"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah...dalam hal seperti ini orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina." - Anwar
(Terkini) Mungkin dua jam lagi Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan berumpah laknat.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi) tidak halang Eskay, seorang ahli perniagaan, hendak sumpah laknat. Jakim membenarkan Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur selepas solat Jumaat sebentar lagi.
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata hari ini , tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.
Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.
Sebaliknya Anwar dalam nada berang semalam mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat nanti.
.
Anwar menegaskan beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.
"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.
Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.
Apakah Eskay pernah minum arak dan berzina dan Anwar sendiri yang enggan bersumpah melakukan perkara yang sama?
Beliau turut berang ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kepada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya
.
"DNA apa?," tegasnya berulang kali yang sinikal menyatakan kepada wartawan "Semoga awak dapat naik pangkat dalam masa yang terdekat,"
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hampir sejam bermula kira-kira pukul 2.50 petang semalam untuk memberi keterangan kali kedua berhubung laporan polis yang dibuat selepas penayangan video seks yang mirip dengan dirinya pada 21 Mac lalu.
Dalam pada itu, Anwar mendakwa pihak polis memberi perlindungan kepada pihak tertentu sehingga klip video seks tersebut sekali lagi tersiar di Internet.
"Penyebaran bahagian kedua klip video ini secara jelas menunjukkan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan klip itu bebas untuk berbuat demikian tanpa perlu risau dikenakan apa-apa tindakan.
"Hari ini saya memberi keterangan kepada pihak polis yang saya percaya mereka terlibat memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat, jika tidak mustahil bab kedua video ini boleh disebarkan tanpa apa-apa tindakan," katanya.
Dalam isu sumpah ini dengan Jelas Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.
Bukan Jawi yang minta Eskay sumpah. Dia datang dengan kerelaannya.
''Dia hendak bersumpah boleh di mana-mana, di tengah jalan pun boleh, sama seperti orang hendak datang bersolat di masjid, kita tidak halang. Jadi kita tidak halang kalau ahli perniagaan itu hendak buat sumpah laknat di premis di bawah pentadbiran Jawi tetapi, jangan kaitankan dengan Jawi kerana kita tidak terlibat langsung, '' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, pagi ini.
oleh kerana dia tak mau bersumpah dan dia juga sendiri kata "dalam hal seperti ini orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina." - Anwar"
ReplyDeletejadi satu saja kesimpulan..memang dia sendiri mengaku yg dia minum arak dan berzina sebab tu dia tak bersumpah
saudari nurul,kalau betol DSAI minum arak + zina.harap Allah buka pintu hati utk bertaubat.tapi,jika itu tidak benar harap Allah buka pintu hati saudari utk bertaubat.sesungguhnya dosa menuduh itu same besar dgn dosa berzina.wallahualam.
ReplyDelete