Cuci segera pantat kuali. Selagi ia hitam legam, sukar untuk mengatakan ia bersinar dan putih.
Begitulah juga dengan kes “Menteri Rogol Amah’.
Rakyat menuntut kerajaan menyatakan apa sebenarnya yang terjadi. Benarkah ada ‘Menteri Rogol Amah”? Jika tidak benar, seret orang yang membuat dusta.
Pembangkang menggunakan blog rasmi PAS, harakahdaily online untuk menekan kerajaan dan UMNO dan pastinya akan menjadi isu pilihan raya. Jangan sampai nama kerajaan dan UMNO dicemari hanya gelagat seorang menteri!
Juga isu ini sampai blog mendedahkan nama secara terang-terangan. Beberapa blog sudah berani mengeluarkan latar belakang pemimpin berkenaan. Lihat di sini.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu dilihat berintegriti. Sebarang fitnah terhadap Menteri atau anggota Kabinet jangan disorok kerana ia memakan diri.
Peduli apa dengan nasib Menteri berkenaan jika benar dia bersalah. Lebih baik korbankan seorang daripada setiap Menteri menjadi ‘malu’ dan seolah-olah setiap daripada mereka adalah ‘perogol’ jika tidak dibuktikan segera.
Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Siasatlah. Jika benar ada dakwaan, siasatan tidak mungkin lama.
Kita bimbang kes ini jadi perbalahan dua negara kerana yang mendakwa adalah orang dari negara jiran sebelah yang sering ‘memperkecilkan kita’, termasuk ketika perlawanan bolasepak malam Ahad lalu.
Malu sekiranya isu ini tidak diatasi.
Apakah Malaysia mahu diperlekehkan kerana Menterinya merogol amah. Kalau rogol bintang filem atau model berbaloi juga. Ini pembantu rumah!
Sanggupkah Najib menanggung beban malu jika dikatakan Kabinet Najib Dianggotai ‘Perogol’?
Memburukkan keadaan, sudah pasti jika kes ini meletup ada pihak akan mengaitkannya dengan UMNO.
Mahukan UMNO dipalitkan dengan seseorang yang dituduh merogol ‘hanya pembantu rumah’ atau amah dan warga asing pulak tu?
Najib boleh melakukannya dengan bijak, umpamanya sesuai dengan rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan.
Drop sahaja Menteri berkenaan. Biar dia selesaikan masalahnya. Najib boleh fikir perkara lain yang lebih penting, bukan menyelamatkan seorang individu yang terpaksa mempertahankan nama baiknya.
Bertindaklah sesuatu sebelum nangka buruk jatuh ke bumi. Bukan sahaja ia tidak lagi boleh dimakan tetapi terpaksa pula membersihkan kekotorannya!
Salam,
ReplyDeletesebagai penyokong Kerajaan Malaysia, saya menyokong penuh DSN menggugurkan Menterinya yg membuat "kerosakan" kepada institusi Kerajaan Malaysia. tak kisah walau siapa pun yg melakukan perkara buruk, beliau maesti disingkirkan dari kabinet. sangat memalukan, orang yg kita harapkan untuk menjamin keselamatan negara ini yang merosakkan pula.
Ha ha siapa gerangan punya angkara..! benar atau tidak, tak siapa yg tahu. Aku nak tanya je, siapa yg beroleh munafaat dari isu ni?
ReplyDeleteBukan Semua Indon mcm tu.. bro ther.. jik atak ada indon rumah kamu siapa nak buat.. projek pembangunan merek ayang buat.. yg jahat memang hampas memang ada..mcm kat sini jugak...NAJIB terima Kabinet Dollah ZZZZZZZZZZZ@samdol, Najib belum pilih Kabinet Sendiri lagi secara total..Salahkan Pak Lah "Mr Clean" oh oh oh.. Clean semua oleh Men"hantu" dia , dia tak tau apa pun,
ReplyDelete