"Kita hantar guru-guru ke Australia, Korea Selatan dan juga Amerika
Syarikat bagi meningkatkan lagi cara pengajaran dan pembelajaran mereka
terhadap murid...begitu juga dengan pelajar, kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada mereka..." - Datuk Seri Ahmad Said.
Komitmen kerajaan negeri, guru-guru dan ibu bapa terhadap pelajar adalah antara ramuan Terengganu memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaaan Sijil Pelajaran Malysia (SPM) untuk tahun keempat berturut-turut tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai contoh kerajaan negeri telah menghantar guru-guru yang pelajarnya memperolehi keputusan terbaik di peringkat sekolah untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke luar negara bagi melihat sistem pendidikan di negara berkenaan.
"Kita hantar guru-guru ke Australia, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat bagi meningkatkan lagi cara pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap murid," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu, semalam.
Ahmad Said berkata, begitu juga dengan pelajar, kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan awam bermula dengan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
"Kita beri hadiah wang tunai dan komputer riba kepada mereka ini manakala bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke universiti kita beri RM1,000 bagi mereka yang mengambil ijazah, RM750 (diploma) dan RM500 (persijilan)," katanya.
Katanya kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM17 juta bagi menyediakan segala kemudahan untuk pelajar termasuk hadiah penghargaan kecemerlangan, bantuan persediaan masuk universiti dan sebagainya pada tahun lepas.
Beliau berkata, pada tahun ini pencapaian peperiksaan SPM pelajar Terengganu bagi Gred Purata Negeri (GPN) meningkat 4.92 peratus berbanding 5.03 peratus pada tahun 2010.
Katanya, pencapaian 4.92 peratus itu merupakan satu rekod pencapaian terbaik sejak empat tahun lepas apabila seramai 408 pelajar memperolehi semua A berbanding 405 pelajar pada tahun 2010 iaitu meningkat tiga orang manakala 15 pelajar memperolehi A+ berbanding 17 pelajar pada tahun 2010.
teganuku
No comments:
Post a Comment