Beberapa rakan blogger meramalkan akan ada satu berita besar dalam PAS selepas pukul 10 pagi ini (Ahad).
Apa dia? Exco kontroversi Selangor Dr Hassan Ali mungkin keluar PAS pagi ini?
Tanya sebuah blog, “Apakah esok satu lagi korban yang PAS Selangor lakukan demi mempertahankan masa depan politik mereka?”
Dengan tajuk “Esok Penentuan Hassan Ali, samada masih ahli PAS atau Dipecat” blog berkenaan menyebut Exco yang sudah dipanggil mengadap PAS Selangor dan tidak dipertahankan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berjuang bersaorangan.
Sementara sebuah lagi blog menyebut: “Melayu CinDia mendapat maklumat daripada rakan2 media yang mendakwa satu Sidang Media bersama Exco Kontroversi Selangor, Dr. Hasan Ali akan berlangsung pada esok jam 10 pagi. Sidang Media ini juga dijangka panas di mana Hasan Ali dikatakan bakal membuat 1 kenyataan yang bakal mencabar hubungan PAS, DAP dan PKR di Selangor.”
Ternyata tindakan Dr Hasan turut diherdik musuh politik dalaman, Khalid Samad yang turut meminta maaf kepada pihak Gereja atas tindakan yang di luar pengetahuan pihak pengurusan.
Sementara satu artikel yang dikeluarkan oleh Blog MiM semalam bertanyakan kenapa Teresa Kok, selaku Exco Kerajaan Negeri tidak bersuara?
Kenapa Khalid Gereja pulak yang beria - ia sibuk menghentam tindakan Datuk Dr. Hassan Ali sedangkan dia pun ahli PAS jugak?
Bukan ke yang menjaga hal ehwal agama Kristian ni ialah Teresa Kok tu? Kenapa dia tak keluarkan kenyataan mengenai tindakan Hassan Ali?
Macam ada sesuatu yang tak kena pulak. Macam ada pihak yang sengaja nak sembunyikan tangan apabila isu ini hangat diperkatakan.
Yang paling kelakar sekali ialah apabila Si Khalid Gagap tu mengarahkan semua exconya agar menutup mulut masing - masing mengenai perkara ini.
Tapi, kenapa dia biarkan Dr. Hassan Ali dipanggil oleh PAS Selangor untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut?
Sepatutnya, dia perlu membantah tindakan PAS Selangor tu. Itu pun kalau betul dia nak semua Exco tutup mulut. Baru adil namanya.
Sekarang dah ada kenyataan daripada salah seorang peserta 'Jamuan Makan Malam' tu dan mengakui bahawa memang ada unsur - unsur memurtadkan umat Islam.
Tidakkah ini membenarkan kata-kata Dr Hassan?
Teresa Kok boleh ketawa besar sebab Menteri Besarnya bertelagah sesama Melayu dan Islam dengan Exco agamanya dalam isu gereja.
Sekarang, kalau baling batu sembunyi tangan pun tak apa. Lagipun kalau Dr Hassan terpelanting lebih baik kerana calon baru - Khalid Samad - akan mempermudahkan kerjanya!
"Sidang Media ini juga dijangka panas di mana Hasan Ali dikatakan bakal membuat 1 kenyataan yang bakal mencabar hubungan PAS, DAP dan PKR di Selangor.”............ATAUPUN MAHU MINTAK MAAF PADA PIHAK GEREJA & KRISTIAN....jgn terkezut kalau ini brlaaku.....
ReplyDeleteKita jangan buat andaian tak bertulang, tunggu sahaja jam 10 pagi,
ReplyDeletetak keluar pas pon.. kecewa aku.. gagal lagi..
ReplyDelete