Thursday, August 23, 2012
DR MANSOR BAKAL DIPECAT...DAKWA GUAN ENG KERAS KEPALA, TOKONG ORANG CINA...
Ternyata bukan di Terengganu atau Kelantan sahaja, malah beberapa negeri lain berlakunya perebutan kerusi antara komponen pakatan pembangkang pada ketika Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir.
Jika di Terengganu dan Kelantan, perebutan adalah antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lebih mirip kepada ketamakan PAS, di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, komponen pembangkang bimbang dengan ketamakan yang ditunjukkan oleh DAP.
Malah, Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman menyifatkan Lim Guan Eng sebagai ‘keras kepala’.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dikatakan mahu parti itu bertanding di lebih banyak kerusi di Pulau Pinang serta kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan parti dalam pakatan pembangkang – Pakatan Rakyat.
Dokumen minit mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac yang dikatakan bocor menyerlahkan lagi betapa DAP berusaha mengekalkan cengkamannya di Pulau Pinang walaupun membabitkan beberapa pemimpin PKR, termasuk Mansor membincangkan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.
Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam dokumen itu juga, Mansor meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa timbalan ketuanya, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru.
Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP.
Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Guang Eng kerana Ketua Menteri itu semakin "angkuh", dan Setiausaha Agung DAP juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan.
DAP yang bimbang dengan kebocoran maklumat itu akan menuntut penjelasan rasmi daripada rakan kongsinya PKR berhubung perkara itusambil didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan Guan Eng.
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata, kandungan dokumen yang bocor itu turut mengandungi kenyataan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".
Beliau turut menafikan dakwaan pemimpin PKR tersebut, seperti yang dipetik dalam dokumen berkenaan, bahawa "Segala komen berhubung susunan kerusi di Pulau Pinang yang dilaporkan dalam portal berita itu hanya dibuat dalam konteks perbincangan pilihan raya dalaman PKR dan tidak mencerminkan realiti sama sekali," kata Chow yang juga anggota majlis kerajaan negeri.
Mansor dpetik sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu.
Malah beliau kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu dibocorkan di internet, Mansor yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.
Bercakap pada majlis rumah terbuka di Guar Perahu, Pulau Pinang, Mansor berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.
Blog gelagatanwar.wordpress.com bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment