Saturday, October 1, 2011

GENDANG PERANG SUDAH DIPALU – MEDIA KAWALAN BN TUNGGU APA LAGI?

Kalau tidak bersalah, kenapa mesti minta maaf?

Salahkan media kawalan Barisan Nasional (BN) kononnya salah lapor.

Itulah sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengaku dirinya menjalankan pentadbiran bagaikan Khalifah Umur Albul Aziz.

Sambil minta maaf, beliau tuding jari kepada orang lain untuk mengatakan beliau tidak menghina Johor!

Minta maaf tu nak tunjuk konon bersikap baik budi dan menghormati Sultan Johor dan rakyat negeri itu atau mula sedar kesilapan sendiri?

Sementara mahu saman media kawalan BN untuk membukti tidak menyebut sebarang perkara menghina Johor?

Semalam Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyatakan permohonan maafnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan didakwa memburukkan negeri Johor.

Guan Eng berkata, beliau tidak berniat memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.“Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, saya ingin memohon maaf di atas kenyataan dibuat sebelum ini berkaitan Johor. Saya berasakan bahawa kenyataan saya sudah disalah lapor oleh media yang dikawal Barisan Nasional (BN),”.

Salah lapor?

Apakah media yang pro BN ini ‘bongok dan bahlul’ sangat sehingga tidak tahu membuat laporan?

Siapa pengamal media BN dan siapa pula ketua-ketuanya?

Guan Eng berkata, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang kenyataannya itu, selain meneliti apa yang sebenarnya diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Menurutnya, selain pita rakaman disiarkan TV3, tidak ada sebarang laporan media dikeluarkan berkenaan apa yang dikatakan olehnya ketika di Singapura mahupun di Australia.

Beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi Bernama dan media pro-BN yang lain.

Paluan gendang perang sudah diisytiharkan Guan Eng. Jangan pula selepas ini menunggu kena belasah dan mengaku buat silap.

Perang ini bukan antara Guan Eng dan rakyat Johor tetapi antara Guan Eng dan bos-bos media kerajaan dan proBN. Jawapanya kena lawan habis-habisan untuk buktikan tuduhan terhadap Guan Eng itu benar belaka. Jika Guan Eng menang, sewajarnya bos media proBN kena letak jawatan kerana membuat onar yang boleh menjejaskan BN dalam pilihan raya umum nanti.

Dakwaan terhadap Guan Eng berat dan tugas bos-bos media proBN pun berat.

Namun jika di pihak yang benar, media proBN bukan sahaja mampu buktikan Guan Eng memang ‘mulut jahat’ tetapi permohonan maaf yang dilakukannya kerana memang Guan Eng menyatakan perkara itu.

Selepas itu barulah boleh serahkan kepada rakyat Johor dan Sultannya sama ada mahu memaafkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment