Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata UMNO Terengganu tidak bimbang dengan pengaruh dan pimpinan baru PAS Terengganu.
Sebaliknya beliau bimbang wujud pertelingkahan sesama sendiri mengenai calon, peruntukan pilihan pilihan raya, bekalan untuk pekerja pilihan raya seperti 'rokok' dan jatuh menjatuh di kalangan pemimpin UMNO menjadi penyebab pilihan raya.
Katanya, orang UMNO mudah merajuk umpamanya hanya kerana kekurangan 'bekalan rokok' atau 'biskut kering' di pondok parti pada musim pilihan raya.
Ada juga yang marah mengenai calon sanggup berdiam diri tidak mahu menyertai pilihan raya dan lebih teruk menyokong pembangkang.
Berucap di hadapan lebih 1,000 Ketua Cawangan UMNO seluruh Terengganu di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu semalam, Ahmad Said meminta semua pihak menyokong calon parti dan bertindak sebagai sebuah pasukan, bukan secara individu atau puak.
"Jika sebelum ini orang lain menyokong kita untuk memang, tiba masanya kita pula menyokong orang lain untuk menang," sambil meminta penyokong UMNO mengalahkan calon UMNO sendiri.
Bekaitan dengan perkara ini, teliti ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Tanah Merah hari ini:
"Semangat perjuangan parti yang sudah hilang dikatakan menjadi penyebab berlakunya perbuatan ‘menyumbat gol sendiri’ atau ‘cah keting’ di kalangan ahli UMNO di negeri ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kekalahan UMNO atau Barisan Nasional (BN) di Kelantan, bukan disebabkan parti pembangkang iaitu PAS yang kuat, tapi UMNO sendiri yang memberikan kekuatan kepada mereka.
Katanya, sikap segelintir ahli UMNO yang dikatakan mempunyai agenda peribadi menyebabkan berlakunya kejadian menyumbat gol sendiri itu yang akhirnya memudaratkan keadaan parti keramat ini pada masa depan.
“Saya akui setiap pihak ada masalah, namun kita akan cuba menyelesaikannya dengan memperincikannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, semalam.
Hadir sama Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz. Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bahagian Tanah Merah menjadi anak angkatnya selain meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi membolehkan dewan SMK Belimbing dibekalkan dengan kemudahan pendingin hawa.
Seramai 3,000 ahli serta perwakilan menghadiri majlis itu.
Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya jangan membiarkan hanya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekerja keras, sedangkan ada yang mengamalkan sikap ‘cah keting’.
Katanya, pilihan raya umum akan datang dijangka luar biasa kerana kebangkitan semangat pembangkang kini semakin kuat berikutan kejayaan membentuk ‘simpanan tetap’ di lima negeri yang dimenanginya sebelum ini.
“Pembangkang sudah menganggap kekuatan UMNO sudah terhakis disebabkan kekalahan di lima negeri terbabit selain wujudnya perbuatan ‘menyumbat gol sendiri’ atau ‘cah keting’.
“Eloklah bermula sekarang, orang UMNO perlu menghentikan sebarang pergaduhan.
“Kita akui dalam pembangkang juga berlaku pergaduhan, namun mereka bergaduh dalam bilik tidur, sedangkan orang UMNO, bergaduh di depan rumah tempat orang lalu lalang, ini harus dihentikan,” katanya.
No comments:
Post a Comment