Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah mengundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih," - Ahmad Said
“Kita turun untuk beri mesej jelas…tidak kompromi dengan tindakan kejam dan penindasan…Hancur kezaliman. Kami memberi amaran…akan solidariti bersama-sama 9 mahasiswa (bermaksud dengan mahasiawa Terengganu yang ditarik balik balik oleh Yayasan Terengganu)”.
Itu kata-kata wakil mahasiswa yang mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar di Kuala Terengganu semalam.
Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) semalam berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman.
Siapa kejam sebenarnya?
Daripada blog http://mediaterengganu.blogspot.com |
“Pas dan PKR bolehlah kongsi separuh sorang tanggung mereka belajar hingga habis,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hanya beberapa minit sebelum demonstrasi berkenaan.
Bagi Ahmad Said, yang menjadi sasaran ‘serangan mahasiswa semalam’ pada demonstrasi semalam, mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputusan penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.
Ahmad Said menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.
Kerana itulah Menteri Besar menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai pengajian sehingga tamat.
“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit. Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.
Selain isu biasiswa, wakil Mampat sifatkan Menteri Besar sebagai ‘bodoh’ kerana duit untuk biasiswa bukan hak Menteri Besar…Yayasan Terengganu jangan ikut Menteri Besar. UMNO akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang’.
“Maidam kena ingat, zakat bukan hak politik UMNO…jangan sampai kami kempen rakyat untuk tidak bayar zakat kepada Maidam” kata wakil berkenaan kononnya Maidam menyekat zakat untuk pelajar di Mesir.
Ugutan untuk tidak membayar zakat ini sebenarnya adalah sesuatu yang malang buat rakyat Terengganu kerana soal-soal berkaitan Islam ada kaitan dengan kuasa Sultan Terengganu.
Apakah Mampat akan berkempen kea rah ini? Yang pasti pada sidang media selepas Mesyuarat Exco yang hanya beberapa minit sebelum demonstrasi itu diadakan.
Ahmad Said sekali lagi mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.
“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment