Benarkah blogger pro-UMNO sengaja mahu ‘membunuh karakter’ Lim Guan Eng apabila membawa cerita anak lelakinya ‘meraba tetek’ seseorang pelajar 16 tahun?
Pemblog-pemblog pro-Umno, seperti Papagomo dan blog ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri didakwa memfitnah anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.
Sedangkan 'bukti' diketengahkan tidak sedemikian.
Apa buktinya?
Bukti 1 : Semalam Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.
Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.
“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.
Malah kata Goh, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.
Bukti 2 : Semalam DAP seperti dilaporkan Malaysiakini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.
Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.
Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.
Jadi?
Kenalah cari bukti agar blog Pro-UMNO yang sesetengahnya 'makan upah' tidak seperti BINATANG, serta punya kredibiliti.
Kalau blog-blog berkenaan tidak dapat buktikan, 'mampuslah' kita!
Betullah tuan. Sebab itu saya tak berani nak ulas.
ReplyDeleteHehehe
ReplyDeleteIni adalah mukadimah dalam satu permainan yang panjang, mana boleh gambar budak perempuan sebenar ditayangkan kerana dia masih juvana.
Apapun yang pasti elemen 3R itu benar-benar wujud Raba, Ramas dan Rasuah.
Tunggu permainan belum mencapai klimaks lagi...jangan menginzalkan diri dulu!