Thursday, October 7, 2010

MALAYSIA BUKAN LAGI NEGARA BEBAS, MERDEKA

Seorang penyokong fanatik Anwar Ibrahim menjerit dan meminta supaya bekas pembantu Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman berhenti daripada mengadakan sidang media dan keluar dari sebuah restoran di Klang semalam.

Jangan nak larikan perhatian dengan mengatakan kes penyangak menghentikan sidang media di Klang semalam, sebagai kes terpencil.

Kita semakin meluat dengan kumpulan atau pihak tertentu yang semakin menunjukkan aksi bersifat gangsterisme dan keangkuhan kaum.

Kenapa mereka kini berani dan sanggup mengambil tindakan seolah-olah undang-undang di tangan mereka?

Apakah negara ini kini dikawal oleh ‘Orang Anwar’ dan kita tidak bebas lagi untuk menyatakan sesuatu yang kita rasa benar dan perlu dinyatakan kepada awam?

Juga apakah negara ini kini dikawal oleh ‘gangster’ yang boleh menghentikan sesuatu majlis begitu sahaja hanya kerana dia atau kumpulan itu daripada penyokong penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Apakah Malaysia ini bebas dan berdaulat? Jika demikian kenapa sewenang-wenangnya ada orang menggunakan kuasa dan ‘keberaniannya’ untuk menghentikan sidang media dengan begitu mudah?

Apa akan jadi kelak jika cara ini dijadikan contoh dan kumpulan seperti ini semakin berleluasa?

Apakah negara Malaysia kini seperti dalam filem Tamil di mana penyangak boleh lakukan apa sahaja dan polis tidak mampu bertindak apa-apa.

Sungguh menyedihkan membaca berita bahawa sidang sidang akhbar oleh bekas pembantu kepada Anwar dipaksa dihentikan begitu sahaja selepas diganggu sekumpulan lelaki sebaik sahaja mahu bermula.

Cara kekerasan yang digunakan oleh kumpulan berkenaan amat kasar dan tidak sewajarnya berlaku.

Laporan Bernama yang dipetik Berita Harian Online menyebut, semasa wartawan sedang sibuk menunggu apa yang bakal diutarakan olehMuhamad Rahimi Osman, di dalam satu bilik di sebuah restoran di sini kira-kira 4.05 petang semalam, mereka dikejutkan dengan jeritan suara "Oi Sudahlah Rahimi Sudahlah" dan "Keluar, Keluar" berulang kali.

Kumpulan lelaki itu meminta Rahimi supaya menghentikan sidang akhbar itu dan tidak membuat dakwaan terhadap Anwar yang kini sedang dibicarakan di atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka juga mengambil kesempatan memburuk-burukkan Muhamad Rahimi, yang juga seorang ahli perniagaan, di hadapan media yang sedang menunggu kenyataan daripadanya.

Bagaimanapun, Rahimi kemudian mengambil keputusan untuk menghentikan sidang akhbar itu pada jam 4.30 petang dan beredar daripada bilik itu yang bukan sahaja panas kerana gangguan daripada pihak luar tetapi kerana lebih daripada 30 pengamal media bersesak-sesak dalam bilik itu.

Bukan Rahimi sahaja yang bimbang dengan keselamatannya tetapi pihak media yang khuatirkan keselamatan mereka turut bergegas keluar dan merasa lega apabila melihat beberapa anggota polis telah berada di luar restoran itu untuk mengawal keadaan.

Walau apa juga tujuan Rahimi memanggil sidang media itu ia adalah hak beliau untuk bercakap tetapi dengan memaksa dihentikan sidang media itu dengan kekerasan membuatkan kita tertanya-tanya, tidak bebas lagikah Malaysia ini?

Juga pertanyaan, siapa yang berkuasa di Malaysia sekarang? Gangster? Penyokong Anwar? Kumpulan daripada kaum tertentu?

Perasaan kita – bangsa Melayu – semakin dicabar meluat-luat.

Kementerian Dalam Negeri dan polis jangan berdiam diri.

Jangan sampai rakyat takut dan merasakan mereka ‘tidak bebas dan merdeka’ lagi di bumi Malaysia!

8 comments:

  1. Kementerian Dalam Negeri mana berfungsi lagi bro! Sudah diganti dengan Kementerian Amaran Berkali2.

    Tidak hairan lah gangster2 ala Kalimuthu Batang Kali semakin menjadi2!

    ReplyDelete
  2. Kementerian Dalam Negeri dah jadi macam pondan. Negara dah jadi kacau bilau macam nih pun masih tak ambil tindakan. Nak tunggu sampai bila? Nak tunggu sampai orang melayu hilang sabar? Nak tunggu sampai nasi jadi bububur baru nak ambil tindakan dah tak berguna dah.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    From my point of view, the chaos in our political scene nowadays begun as soon as the so called leader of the pakatan rakyat, that is Anwar Ibrahim walk free from jail. For me, this is the biggest mistake or in other words ‘langkah yang paling bodoh’ taken by Pak Lah. Personally, for me Anwar Ibrahim aka Tok Dalang should be left rotten in jail. Why?
    This is because this man since he walk free from jail had done no good to this beloved nation. Instead this man roams freely across the globe tainting and condemning Malaysia in the eyes of the world. This man for those who do not know is the one who actually responsible for creating chaos between races in Malaysia. He is the man who irresponsibly playing with the racism issue. He is also the one who manipulating the judiciary system to repeatedly postpone his sodomy charges. If this man which his follower’s worship as their leader is innocent, so why is he so afraid to face trial? Instead, this man is represented by the best ‘loyar (lawyer) buruk’ in this country.
    For me, Anwar Ibrahim is nothing but a disgusting person who would do anything unimaginable including ruining this nation as long as his dream to be the Prime Minister is fulfilled.
    But you know what Anwar Ibrahim, I don’t even want you to be my leader!! In fact I am counting the day when you will be send back to jail and I pray to God that you will be rotten forever there.

    ReplyDelete
  4. Hishamuddin bangunlah dari tido mu yang panjang..kau buta ke?tak nampak ke negara tengah bergelora dengan isu-isu perkauman? Kau tu menteri dalam negeri. ambil lah tindakan.Kalau kau penakot sangat nak ambil tindakan, letaklah jawatan. boleh kerajaan lantik orang lain yang mempunyai kejantanan dari kau tu.

    ReplyDelete
  5. Paria-paria nih dah semakin melampau!!

    ReplyDelete
  6. eloklah HISHMUDIN undur diri dari KDN,tak guna ada menteri yang pengecut.
    sekarang ini kumpulan gangster telah menguasai setiap pelusuk tanahair.
    apa nak heran,ada ketua gangster yang terpengaruh,ada peguam,doktor dan macam2 lagi.
    wakil rakyat pun terdiri dari ahli2 kongsi gelap.
    pesanan untuk melayu....bangunlah bangsa ku...sadarlah kamu dari mimpi2 indah..negara kita sekarang sedang dikuasai olih puak2 kominis dan pariah yang sanggup bunuh bangsa kita.
    bersuara pun sudah tidak bolih..apa lagi yang tinggal untuk kita?????

    ReplyDelete
  7. PKR=Parti keling Ramai
    PKR= Parti Kasta Rendah
    bawa pengaruh Paria ke malaysia,cth masjid Bulbari INDIA!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Salam...saya ingin berikan pandangan ikhlas...pada pendapat saya...isu ini mungkin dicipta oleh PKR sendiri...umum mengetahui bahawa Pilihanraya semakin hampir...maka menjadi advantage kepada PKR sekiranya "disensasikan" isu ini kerana rakyat akan menilai bahawa ianya adalah permainan kerajaan BN untuk memperolehi undi..persoalan utama yang akan timbul di benak rakyat adalah kenapa ianya timbul tatkala pilihanraya kecil Dun Galas akan berlangsung, maka rakyat akan berfikir ini adalah tindakan kerajaan BN meraih undi. (walaupun saya berharap ianya adalah benar)..Laporan polis yang dibuat Rahimi pada zahirnya memperlihatkan Nuwar Brahim akan tertekan tapi sekiranya diteliti, tindakan itu turut memberi advantage kepada PKR...sebabnya...PKR dianggotai oleh ramai peguam profesional, mereka ini arif dalam bab-bab memutarbelitkan cerita dan menimbulkan persepsi..Ini adalah usaha menimbulkan keraguan terhadap kerajaan BN sebenarnya...usaha untuk menyelamatkan Nuwar Berahim, usaha mengalih perhatian terhadap permasalahan dalam PKR yang sedang bergelora dek kerana pemilihan...Maka sama-samalah kita memerhatikan dengan penuh ketenangan...

    ReplyDelete