Saturday, February 11, 2012

KESIAN RAKYAT TERENGGANU JIKA PAS MEMERINTAH...


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Wakaf Mempelam, Wahid Endut mendedahkan ada seorang lelaki datang berjumpanya pada suatu petang waktu maghrib untuk meminta beras.

Lelaki itu menaiki motosikal dan sudahpun membeli ikan. (lihat video di atas).

Menurut Wahid, ini membuktikan betapa di Terengganu kini rakyat begitu susah sampai tidak mampu membeli beras.

Bukanlah mahu mengata tetapi lelaki ini yang mendakwa mempunyai anak yang ramai dan mungkin berpendapatan rendah tetapi mampu memiliki motosikal dan membeli ikan.

Tinggal? Pastinya dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam.

Tidak apalah dan tidak baik untuk mempertikaikan apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Cuma ada beberapa persoalan untuk YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam yang begitu lama menjadi ADUN.

1. Kenapa kemiskinan dan kemunduran belaku di kawasan Wakaf Mempelam?

2. Apa usaha YB sendiri mengatasi masalah seperti yang dialami lelaki berkenaan?

3. Ketiga, kalau ada usaha YB untuk mendaftar orang ini, tidak kiralah dia penyokong PAS pun dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau mungkin dibantu;

4. Jika daftarkan dia untuk bantuan BR1M, pasti beliau akan mendapat RM500, belum lagi bantuan lain seperti dana Hari Raya dan sebagainya;.

5. Jika anak-anaknya sekolah pasti setiap seorang mendapat RM100 dan dua daripada anaknya akan mendapat pula tambahan RM100 seorang daripada kerajaan negeri untuk bantuan peralatan dan pakaian sekolah;

6. Kalau ada anak remaja setiap tahun ada Dana Remaja sebanyak RM200 seorang dibahagikan oleh kerajaan negeri;

7. Anak-anaknya di sekolah di tahun 5 mendapat e-Book dan bantuan-bantuan lain yang setidak-tidaknya boleh meringankan beban lelaki berkenaan, dan

8. Kalau sakit, ada pula Bantuan Sakit Kronik yang disediakan kerajaan serta banyak lagilah kalau nak disenaraikan.

Apakah YB membiarkan lelaki berkenaan berkeadaan begitu agar dia terus menjadi susah dan boleh dimanipulasikan untuk menyokong PAS dan YB?

Jika benar, YB berdosa besar membiarkan rakyat susah sedangkan YB mendapat elaun begitu banyak sebagai Ahli Parlimen dan ADUN.

Malah isteri YB pun mendapat kedudukan baik di sekolah yang sepatutnya turut dapat membantu menyedar dan memberitahu orang miskin di mana mereka boleh mengadu kalaupun YB tidak boleh bantu.

Maaf YB, hakikatnya, apa yang YB sebutkan seperti yang disiarkan melalui U-Tube itu mendedahkan kelemahan kepimpinan YB sendiri dan PAS amnya.

Jika Pesuruhjaya PAS Negeri seperti YB berfikiran sebegini dan tidak proaktif, kesian jika PAS memerintah Terengganu sekali lagi.

Jangan asyik nak menyalahkan orang lain khususnya kerajaan UMNO dan BN sedangkan hakikatnya tugas dan tanggungjawab YB abadikan di kawasan YB sendiri.

Kalau ditakdirkan YB menjadi Menteri Besar Terengganu seperti disebut orang PAS akhir-akhir ini, bukan seorang lelaki seperti ini datang jumpa YB tetapi juga mungkin satu atau dua bas yang mereka mampu bayar sewa tetapi datang ke rumah YB untuk MEMINTA BERAS.

Lagipun sesuai sangat kalau mereka melakukan demikian kerana PAS memang memperjuangkan negara Kebajikan!!!!

teganuku

No comments:

Post a Comment