Tuesday, June 11, 2013

INTEGRITI PEMBANGKANG - BERAPA BANYAK WANG RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK GAJI SAIFUDDIN?

"Agak2 berapa gaji aku Khalid nak bayar!!!" 
Kekalutan yang melanda kerajaan pembangkang - Selangor - kini semakin terserlah.

Malah persefahaman di kalangan parti komponen pembangkang semakin menimbulkan tanda tanya.

Isu yang terserlah menguji kerjasama antara mereka ialah mengenai jawatan Pegawai Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor (political laison).

Jawatan ini sudah pasti menggunakan wang kerajaan negeri dan jumahnya pasti berbaloi.

Dengan jawatan politik, sebagai orang penting parti di jawatan ini akan mendapat upah berbaloi kerana segalanya bergantung kepada Menteri Besar untuk menentukan jumlah upahnya.

Untungnya bagi orang ini kerana walaupun kalah padaa pilihan raya umum tetap menerima habuan dan menggunakan wang rakyat pulak tu. Bangga sangat!

Sejak diumumkan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai berkenaan yang dipersoalkan oleh Azmin Ali dan beberapa pemimpin PKR sendiri, isu ini bagai mencabar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu, Anwar mengumumkan Saifuddin sebagai wakil Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Selangor.

Kewujudan jawatan ini timbul selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan pentadbiran Selangor untuk menempatkan seorang wakil di kalangan ahli politik PR bagi mengkoordinasi pentadbiran dan politik di Selangor.

Bagaimanapun selepas dua minggu selepas cadangan itu diusulkan, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor membangkitkan isu keputusan melantik Saifuddin tidak dibincangkan dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu.

Semalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP turut mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dilantik sebagai salah seorang pegawai perhubungan politik daripada DAP.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, pelantikan Teresa adalah menyamai status dan syarat lantikan yang serupa dengan Saifuddin itu.

“Cadangan lantikan Teresa ini adalah bertujuan memastikan keseimbangan dan DAP adalah rakan kongsi sekata dalam Kerajaan Negeri PR.

Dalam hal ini, Pas juga seharusnya diberi kelayakan sama dengan mempuny seorang Pegawai Perhubungan Politik mewakili parti itu,” katanya.

Pas Selangor turut berminat deengan jawatan itu apabila mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan parti dalam mesyuarat Pas Pusat dijalankan semalam.

Pelantikan Dzulkefly berdasarkan pengalaman beliau sebagai ‘orang lama’ dalam kancah politik di Selangor. Dzulkefly dissifatkan calon paling layak untuk memegang jawatan itu kerana sebelum ini beliau tahu mengenai apa berlaku di negeri ini.

“Kita dah bermesyuarat sebentar tadi dah memutuskan untuk mencadangkan Dzulkefly untuk memegang jawatan tersebut. Kita akan buat surat kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok (hari ini) berhubung perkara ini,” katanya semalam.

Amat nyata DAP dan PAS merasakan cadangan lantikan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan keseimbangan kerana DAP adalah rakan kongsi sekata dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. 

Abdul Rani turut mendedahkan Abdul Khalid pernah meminta Pas menyenaraikan calon bagi jawatan itu. Ia bagi memantapkan pentadbiran Kerajaan Negeri memandangkan kemenangan dikecap adalah hasil usaha ketiga-tiga parti.

“Baguslah biar wakil ketiga-tiga parti ada bagi melancarkan pentadbiran kerana ini kemenangan bersama. Malah Menteri Besar setuju supaya Pas menyerahkan nama,” katanya.

Jika dengan seorang penasihat, Khalid mungkin ‘penin’ untuk menentukan gaji Saifuddin, jika tambah dua lagi, berapa pula duit rakyat akan digunakan.

Kecuali Teresa Kok, yang dua itu kalah pilihan raya. Amat jelas jawatan ini habuan untuk seseorang yang kalah menggunakan wang rakyat. Malah kalau benar Teresa dilantik, dia akan mendapat upah tambahan dan pastinya turut menggunakan `wang rakyat'.

Pembangkang yang menggunakan integriti unuk memburuk-burukkan Barisan Nasional tetapi kenapa apaabila tiba giliran mereka, integriti dilihat dengan sebelah mata? A



pakah ini bermakna Khalid terpaksa menerima arahan Anwar walaupun tahu ia bertentangan dengan kehendak Sultan Selangor yang mahukan kerajaan Selangor berintegriti dan melaksanakan semua manifestonya?

1 comment:

  1. inilah perangai pakatan. perabaih duit rakyat byr gaji orang politik. dulu mengata orang lain. tapi skang dia lagi teruk.

    ReplyDelete