulasan, baca petikan akhbar ini:

Berita Minggu, 18 Oktober 1987...'Kekal Ketuanan Melayu - Pemuda'
Pertamanya, perhimpunan ini 'mendapat restu' kepimpinan tinggi UMNO ketika itu dan dikatakan orang di belakang perhimpunan ini adalah Anwar sendiri.

Politik ketika ini sangat berkisar antara Dr Mahathir-Anwar kerana pemimpin UMNO kurang merujuk kepada Timbalan Presiden UMNO ketika ini, iaitu Encik Ghafar Baba.

Ghafar dilihat tidak mampu melawan pengaruh Anwar walaupun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin lain yang menyokong beliau ketika itu termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa yang lain.

Malah, Dr Mahathir ketika itu dikatakan 'sanggup menyisihkan' Sanusi Junid, Aziz Shamsuddin, Megat Junid Megat Ayob serta beberapa yang lain dalam beberapa perkara, sebaliknya 'mempercayai 100 peratus terhadap Anwar Ibrahim'. 

Jika tidak benar, saya memohon Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan kata-kata saya ini!


Kerana itu bagi saya Anwar Ibrahim jangan melampau-lampau berbohong dan menjadi PUTAR ALAM kerana ketika itu amat nyata seperti kata Dr Mahathir bahawa Naib Presiden UMNO itu turut memainkan peranan penting menjayakan Ops Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebagai orang kerajaan dalam Kabinet Dr Mahathir ketika itu Anwar turut bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan.

Benar kata Dr Mahathir bahawa: "..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya kelmarin.

Dr Mahathir juga menyifatkan ketua umum PKR itu sebagai 'ahli putar belit' dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.

"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi. "Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin.

Anwar menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah," kata Dr Mahathir.

Berhentilah BERBOHONG, MENYALAHKAN ORANG LAIN khususnya pemimpin UMNO untuk kepentingan peribadi anda wahai Anwar. Sebagai Naib Presiden UMNO, Anwar pastinya merestui keputusan dan tindakan bantahan di TPCA dan Operasi Lalang berkenaan dan unsur-unsur membantah kepimpinan Dr Mahathir mula kelihatan ketika itu.

Saya ada menulis dalam buku saya Putera Mahkota UMNO (Kuala Lumpur: 1995) seperti berikut:

“Di kalangan golongan muda pula, kira-kira 20,000 pemuda Melayu berhimpun di Stadium TPCA Kampung Baru pada 18 Oktober 1987 dan berikrar untuk terus memperjuangkan kedaulatan politik ketuanan Melayu sambil berusaha mengekalkan perpaduan rakyat. Perhimpunan Raksasa Umat Melayu anjuran Pemuda UMNO itu turut dihadiri oleh pelbagai pertubuhan Melayu yang lain. Dalam hujan lebat, angin kencang dan kilat sabung menyabung, Pemuda UMNO membaca Sumpah Anak Pribumi 17 Oktober 1987. 

Sumpah itu berbunyi :

Kami, anak-anak pribumi Malaysia,
    Yang berhimpun pada hari ini, 
    Dengan penuh takwa, takzim,
    Kerelaan berbakti dan berjuang,
     Sebagai benteng waja.

Kami bersumpah dan mengaku,
    Menjunjung perjuangan bangsa,
    Bagi meninggikan darjat, maruah,
    Mertabat serta kehormatan agama, 
     Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta.

Kami Bersumpah dan Mengaku,
     Akan membina negara yang makmur,
     Dan Bersatupadu, dengan semangat toleransi,
     Akan tetapi, berpantang kami,
     Jika maruah bangsa,
     Hak-hak ketuanan kami diganggu-gugat.

Kami Bersumpah dan Mengaku
     Berdiri teguh di belakang pemimpin kami,
     dan rela berputih tulang
     bagi mempertahankan maruah,
     Kedaulatan bangsa dan negara,
      Sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Merdeka, Hidup Melayu, Merdeka, Hidup Melayu, Merdeka, Hidup Melayu,
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar."

Selain sumpah itu, Pemuda UMNO membaca 10 ketetapan antaranya mendesak Perdana Menteri supaya bertindak terhadap pemimpin MCA khususnya Timbalan Presidennya, Lee Kim Sai. Perhimpunan meminta kerajaan jangan tunduk kepada sebarang tekanan dan ugutan perkauman yang dilakukan oleh parti-parti kawan dan lawan. Ketika peristiwa ini berlaku, Presiden UMNO, Dr. Mahathir menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara Komanwel di Vancouver. Sekembalinya daripada  sidang itu, Dr. Mahathir dikatakan memanggil Najib dan kemudian pada 23 Oktober 1987, menemui Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan itu, kata beberapa orang Exco Pemuda, Dr. Mahathir `tidak gembira' dengan tindakan-tindakan seperti menganjurkan perhimpunan di Stadium TPCA itu. Malah, Perdana Menteri juga tidak akan bertindak ke atas Lee seperti yang didesak oleh Pemuda UMNO. Beberapa orang Exco yang `sukar dikawal' oleh Najib juga dikatakan dibidas oleh Dr. Mahathir. Malah, keseluruhan Exco dikatakan 'dimarahi' oleh Presiden UMNO kerana cuba `mengugut' beliau dengan berkata akan meletakkan jawatan kalau Lee tidak diambil tindakan. Najib ketika ditemui selepas pertemuan itu menafikan Perdana Menteri berbuat sedemikian kerana Pemuda UMNO tidak pernah mengugut Dr. Mahathir.

Pada 26 Oktober 1987, Exco Pemuda UMNO dikatakan mengadakan satu lagi mesyuarat. Mereka berpakat meletakkan jawatan kerana `kecewa' dengan keputusan kerajaan berkenaan isu Lee Kim Sai itu. Bagaimanapun Najib meminta mereka menangguhkan keputusan masing-masing. Sejak itu, beberapa Exco Pemuda mula mengkritik Najib yang menurut mereka terlalu `menjaga kepentingan kedudukannya dan memuaskan hati pucuk pimpinan tetapi mencemarkan maruah Melayu'. Sehari selepas itu, kejutan terbesar berlaku bila polis mula menahan pemimpin politik, pemimpin kesatuan sekerja dan orang perseorangan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tiga daripada Exco Pemuda UMNO yang lantang, iaitu Haji Ibrahim Ali, Haji Tajuddin Abdul Rahman dan Encik Fahmi Ibrahim yang dikenal pasti sebagai penyokong TEAM B dalam pemilihan 24 April 1987, ditahan bersama kira-kira 90 orang yang lain.”


Dr Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri menjelaskan, tindakan polis di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 1987 menegaskan: "Negara tidak mampu mengalami rusuhan kaum. Negara kita mengalami kemelesetan ekonomi dan ramai daripada tenaga kerja kita menganggur. Jika kemelesetan ekonomi ditokok dengan keadaan politik yang tidak stabil, negara akan menjadi huru-hara.....".

Bagi kerajaan Operasi Lalang adalah ‘penghalang kepada kejadian tidak diingani’. Benarlah seperti kata sesetengah pihak ISA sebenarnya bukan untuk menghukum tetapi MENCEGAH!.

Jadi kenapa Anwar BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT, khususnya orang Cina dengan menyalahkan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang 1967, sebaliknya mengecualikan dirinya dalam operasi berkenaan?

Apakah semata-mata demi undi dan kepentingan politiknya semata-mata?

Semuga Allah melindungi mereka yang dituduh melaksanakan hukuman zalim dan kejam sedangkan niat dan tindakan mereka ialah untuk mengelak PERTUMPAHAN DARAH ANTARA KAUM DAN AGAMA di negara ini.

No comments:

Post a Comment