Saturday, December 15, 2012

PENGERUSI DAP - KARPAL MAKIN SASAU TAKUT KENA GULING

"Beberapa ahli berjanji akan mendedahkan ‘kekotoran’ dan perkara ini dijangka dilakukan semasa sesi perbahasan perwakilan pada kongres parti itu yang sedang berlangsung...Bagimanapun, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa keseluruhan prosiding akan dijalankan dengan demokratik…Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya." - Karpal Singh

Ternyata sudah orang kuat DAP yang menentang negara Islam dan Hudud - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh - seorang yang penakut dan pengecut.

Dia semakin sasau dan takut  kepada bayang-bayangnya sendiri.

Menurut laporan media pada 25 November lalu, Karpal berkata, dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan parti yang sedang berlangsung sekarang hanya satu rekaan semata-mata.

Bagaimanapun kenyataannya selepas itu menunjukkan beliau risau dan bimbang akan digulingkan.

Kongres DAP dua hari hingga esok akan dihadiri seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian untuk mengundi bagi jawatankuasa eksekutif baru pusat, iaitu 66 calon akan bersaing untuk 20 jawatan.

Jemputan juga terdiri daripada kira-kira 700 pemerhati dan 50 tetamu istimewa dari Pakatan Rakyat (PR) dan wakil-wakil kedutaan. Karpal berkata, dakwaan konspirasi itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya.


"Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum balas kepada perkara seperti ini. Tidak ada masalah (di dalam parti), ini semua rekaan. Ini adalah salah satu daripada demokrasi. Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini.

Tiada Masalah...macam-macam (akan berlaku) walaupun pilihan raya umum, pilihan raya satu parti politik... ini biasa. Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu yang penting," katanya pada sidang media pada hari berkenaan.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan bekas pemimpin parti DAP, Tan Tuan Tat, yang mendakwa terdapat konspirasi untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti bulan depan.

Kemudian kelmarin, (13 November 2012), Karpal Singh berkata, beberapa ahli berjanji akan mendedahkan ‘kekotoran’ dan perkara ini dijangka dilakukan semasa sesi perbahasan perwakilan pada kongres parti itu yang sedang berlangsung.

“Bagaimanapun, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa keseluruhan prosiding akan dijalankan dengan demokratik…Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya."

"Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri…Selain itu, konvensyen itu tidak membuat keputusan parti. Keputusan hanya dibuat oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC). Konvensyen ini adalah semata-mata mengenai siapa yang mendapat dipilih ke CEC,’’ katanya.

Karpal yang berbelit-belit cakapnya itu pernah ditegur pada 19 Mac 2012 oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai.

Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P.Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas mendalangi satu protes Disember lalu.

Karpal yang bertelingkah dengan Ramasamy dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi. Bukan sekadar itu sahaja, semalam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata tiada sebarang kekacauan atau kekecohan akan berlaku ketika Konvensyen DAP ke-16, hari ini, seperti yang diramalkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Baginya dakwaan Karpal bahawa terdapat pihak tertentu untuk mengacau perhimpunan itu adalah tidak benar. “Mustahil situasi seperti yang dinyatakan Karpal berlaku. Pihak kami akan memastikan segala persiapan atau perjalanan majlis ini berlangsung dengan aman dan lancar,” katanya kepada semalam.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan tiada sebarang maklumat mengenai kekacauan atau penggulingan terhadap Karpal.

Kita lihat sejauh mana kebimbangan Karpal akan berlaku dan jika berlaku ia tidak lain dan tidak bukan mungkin disebabkan wujudnya dinasti dalam DAP itu sendiri!

No comments:

Post a Comment