Wednesday, April 24, 2013

SKANDAL - KESIAN MUSTAFA ALI...DULU SUZANA KINI VIDEO SEKS, SELEPAS INI?

Daripada teganukini

Sehingga saat ini, Datuk Mustafa Ali enggan bersumpah al-Quran menafikan beliau aktor utama dalam Video Seks yang dikaitkan dengan pemimpin penting PAS.

Dia juga masih tidak mengakui tetapi menafi secara mahu membawa kes Video Seks yang dikaitkan dengan beliau ke mahkamah.

Samanlah tu, jawabnya nak samanlah tu!

Tetapi sebelum Mustafa menyaman seseorang, dia dah kena saman oleh UMNO hari ini kerana menuduh parti itu bertanggungjawab mengendarkan video berkenaan.

Tunggu dulu….sebelum membaca selanjutnya, tenangkan fikiran dengan lagu ini:



Suzana ( Suzana ) gadis pujaan ku Suzana ( Suzana ) gadis idaman ku Suzana ( Suzana ) engkau pilihan ku Ku merana jikalau tak bertemu ( korus 1 ) Oh Suzana mengapa Wajah mu muram saja Tiada seindah bulan Tinggi di awan Oh Suzana mengapa Wajah mu muram saja Tiada seindah bulan Tinggi di awan Suzana ( Suzana ) marilah sayang adik Suzana ( Suzana ) marilah sayang kasih Suzana ( Suzana ) harapan ku hampa Ku derita jikalau tak bersua ( korus 2 ) Gembiralah Suzana Bila kita bersua Lupakanlah derita Oh Suzana Gembiralah Suzana Bila kita bersua Lupakanlah derita Oh Suzana Suzana ( Suzana ) senyumlah sayang adik Suzana ( Suzana ) dengarlah sayang kasih Suzana ( Suzana ) janganlah kau bimbang Cinta kita tak mungkin kan terhalang Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) 

Sekarang kita kenali dulu siapa Suzana seperti tajuk sebuah lagu Pop Yeh-Yeh 60-an nyanyian M Osman - yang saya maksudkan. Dia ialah Suzana binti Embong dikatakan memiliki syarikat Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan balak tanpa tender daripada Kerajaan Pas Terengganu antara 1999-2004.

Mustafa yang ketika itu Exco Kanan adalah Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu dikatakan menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan itu kepada Suzana.

Apa kaitan Mustafa dengan Suzana? Tidak ada penjelasan hingga kini! Menurut sebuah blog, Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja syarikat milik peniaga berbangsa Cina yang diperalatkan oleh 'Cina Wakaf Tapai' yang dikaitkan juga sebagai kroni Mustaffa.

Wakaf Tapai terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa waktu itu iaitu DUN Pengkalan Berangan. Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan sememang tunduk kepada Mustaffa kerana walaupun Hadi sebagai Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan kerajaan negeri adalah Mustaffa.

Hadi yang juga Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu mempertahankan Mustafa dengan mengatakan pemberian kawasan balak kepada Suzana oleh Yayasan Terengganu adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga paling tinggi.

“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi…..” katanya kepada wartawan.

"Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.

Sedangkan kata sumber dalaman itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui proses tender terbuka," demikian kata blog berkenaan.

Banyak persoalan timbul selagi Mustafa tidak menafikan kes ini sama ada dia benar-benar terlibat atau tidak. Pertanyaan juga timbul….apakah Mustafa ada hubungan dengan Suzana Syak wasangka pastinya ada apabila terkeluarnya Video Seks Seorang Pemimpin PAS baru-baru ini dan secara kebetulan wajah dalam video itu mirip Mustafa.

Sebuah blog mencabar Datuk Mustafa Ali: "JIKA BERANI SILA DATO’ MUSTAFA ALI SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFIKAN…INILAH SALAH SATU SKANDAL BALAK YANG PALING GLAMOUR DI MASA PAS MEMERINTAH TERENGGANU KERANA MELIBATKAN SEORANG GADIS YANG JADI DENAK KEPADA KRONI PEMIMPIN PAS…"

Denak lagi disebut… Ada berani ke Mustafa sumpah menyebut nama Allah dalam kes balak ini?

Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Barisan Nasional Terengganu kelmarin sudah sudah bersumpah menafikan beliau terlibat dalam skandal balak. Mustafa bila lagi?

Dua sumpah tau….satu pasal balak dan Suzana dan kedua sumpah bukan jadi aktor dalam Video Seks…

Selepas ini ada lagi?

TUNGGUUUUUUU

1 comment:

  1. Nampak gayanya tak kering bulu la Stopaman ni... Hehehe

    http://mycybertrooper.net.ms/

    ReplyDelete