Wednesday, November 2, 2011

ISU PERIBADI - BIAR 'TUAN BADAN' YANG MENJAWABNYA!

Akhir-akhir ini ramai blogger proUMNO dan prokerajaan seperti merajuk. Tidak tahu punca utama.

Namun yang saya dapat maklumat, mereka bagaikan tidak diendah. Faham-fahamlah!

Ada yang mengatakan UMNO atau pemimpin kerajaan kini begitu ‘selesa’ dengan kedudukan mereka seolah-olah tidak akan kalah.

Pilihan raya seperti permainan bolasepak. Apa sahaja akan berlaku dan masa-masa kecederaan amat penting untuk menjaga gawang daripada dibolosi.

Kebimbangan saya bukan kerana saya tidak diendahkan atau dipandang sebelh mata tetapi isu-isu yang dibangkitkan blogger propembangkang kadang kala sukar untuk ditepis.

Maklumat tidak ada dan kadangkala terlalu bersifat peribadi.

Contoh berikut ini hanya ‘tuan badan’ sahaja boleh menafikannya.

Baca dan teliti!

Anak gadis Najib belanja RM195,000 dari sumber sahih

Berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.
Keratan akhbar West Australian bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing‘ itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada Keadilan Daily.

Sumber itu memperoleh keratan berkenaan daripada seorang ahli politik Australia, yang enggan dinamakan atas sebab-sebab politik.

Bagaimanapun, laporan berita dari akhbar bercetak West Australian itu tidak disiarkan di dalam akhbar dalam talian mereka.
Ekoran itu, keratan berita itu kini turut tersebar di internet dan dimuatkan di blog dan dalam laman sosial seperti Facebook.

Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.


Semalam, Keadilan Daily menyiarkan berita anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau A$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.


Memetik keratan akhbar Australia itu, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara.


Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), minggu lalu.

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.


Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.


Dipetik dari tranungkite.net/v11/

2 comments:

  1. bahaya kalau bini ada sifat boros, anak akan ikut. tak pandai jaga bini nanti kantoi... kesian najib dapat bini cam ni. kalau tak betul, ngapa orang citer yak renti2... abis laa najib. nape tak nafi?

    ReplyDelete
  2. bukan ke nampak sangat berita ni nak menjatuhkan nama Malaysia, or ada kerjasama geng2 pembangkang malaysia dengan orang2 tertentu di australia? sebab, tengok berita tu, konon pasal CHOGM, alih2, cerita orang shopping, specifically pasal anak Najib lak tuh.. takkan la delegates lain tak shopping langsung.. kalau dia nak shopping pun, dah duit dia, lantak la.. ape masalahnya pun?.. orang kat malaysia ni kalau pegi oversea pun banyak je yang shopping ratus2 ribu.. yang shopping juta pun ada.. kalau duit sendiri, gi mampus la.. dia nak boros ke, hape ke, ape problem? takkan la sebab bapak dia tu Najib, PM Malaysia, anak-anak dia kena zuhud habis? kena beli barang yang murah2 je?

    ReplyDelete