Begitu angkuh dan sombongnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang!
Beliau bukan sekadar enggan menarik balik ‘Fatwa’ yang dibuatnya pada 1981 tetapi menghina Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu apabila menganggap saranan ADUN UMNO di dalam dewan sebagai modal bualan ‘anak-anak kecil’ dan desakan ‘kaki lima’ UMNO sahaja.
Sidang DUN Terengganu semalam bergema dengan desakan dan cadangan agar Hadi turun ke kawasan-kawasan yang masih belaku sembahyang dua imam dan masih mengamalkan ‘fatwa beliau’ yang menyebabkan perpecahan.
Bukan itu sahaja, Hadi menganggap saranan pemimpin Umno Terengganu agar pimpinan PAS dibawa ke setiap daerah yang kononnya masih berlaku perpecahan hanyalah modal bualan ‘anak-anak kecil‘.
Sikap Hadi ini jelas bertentangan dengan hasrat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang mahukan supaya perkara ini diselesaikan kerrana isu dua sembahyang
Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar penyokong Pas mengatakan mereka terikat dan terikut dengan apa yang
difatwa oleh pemimpin ( Hadi) mereka pada masa lalu,"
Bagi Hadi, UMNO Terengganu takut untuk berdebat mengenai ‘Fatwanya’. Hadi ditemui di luar dewan berkata beliau tidak perlu lagi menjawab isu itu kerana muzakarah mengenainya pernah dicadangkan pada tahun 1984 namun ditolak oleh Umno peringkat pusat.
“Pas sudah sedia hadir muzakarah, Ngo Islam juga bersedia menjadi orang tengah tetapi Umno tidak hadir. Tahun 1984, kita sanggup hadir tapi dibatalkan,” katanya.
Kenyataannya itu sekali gus menolak kehendak DUN Terengganu agar beliau menarik balik apa juga ‘fatwa dibuatnya yang menyebabkan umat Islam di negara ini’ berpecah-belah sehingga ada suami isteri bercerai-berai.
Semalam, kerajaan negeri menyatakan kesediaannya menerima penarikan semula amanat yang pernah dibuat bekas Menteri Besar Terengganu itu yang kini ADUN PAS Rhu Rendang berhubung isu berimamkan orang Umno tidak sah sehingga mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini dan beberapa negeri lain
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan sedia menerima Hadi untuk membetulkan perkara yang terkandung dalam amanat beliau di Banggol Peradong pada 1982 berhubung isu itu.
Beberapa ADUN Barisan Nasional termasuk Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut), Ramlan Ali (BN-Jabi), Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) sama ada dalam pertanyaan lisan, soalan tambahan dan perbahasan semalam mahukan Hadi berbuat demikian.
Mereka ingin tahu apakah benar ada maklumat yang menyatakan pihak kerajaan sudah berbincang dengan pemimpin Pas bahawa Hadi bersetuju ke beberapa kawasan, termasuk Hulu Besut bagi menarik semula amanat berkenaan.
ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid turut mahu Presiden Pas mengembalikan semula perpaduan umat Islam di negara ini dengan menarik balik amanat berkenaan.
Rosol mahu Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, turun ke semua kawasan yang masih lagi mengamalkan dua solat Jumaat dalam satu qariah dan memperbetulkan keadaan kerana semua itu dikatakan berpunca daripada amanat beliau di Banggol Peradong.
“Bersetuju atau tidak, saya bagi pandangan dalam dewan ini kerana perpecahan itu bermula dari Pas, kita minta wakil Rhu Rendang pergi ke kawasan yang masih berlaku perpecahan dan tarik balik amanat itu. Kalau setuju kita minta keputusan Dewan,” katanya ketika Muhammad Ramli membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN semalam.
Cadangan itu kemudiannya disokong Muhammad Ramli kerana menganggap perpecahan sudah sekian lama berlarutan berikutan sikap penyokong pembangkang enggan berimamkan dan gunakan khidmat jurunikah dilantik oleh kerajaan.
Keengganan itu didorong oleh fatwa dikeluarkan pemimpin mereka yang mengatakan berimamkan orang Umno tidak sah.
“Kita setuju sangat, sudah lama kita minta dia ( Hadi) pergi demi perpaduan Islam, molek, saya setuju,” kata Khazan yang juga BN-Batu Rakit menegaskan sehingga kini tiada perbincangan dilakukan kerajaan dengan Hadi mengenai perkara itu. Amat baik sekali lah jika wakil Rhu Rendang cuba membetulkan semula perkara ini kerana mengikut laporan yang diterima daripada Maidam mengenai dua sembahyang Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar yang ditemui mengatakan mereka terikut dengan apa yang difatwa oleh pemimpin (Abdul Hadi) mereka pada masa lalu,” katanya.
Khazan memaklumkan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah dua solat Jumaat dalam satu qariah termasuk memberi penerangan mengenai hukum tindakan itu.
Malah ada sesetengah masjid juga sudah diberikan kelulusan untuk dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat walaupun dalam satu kampung apabila kampung itu besar, penduduk ramai dan jarak antara masjid bersesuaian.
Selain itu, Maidam turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyatuan Jumaat dalam Satu Mukim dan panelnya terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi menjalankan kajian terperinci mengenai punca dan cadangan menyelesaikan masalah itu.
“Bagaimanapun jawatankuasa ini baru diwujudkan, sebahagian hasil perbincangan dan kajian belum sesuai untuk dibentangkan dalam sidang dewan kali ini,” tegas Khazan.
No comments:
Post a Comment