"Tiada sebarang paksaan kepada peneroka
untuk tinggal di tanah rancangan (Felda)... sebenarnya lebih baik (mereka tinggalkan Felda) daripada
mereka terus menjadi duri dalam daging bagi kelompok peneroka serta
bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati segala perjuangan
dan usaha kerajaan untuk terus memajukan tanah rancangan Felda..." - Datuk Seri Ahmad Said
Kenapa marahkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang sahaja?
Bukan Ismail Sabri seorang saja yang mengeluarkan kenyataan meminta peneroka keluar dari Felda sekiranya berasa diri mereka ditipu kerajaan dan Felda.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said turut menyatakan perkara yang sama.
Apa, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Malaysia (ANAK), Mazlan Aliman tidak suka mereka mengatakan demikian?
Apalah Ismail Sabri, Ahmad Said dan Azalina tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata sedemikian? Kenapa tidak boleh kata?
Mazlan kata macam-macam kat Felda tidak mengapa?
Yang pasti, gara-gara "gangguan" daripada ANAK menyebabkan kelewatan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia.
"Gangguan" ini menyebabkan proses penyenaraian lewat kira-kira sebulan lebih.
NamunFelda tidak akan menghentikan usaha penyenaraian ini kerana kerajaan ada kaedah tertentu dan akan terus membela nasib peneroka.
Jadual penyenaraian FGVH terpaksa ditunda kepada Jun setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada Februari lepas membenarkan injunksi interim bagi melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada FGVH.
Bagaimanapun sekiranya injuksi itu gagal diketepikan, Felda kemungkinan besar akan membuat penyenaraian itu tanpa KPF.
Yang dikesali, jika ini berlaku, ia akan merugikan KPF. Namun, kerajaan sudah mempunyai satu formula bagi memastikan kepentingan peneroka dan petugas Felda akan dapat dibela.
Ismail Sabri kelmarin berkata, tiada guna terus tinggal di tanah rancangan Felda jika peneroka berasa kehidupan tidak pernah berubah dan masih dihimpit kemiskinan. Peneroka seperti itu, menurut Ahli Parlimen Bera itu, jika masih berada di tanah rancangan hanya akan menjadi parasit dan sentiasa meracuni pemikiran peneroka lain dengan menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta pengurusan Felda.
“Kalau tidak pandai bersyukur, sila tulis surat dan keluar dari Felda supaya tempat mereka boleh diisi orang lain kerana masih ramai lagi berminat untuk menyertai Felda. Tetapi, mereka sanggup jadi duri dalam daging yang sanggup mengkhianati perjuangan peneroka dan kerajaan dalam usaha memajukan tanah rancangan,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka dan penyerahan wang durian runtuh Felda di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, kelmarin.
Menurut Mazlan, kenyataan Ismail Sabri itu hanya mengundang kemarahan rakyat terutama dalam kalangan peneroka dan ia secara tidak langsung menunjukkan beliau bukanlah pemimpin wajar dicontohi.
Mazlan berhujah, sekiranya mana-mana pemimpin BN tidak bersetuju dengan tindakan peneroka, mereka seharusnya menegur dengan cara betul dan bukan meminta peneroka keluar dari tanah rancangan.
” Gambar diatas ialah Rahim B. Ahmad. Dia ialah Ketua PAS Cawangan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Gambar ini diambil ketika majlis penyerahan 'Durian Runtuh' Felda pada 15hb Mei... |
Persoalannya, apakah peserta lain selain yang menyokong ANAK bodoh dan tidak tahu selok-belok Felda? Mereka semua DUNGU?
Pengurusan Felda yang lebih lama daripada peneroka tidak tahu selok belok pentadbiran Felda?
Mazlan baru berapa tahun ‘ambil tahu hal Felda?
Sebenarnya Mazlanlah yang tidak rasional dan memburuk-burukkan pengurusan Felda hanya kerana mementingkan kedudukannya sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Bera.
Azalina lagi keras apabila mengatakan mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Pengerang itu mendakwa, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
“Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, kelmarin.
Bagi Azalina, durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri diberikan bukan untuk pancing undi.
“Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.FGVH disenaraikan agar peneroka Felda dapat pembelaan di bawah satu payung untuk mengaut kekayaan.
Di mana dengan penyenaraian FGVH ini bakal memberikan keuntungan yang besar buat masyarakat Felda sendiri," katanya.
Pada Perjumpaan MB Bersama Warga Felda, di Jerangau kelmarin, Ahmad Said meminta peneroka yang rasa tertipu dengan kerajaan dan Felda dinasihatkan segera berundur secara terhormat dengan meninggalkan tanah rancangan diduduki kini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika tidak berbuat demikian mereka boleh dilabelkan ‘tidak tahu malu’. “Tiada sebarang paksaan kepada peneroka untuk tinggal di tanah rancangan ini dan jika mereka merasakan telah ditipu oleh kerajaan serta Felda, kita tiada sebarang halangan andainya golongan ini ingin keluar. Malah, ia adalah cara undur diri secara terhormat. Tindakan sedemikian juga sebenarnya lebih baik daripada mereka terus menjadi duri dalam daging bagi kelompok peneroka serta bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati segala perjuangan dan usaha kerajaan untuk terus memajukan tanah ranca¬ngan Felda,” katanya.
Malah, kata Ahmad Said, bagus juga sekiranya kita naikkan papan tanda gergasi di kawasan Felda yang bertulis 'Felda adalah Kubu Barisan Nasional, Orang PAS Tidak Dibenarkan Masuk’.
No comments:
Post a Comment