MAYAT bayi lelaki ditemui di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka dipercayai dibuang oleh seorang pelajar IPT di dalam tong sampah di Unit Kecemasan, di Melaka, 18 Ogos. – Utusan.
Walaupun di Tingkatan Empat ketika itu, saya sudah menulis sebuah berita mengenai kes itu untuk akhbar berkenaan dan berita saya disiarkan pada 26 Oktober 1971.
Jadi apabila pelbagai pendekatan dikemukakan, ia adalah sesuatu yang baik namun hendaknya janganlah pula dipolitikkan.
Pengerusi DAP Karpal Singh misalnya meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengetahui punca kes pembuangan bayi yang semakin meningkat, di samping mencadangkan langkah-langkah bagi menangani gejala itu, yang dilihat memerlukan tindakan segera.
Katanya kelmarin, tindakan membuang bayi yang semakin berleluasa sehingga menyebabkan kematian kepada bayi itu secara kejam, dan ia menuntut kepada hukuman yang lebih berat buat pesalah.
Bagaimanapun beliau berkata apa yang perlu dilakukan adalah mengadakan satu kajian mendalam bagi melihat sebab-sebab yang menjurus kepada senario yang membimbangkan itu.
Karpal berkata oleh itu apa yang perlu diberi perhatian dengan teliti bukanlah gejala itu sendiri secara kasarnya, tapi punca mengapa kejadian itu berlaku, sebelum memutuskan untuk mengenakan hukuman mati kepada pesalah.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyokong penuh cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap kes buang bayi bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa di negara ini.
Mursyidul Am PAS itu berkata pada 13 Ogos lalu, hukuman lebih berat itu adalah menepati ajaran Islam supaya dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan bakal pelaku.
Beliau juga bersetuju sekiranya hukuman bunuh dikenakan ke atas kes membabitkan kes buang bayi yang menyebabkan bayi itu mati.
Sebaliknya, MCA berpendapat sebaliknya. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA "berpendapat dengan cara demikian banyak lagi kes pembuangan bayi akan berlaku dengan cara yang lebih rumit untuk dikesan."
Beliau berkata pada Jumaat lalu (13 Ogos 2010), pendirian MCA itu telah dinyatakan pada mesyuarat kabinet Rabu lepas.
Dr Chua berkata dalam menangani isu itu, MCA mencadangkan supaya kerajaan mengambil berat mengenai pendidikan seks bagi membolehkan masyarakat lebih terdedah berhubung baik dan buruk perlakuan mereka.
Sehubungan itu, MCA akan melancarkan program 'Kesedaran Reproduktif Seksual' yang melibatkan semua bahagian parti itu pada bulan depan yang akan diterajui oleh Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Adalah tidak adil untuk kita menghukum wanita-wanita ini. Jadi, kita perlukan pusat ini kerana saya tidak fikir pusat jagaan kanak-kanak akan menerima bayi ini tanpa ada bayaran," katanya.
Yang pasti, melihat kepada pendirian pemimpin parti politik sedemikian, perbuatan membuang bayi patut dibendung dalam konteks agama dan masyarakat, bukan pendekatan pendirian dan kepentingan parti politik tertentu.
Bagi saya kes membuang bayi sama ada yang menyebabkan kematian atau tidaklah hendaklah dilihat sama beratnya – cuma yang menyebabkan kematian hukumannya mungkin lebih berat kerana membabitkan nyawa manusia. Mungkin kerana itu bagi polis, kes buang bayi hingga menyebabkan kematian akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ini kerana kes itu diklasifikasikan sebagai membunuh manakala jika bayi berkenaan masih hidup, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun sama atas cubaan membunuh.
Seperti dijelaskan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin Isninlalu, polis sedia bertindak mengikut klasifikasi berkenaan bagi kes pembuangan bayi sekiranya ia merupakan langkah terbaik dalam membendung jenayah kejam itu.
Bagaimanapun, katanya keputusan untuk mensabitkan sesuatu kes pembuangan bayi kepada bunuh atau kesalahan lain hanya akan ditentukan oleh Peguam Negara.
Mohd Bakri berkata polis bimbang kes pembuangan bayi akan meningkat tahun ini berbanding tahun lepas, terutamanya melibatkan warga tempatan.
Setakat Isnin lalu, seramai 65 bayi dilaporkan dibuang iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 24 janin yang tidak diketahui jantinanya, kata Mohd Bakri. Kes itu sudah bertambah apabila bayi ditemui dibuang tetapi masih hidup di Kuala Terengganu kelmarin sementara mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka dan berikutan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam.
Apa yang pasti, cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes buang bayi bagi mengekang gejala tersebut, mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abd Ralip berkata hukuman itu berupaya mendidik masyarakat, khususnya remaja, agar tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh menyebabkan mereka terlanjur, sekaligus berlakunya kes pembuangan bayi.
Beliau berkata sudah tiba masanya satu tindakan tegas diambil bagi mengekang situasi negatif tersebut daripada terus menular kerana ia semakin serius dan membimbangkan.
"Ada dua jenis jenayah iaitu satu, memang niat membunuh, dan satu lagi, niat cubaan membunuh, dan walaupun ia sekadar cubaan membunuh, perbuatan tersebut sudah dikira membunuh.
"Sebagai contoh, walaupun dia tidak ada niat untuk membunuh, tetapi bila dia buang bayi itu di satu tempat dan tiada orang jumpa, mungkin bayi tersebut akan mati dan ini sudah kira 'bunuh', jadi saya rasa amat wajar hukuman ini dilaksanakan," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian buang bayi masih berleluasa, walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menanganinya.
Turut menyuarakan pandangan sama ialah Timbalan Presiden Majlis Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Muhamad Burok, yang berpendapat hukuman itu dapat mengurangkan kes pembuangan bayi, namun perlu dilaksanakan dengan berhati-hati.
"Apabila hukuman ini dilaksanakan, yang pertama, kita kena berhati-hati kerana kita tahu ia berat ...jadi bila kes berat, beban pembuktianpun berat dan mesti ada siasatan serta bukti yang secukupnya.
"Contohnya, kita kena pastikan sama ada individu itu buang bayi atau mayat, kerana selalunya kes adalah mereka yang lepas lahirkan bayi, ia mati ...dan tidak tahu hendak buat apa, (jadi) mereka buangkan mayat itu...dan kalau begini, individu itu tidak boleh dikenakan hukuman mati," katanya. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berpendapat hukuman itu perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan.
Katanya, hukuman mati bukanlah jaminan yang dapat mengurangkan atau mengekang situasi negatif itu daripada terus merebak.
"Saya menyambut baik keputusan kabinet mengenai hukuman berat ini, namun saya tidak nampak hukuman ini dapat menghapuskan kejadian pembuangan bayi kerana hukuman bagi penjenayah dadahpun berat juga, tapi orang tetap masih banyak terlibat dengan benda haram itu," katanya.
Beliau berkata adalah lebih baik jika langkah pencegahan dan hukuman dilakukan seiring kerana tindakan awal berupaya mengelak remaja daripada terlibat dengan gejala tersebut.
Katanya, beberapa tindakan awal seperti penapisan kandungan Internet, pemantauan berterusan di rumah urut serta pengawalan penjualan kondom di kawasan terbuka perlu diberi perhatian serius kerana ia mampu menyumbang kepada aktiviti seks bebas.
Kelmarin Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) berkata akan melancarkan kempen anti-zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.
Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Dr Halimah Ali, berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di Shah Alam yang dijangka dihadiri 3,000 belia.
"Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan," kata Dr Halimah. Program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.
Dr Halimah berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.
Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula, keputusan Kabinet berhubung kes buang bayi di negara ini baru-baru ini, bukanlah bermakna semua kes buang bayi diklasifikasikan sebagi kes pembunuhan.
Beliau berkata pihak polis perlu menyiasat terlebih dahulu setiap kes terbabit sebelum pihak Peguam Negara membuat sebarang ketetapan untuk sabitkan sebagai kes bunuh.
"Keputusan kabinet ianya tidak semestinya setiap kes buang bayi ini adalah kes pembunuhan. Kita tetapkan bahawa pihak polis siasat dan polis gunakan teknik moden seperti ujian DNA (ujian asid deoksiribonukleik) untuk kenalpasti mak bapaknya.
"Selepas itu tertakluk kepada kes itu, pihak Peguam Negara akan buat ketetapan sama ada ada nak disabitkan kes pembunuhan atau apa-apa lain yang patut kita lakukan," katanya di Pekan pada Sabtu (14 Ogos 2010).
Perdana Menteri mengakui, kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pihak yang terbabit kerana melihat kes pembuangan bayi kini semakin serius. Bagaimanapun Najib berkata dalam menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh, ianya perlulah berpaksi kepada pendidikan agama.
"Namun hendak selesai secara tuntas, maka ia mesti berpusat kepada pendidikan supaya golongan remaja faham akan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka lakukan," katanya. Bagi saya isu ini benar-benar serius dan kerajaan melalui kementerian atau juga kementerian-kementerian yang terbabit perlu bersungguh-sungguh – bukan sekadar kenyataan-kenyataan untuk meredakan suasana.
Langkah kerajaan Selangor jika benar-benar dilaksanakan secara berkesan dan bersungguh-sungguh akan menjadi antara cara penting meredakan kes. Tetapi sekiranya ia dilakukan kerana kepentingan politik, akan samalah kesannya seperti langkah-langkah yang dibuat kementerian tertentu sebelum ini.
Jangan slogan KAMI PRIHATIN tinggal slogan semata-mata sedangkan laporan kes membuang bayi terus mendapat tempat di dada akhbar dan kaca tv setiap hari!
Banyak cadangan diperkatakan mengenai kes buang bayi. Ketika isu ini diperkatakan dengan meluas, hari ini kita dikejutkan pula pembuangan bayi di Terengganu dan Melaka.
Bagi saya perbuatan membuang bayi bukan baru.
Saya pernah menulis dalam Berita Harian mengenai satu kes bayi ditinggalkan di kawasan semak di Besut, Terengganu pada 1971.

bagi saya la...kita letak agenda politik ke tepi.kita berbalik pada Al-Quran.apakah sebab berlakunya pembuangan bayi?
ReplyDeletemari kita kaji rantai hubungan ini.
- buang bayi berpunca dari zina berleluasa
-zian pulak berpunca dari perempuan yang mendedahkan aurat
-perempuan yang mendedahkan aurat pula berpunca dari ibu bapa tidak kisah dan ikutan dari artis2
-artis pulak senang2 mendedahkan aurat sebab pihak kerajaan tidak ada garis panduan tahap pemakaian artis..
sebab itulah Al-Quran menerangkan segalanya.tahap aurat,hukuman yang dkenakan.memangla pada zaman nabi pun berlakunya zina,tapi berapa?sesiapa yang tengok hukuman sebat 100 x tu cnfm takut dan rejam sampai mati depan khalayak ramai...fikir2 kanlah....
-saya berpendapat kes pembuangan bayi tidak dapat dibendung jika tidak dilakukan langkah pencegahan dari awal lagi.
ReplyDelete-seseorang budak perempuan itu harus didedahkan tentang keburukan perbuatan seks sebelum berkahwin
-perkara ini sedikit sebanyak dapat memberi akal fikiran kepada perempuan tentang hubungan seks dan pentingnya seorang bayi
-jika pendedahan sebegini telah diberikan pasti kadar zina dinegara kita akn berkurangan dan kes pembuangan bayi dapat dielakkan.