Tuesday, May 21, 2013

JIKA MUKA AHMAD SAID DILANYAK DI PADANG MAHSYAR, MUKA NIK AZIZ BAGAIMANA?


Saya menyusun jari 10 memohon kemaafan sekiranya tersalah dalam kata-kata berikut. Mohon diampunkan Allah!

Kecaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak mahu melaksanakan pembangunan terutamanya tidak mahu mendirikan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang BN kalah dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu, lebih berupa hukuman.

Kenyataan melampau tanpa selidik berasaskan ‘kecaman’ semata-mata!

Mursyidul Am PAS berkata, Ahmad Said selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Terengganu, berdosa kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Nik Aziz memberi ingatan kepada semua umat Islam, orang-orang yang melakukan dosa akan diazab oleh Allah SWT diakhirat kelak. Katanya, "akhirat kelak segala orang jahat akan dilanyak muka dia di padang Mahsyar tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru...

Saya tak sentuh soal peribadi Ahmad Said, (se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa."

Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Besar Terengganu sebagai tidak demokratik dan jauh sekali dari ajaran agama Islam.

Mengecam kenyataan Ahmad Said, Nik Aziz berkata: "Demokrasi pun tidak........... Islam pun tidak...........akhirat kelak dia (Ahmad Said) bertanggungjawab.”

Beliau menyatakannya ditemui wartawan Buletinonline, Syed Hussain Solahuddin, selepas menunaikan solat Jumat di masjid al-Fathul Mubin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Mei lalu.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu memberikan misalan, seseorang pemimpin itu sepatutnya tidak dipengaruhi oleh dunia kerana Allah melantik Nabi SAW dari golongan yang tidak mempunyai harta supaya orang-orang yang mengikutnya, mempercayai kebenaran yang dibawa, bukan kerana beliau seorang yang kaya.

"Nabi Muhamad (SAW) sengaja dilantik oleh Allah Taala dari orang miskin supaya pengikutnya itu tidak terpengaruh dengan harta, kerana dia orang miskin........ tapi ikut lah nabi kerana dia membawa kebenaran (bukan kerana harta benda),"katanya.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, diperturunkan fakta berikut:

Antara perumahan rakyat yang dibina oleh Kerajaan BN Terengganu.
1. Kerajaan negeri akan meneruskan Aku Janji atau Manifesto Barisan Nasional (BN) bersandarkan agenda `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ selepas diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. Apa yang dijanjikan tetap dilaksanakan walaupun terpaksa menerima hakikat banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kalah. Bermakna ada cara tertentu yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membela rakyat.

2. Peruntukan RM1 bilion sudah dibelanjakan walaupun Kerajaan BN Terengganu tidak masukkan keperluan dan janji itu dalam Manifesto BN 2008. Yang dimaksudkan ialah menyiapkan 9,542 unit Rumah Mampu Milik atau Rumah Kos Rendah. Ini tidak termasuk yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Malah sesen pun Kerajaan Negeri tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat. Ia menggambarkan kerajaan negeri cakna kepada rakyat di mana seboleh-bolehnya mahu meilhat rakyat Terengganu memiliki kediaman atau lot tanah.



3. Bagi mencapai hasrat itu, pihak kami sudah meluluskan 20,00 lot tapak rumah dan tapak pertanian kepada rakyat dalam tempoh lima tahun. Bilangan itu, termasuk lebih 12,000 lot tapak pertanian dan 8,000 lot pula untuk tapak rumah.

4. Kerajaan negeri akan meneruskan agenda memperbanyakkan perumahan untuk rakyat, dengan membina 10,000 unit perumahan lagi kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

5. Kerajaan Negeri turut berusaha menyelesaikan masalah tanah haram dengan menambahkan tempoh pajakan daripada 30 tahun ke 60 tahun, dan

6. Kerajaan negeri juga menyediakan pinjaman berlandaskan Islam untuk membina rumah di tapak tanah sendiri sehingga RM50,000 untuk semua rakyat.

Sebaliknya, sepanjang memerintah sejak tahun 1990 hingga 2013, apakah yang Nik Aziz lakukan untuk pembinaan rumah rakyat di Kelantan?

Batu nesan Jambatan Palekbang
Kenapa rakyat Kelantan tunjuk perasaan mengenai masalah air dan tanah yang dirampas kerana Ladang Rakyat?

Rakyat Kelantan tahu Nik Aziz tidak melakukan apa-apa dan hanya menyatakan hasrat perumahan kos sederhana untuk rakyat selepas PAS memerintah selama 23 tahun.

Kerajaan negeri dikatakan akan membuat perumahan untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000.

Kenapa (kerajaan negeri) baru sekarang nak buat (rumah rakyat)? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan?

"Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat," demikian soalan yang ditimbulkan calon Parlimen BN-Kota Baru, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh baru-baru ini.

Tidak berdosa dan tidak rasa berdosakah Nik Aziz dalam perkara ini?

Mohd Fatmi yang menjadikan contoh BN yang mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan pada 1978 berkata, satu perumahan pangsa di negeri itu sudah pun disiapkan selepas tiga tahun pada 1981.

Rakyat Kelantan membantah pelbagai isu yang gagal diselesaikan oleh Nik Aziz.
Sebaliknya PAS mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di Kota Bharu sehaja. Ia melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.

Namun rakyat Kelantan menolak tawaran itu apabila BN ditewaskan di Parlimen Kota Bharu.

Tiada lagi billboard Kelantan Koridor Depu. ia hanya untuk Pilihanraua Umum 2008.

Selain itu, apakah Nik Aziz tidak berdosa apabila beberapa projek meganya seperti Lembah Sireh, Ladang Kambing Jamnapari, Pelabuhan Darat di Kuala Krai, Bandar Tunjung, Jambatan Palekbang, Koridor Depu serta beberapa yang lain gagal dilaksanakan?

Bagaimana dengan tanah orang Islam jatuh ke tangan orang lain di kawasan bandar Kota Bharu dan rakyat membantah kerana tidak ada kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Kelantan ketika era pemerintahan Nik Aziz?

Kalau muka Ahmad Said (disifatkan orang jahat) akan dilanyak mukanya di padang Mahsyar, apakah muka Nik Aziz yang gagal membawa pembangunan dan menyusahkan rakyat dalam konteks perumahan, pemilikan tanah dan bekalan air bersih tidak akan dilanyak?

Apakah Allah akan membebaskan yang bersarban dan bergelar Tok Guru dan orang biasa seperti Ahamd Said sahaja akan menerima hukuman Allah?

Nik Aziz sendiri mengatakan: “…tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru............ (se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa."

Apakah Nik Aziz seorang yang maksum dan bebas daripada dosa ketika menjadi Menteri Besar selama 23 tahun?

4 comments:

  1. kita kena majukan semua tempat x kira bn ke pr menang kerusi tempat...kalau x dimajukan bukan ke kita hilang undi..mesti ada yg fikir. Ala undi bn ke pr x maju juga tmpat ni. Xpayah undi ar.

    ReplyDelete
  2. nik aziz ni ulama politik.... tu kes zina mustafa ali.. tak kena lanyak ke tok aziz?? nape diam je?

    ReplyDelete
  3. kalau semua BN nak bantu... apo ke hal yb pembangkang yang menang???? dorang tak berkerja.. dok asik nak buat perhimpunan je.. sebab die tahu BN selama ni bantu tak kira kawasan.. rakyat yang memilih.. rakyat akan merasa... jadi YB2 pembangkang buatlah kojo masing2.. YB pembangkang telah dipilih oleh rakyat.. berkerjalah.. jgn tidur.. dan rakyat yang memilih harus dapat impaknya.. apa anda pilih, itu anda dapat!!!!

    ReplyDelete
  4. TAK PAYAH BANTU. BILA PASAL RUMAH UTK RAKYAT PANDAI PLAK MUSANG2 KAT KELANTAN NI BERSUARA PASAL ISLAM, KENA JAWAB DI AKHIRAT ETC. TAPI MASA BERKUASA TAK PULAK BUAT ITU INI... BN TOLONG PASTIKAN KAWASAN PENYOKNG SAHAJA MENDPT MENFAAT, YANG LAIN MINTAK WAKIL KAWASAN MASING2 YG SETTLE. BERPULUH TAHUN RAKYAT KELANTAN MEMPERMAINKAN UMNO/BN , PILIH PAS TAPI MINTAK SEDEKAH DRP UMNO/BN.. SKRG BIAR WAKIL PAS BUAT KERJA DIORG. DIORG DAH DIPILIH, DAN SEPATUTNYA BERSEDIA MEMIKUL T/JAWAB. JIKA TIDAK MAMPU , SILA KOSONGKAN KAWASAN ANDA DAN ADAKAN PEMILIHAN SEMULA !!!! NOKTAH !

    ReplyDelete