WAJAH Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dirakamkan di wad Epworth Hospital Melbourne, Australia pada 11 pagi 4 Okt. kelihatan ceria di sisi isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke hospital tersebut selepas mengadu sakit dada, 2 Okt. lalu dan kini dilaporkan semakin pulih. - Utusan
Daripada Utusan Malaysia 5 Oktober 2010
Tajuk asal “Biadabnya pemimpin pembangkang hina Dr. M"
Sewaktu Karpal Singh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dimasukkan ke Hospital Ipoh kerana sakit kencing manis, adiknya, mendiang Manjit Singh yang juga seorang peguam yang beroperasi di Alor Setar telah meminta melalui rakannya supaya saya menyampaikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad agar abangnya dipindahkan ke hospital lain, yang lebih selesa dan mempunyai peralatan yang lebih lengkap tentang penyakit abangnya.
Sewaktu saya bercakap dengan Dr. Mahathir yang pada kebetulannya beliau melawat Alor Setar, disertai oleh Tun Daim Zainuddin dan saya memaklumkan mengenai permintaan adik Karpal Singh itu.
Kata Dr. Mahathir, "Saya akan periksa (I will check)". Selang tidak berapa hari kemudian, Karpal Singh dipindahkan ke hospital yang lebih baik di Kuala Lumpur.
Semasa perjumpaan tahunan antara media dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sewaktu saya menjadi Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu, saya ditempatkan berada di meja utama dengan Dr. Mahathir di sebelah kanan saya, dan Tun Haniff Omar di sebelah kanan Dr. Mahathir.
Di sebelah saya, seorang menteri yang saya tidak dapat sebut namanya kerana telah meninggal dunia. Sepanjang ingatan saya, Datuk Mohamed Rahmat turut hadir bersama selaku Menteri Penerangan pada waktu itu.
Saya telah bertanya kepada Dr. Mahathir apa yang akan beliau lakukan sekiranya sesuatu berlaku ke atas Tunku Abdul Rahman. Beliau menjawab, "Saya belum tahu", (sememangnya Tun Dr. Mahathir menyembunyikan sesuatu sehingga perkara itu berlaku).
Menteri yang duduk di sebelah saya mencelah katanya, "Saya tidak akan pergi menziarah jenazah Tunku." Dr. Mahathir bertanya kenapa kepada menteri tersebut?
Saya masih ingat Ketua Pengarang Utusan Melayu pada waktu itu, Zainuddin Maidin (sekarang ini Tan Sri) ada bersama.
Dalam tidak berapa hari kemudian, Tunku Abdul Rahman meninggal dunia. Tun Dr. Mahathir telah memberi cuti am (state funeral) sebagai menghormati perjuangan Tunku dan juga sebagai bekas Perdana Menteri.
Beliau juga turut mengiringi jenazah sehingga ke Makam Diraja Langgar dan menunggu sehingga selesai pengebumian Tunku. Seorang kerabat Diraja Kedah telah bertanya.
"Bagaimana Dr. Mahathir boleh melakukan ini, setahu saya Dr. selalu bertelingkah dengan Tunku."
Kata Dr. Mahathir, "Itu pertelingkahan pandangan, bukan soal peribadi." Begitulah sikap seorang Perdana Menteri yang beradab dan bersopan serta disanjungi jutaan rakyat.
Baru-baru ini, seorang pemimpin parti politik yang hampir hancur menyebut Dr. Mahathir tersungkur di Australia. Saya merasa amat sedih kerana sikap bongkak dan biadab manusia yang tidak bersopan itu.
Beginikah sikap pemimpin yang wajar dijadikan pemimpin negara. Betullah seperti mana yang diulang berkali-kali dalam TV3. "Di dalam kumpulan binatang tidak ada manusia, tetapi di dalam kumpulan manusia ada binatang." Inilah ungkapan yang tepat sekali.
akua terasa pedih juga bila tun di hina , aku membesar dengan eranya yang penuh gemilang , kadangkala aku berangan alangkah bagusnya jika masa gemilang itu berulang kembali. Terima kasih tun ...
ReplyDeleteSetiap manusia kan ada klebihan dan kkurangan nya~ maka, boleh dilihat dmata kasar, stiap Pemimpin yg lama ker (BN), atau pun yg baru (PKR) 'belang' masing2!!.. Pd saya, jika dtimbang-tara tnyata banyak kbaikannya, faedahnya pd rakyat, agama dan juga pembangunan negara~ maka hargai lah!!..
ReplyDeleteSaya bsyukur, alhamdulillah pd Tun Mahathir yg telah banyak mengusahakan nya ke arah itu!!.. Urusan2 peribadi biarlah mjadi peribadi dan bukan urusan kita!!.. Saranan saya, ialah hormati lah peribadi org lain!!..
Sbg manusia, rakyat M'sia yg berugama Islam, saya mdoakan agar Tun Mahathir cepat sembuh dan selamat unt kembali semula ke tanahair!!.. amin~